Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 12 Februari 2013

CINTA UNTUK ELYANA




                            
CINTA UNTUK ELYANA
ALAF 21
MISYA DARLINA ( SITI ROZILAH)

                Menarik, tidak jemu membacanya.  Tidak rugi membelinya dan tidak menyesal disimpan menjadi koleksi peribadi.  Siti Rozilah penulis tidak glamour,namun baik dan berkhemah tinggi. Tidak sombong dan sentiasa ceria.  Ini satu lagi karyanya yang sudah saya khatamkan.  Alahai! Menangis dihujung cerita.
                Elyana gadis cantik, manis membesar menjadi wanita dambaan lelaki termasuk bapa tirinya.  Ibu kandungnya amat membenci dirinya.  Hidup penuh kedukaan.  Sengsara dan keperitan. Orang yang disayangi dan menyayanginya satu persatu meninggalkannya.   Mula-mula  ayah dan abang kandungnya tempat dia bermanja dan bermesra. 
                Ibunya Maimunah bukanlah seorang ibu yang baik, melayan Elyana seperti anak tiri sedangkan  anak gadis itu adalah anak kandungnya sendiri.  Hampir sahaja masa depannya hancur di tangan ibunya sendiri, namun kehancuran  berlaku juga apabila ayah tirinya sggup menculiknya, merogol sehingga dia mengandung.  Maimunah telah ditemui mati ditepi laut.  Kenapa sampai dia menemui ajal?  Dapatkah dia berjumpa kembali anak kandungnya yang dilarikan oleh suaminya? Elyana dibawa ke bandar dan dijadikan perempuan GRO.  Murad lelaki yang telah membawanya keluar dari lembah hina itu.  Lelaki yang sanggup mengahwininya kerana cinta.  Mampukah dia hidup berbahagia dengan Murad?  Kenapa dia meninggalkan Murad?  Murad ditahan dalam penjara.  Kenapa dia di penjara?
                Setelah melalui pelbagai  keperitan, kesengsaraan, kekecewaan mampukah Elyana mengecapi nikmat bahagia dan hidupnya.  Bersama Murad dia hidup bagaikan terkurung dalam sangkar emas. Kehadiran Ikhsan memberi sinar cinta dalam hidupnya walaupun bergelar isteri orang.  Kenapa dia jatuh hati pada Ikhsan?  Apakah cinta Elyana dan Ikhsan berakhir dengan perkahwinan?  Siapa Tan Sri Khalid?  Siapa Nur Amira dalam hidup Elyana?  Siapa Natasha dalam hidup Ikhsan?  Kenapa Natasya marah dan mencemburui  Elyana?  Siapa pula Nazri dalam hidup Nur Amira?  Kehadiran seorang lelaki tua yang busuk dan miskin bagaikan menyingkap kembali peristiwa hitam dalam hidup Elyana.  Kebetulan Nur Amira sangat menyayangi lelaki tersebut tetapi ditentang oleh Elyana.  Kenapa Elyana menentangnya? Membuat pembaca tertanya-tanyakan.  Bacalah CINTA UNTUK ELYANA….
               

ARCA DI CERMIN



                TAJUK                                 ARCA DI CERMIN ( 2003)
                KARYA                                SITI ROZILAH
                TERBITAN                          CREATIF ENTREPRISE SDN. BHD.

                Saya dah baca hampir  80% karya Siti Rozilah, beliau ada dua lagi nama pena  ROSA NUR IMANI dengan Buku Prima dan MISYA DARLINA dengan Alaf 21.  Semua novelnya bagaikan kurang popular namun setelah membaca dan mengenali orangnya.  Saya tidak menyangka beliau mampu mengarap setiap novel pelbagai cerita  dan bahasanya juga mudah difahami.   Tidak sia-sia membeli dan membaca.  Bukan kahwin paksa.  Saya tidak segan atau malu untuk menyarankan kepada peminat novel melayu membaca karya beliau pasti tidak mengecewakan.    Mungkin beliau tidak terkenal seperti   Aisya Sofea atau RAM atau Fauziah Ashaari yang meletup kerana OMBAK RINDU namun karya-karya  beliau pasti membuatkan para pembaca tidak jemu dan  begitu teruja untuk membacanya.
                ARCA DI CERMIN, menarik dan menawan hati saya.  Kisah pasangan kembar seiras Kamaria dan Sofia yang telah terpisah kerana kemalangan tragis yang telah meragut nyawa orang tua mereka.  Malah mereka juga telah terpisah jauh.  Bagaimana kemalangan itu berlaku?  Siapa Azeem, Lokman dan Kamal dalah hidup pasangan kembar ini. Apa sangkut paut mereka dengan Vila Idaman banglo putih  yang terletak di atas Bukit  Kelumpang.  Dari kejauhan sudah kelihatan banglo tersebut. Apabila dewasa  Kamaria menjadi  kupu-kupu malam.   Bagaimana Kamaria gadis bangsawan dari keluarga  ternama boleh terjebak  menjadi perempuan  pemuas nafsu lelaki hidung belang?  Bagaimana Sofia dapat menyelematkan diri dari Vila Idaman yang musnah dalam kemalangan ngeri itu.  Siapa yang menyelamatkannya?  Kenapa Kamaria menyangka Sofia sudah mati dalam kemalangan ngeri itu?
                Adakah sinar bahagia untuk Kamaria?  Sanggupkan Sofia berkorban untuk  hidup kakak kembarnya itu?  Bagaimana mereka bertemu semula.  Apakah masih ada perasaan kasih dan sayang sesama mereka?  Siapa Dr. Azman dalam hidup Sofia?  Mampukah Sofia mengecapi kehidupan bahagia di sisi lelaki yang  menyintainya.  Kenapa Kamaria mendendami Lokman sehingga sanggup mencolek  lelaki tersebut.  Siapa Datuk Zahari dalam hidup Kamaria?  Kenapa dia di bunuh dan siapa pembunuhnya?  Banyaknya soalankan.  Akan terjawab dalam ARCA DI CERMIN….

teaser e-novel Sesalan Tidak Terucap - karya Asmah Hashim [ ILHAM GB K...

Isnin, 11 Februari 2013

SARA KIRANA



TAJUK                                 SARA KIRANA
PENULIS                             RAMLAH RASHID
PENERBITAN                      BUKU PRIMA
M/S                                     434
BINTANG                            4/5
TAHUN TERBITAN              2007

                Pertama kali membaca karya Kak Ramlah Rashid.   Saya sebenarnya tidak pernah mengenali karya-karya beliau.  Mengenali orangnya baru kenal karyanya.  Karya yang matang.  Gaya bahasa yang menarik dan bersahaja.  Jalan cerita yang menarik.  Terhibur membacanya.  Tidak rugi mendapatkannya.  Saya suka. Tahniah penulis.  Bagi peminat-peminat novel, karya ini bagaikan diri kita sendiri, apabila watak utama mencuri-curi ruang masa membaca novel dan buku-buku yang diminatinya.  Ada duka, ada senyuman dan ada debaran dalam novel ini.
                Maisarah seorang anak yatim piatu.  Di jual oleh ibu tirinya kepada sebuah agensi  pekerja pembantu rumah.  Dia diambil bekerja  oleh sebuah keluarga  yang baru sahaja kehilangan anak perempuan.  Kehadiran Maisarah bagaikan membawa kembali kegembiraan dalam keluarga tersebut sehingga keluarga tersebut mengambil Maisarah sebagai anak angkat.  Kerana terlalu menyayangi Maisarah, Puan Zulaikha telah mengahwinkan gadis tersebut dengan anak sulongnya Zulfakar.
                Dua tahun melayarkan bahtera, Zulfakar tergamak menceraikan Maisarah?  Kenapa? Apa kekurangan Maisarah?  Kenapa tergamak  Zulfakar menceraikan isteri merangkap anak angkat emaknya sendiri.  Marahkah Puan Zulaikha dengan Zulfakar?  Siapa Zahrin?  Apa hubungan Zahrin dengan Zulfakar?  Bagaimana kehidupan Maisarah setelah bercerai.  Siapa Sara Kirana?    Setelah bercerai, mahukah Puan Zulaikha menerima Maisarah kembali sebagai anak angkatnya.  Bagaimana hubungan mereka nanti?  Adakah kebahagian untuk Maisarah  di masa hadapan.  Dapatkan novel ini  di pasaran atau berhubung sendiri dengan penulisnya.