Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Ahad, 29 Jun 2014

Jangan Lupakan Aku - Iza Safiah ( Alaf 21)

JANGAN LUPAKAN AKU (  ISBN 978 983 124 840 9)
IZA SAFIAH
ALAF  21
2013 – 2 KALI CETAKAN
Muka surat   567
RM22.00

                Elza  Zaharah, seorang janda berhias yang kehilangan suami sebelum sempat berbulan madu.  Mempunyai syarikat  Dream Design yang dikongsi bersama  2 orang rakannya yang sama-sama belajar dahulu.  Dia juga menjaga keluarga  arwah suaminya menguruskan semua urusan keluarga tersebut.  Membela adik-adik iparnya tidak mengharap  balasan daripada sesiapa.
                Diberi peluang mengubah suai sebuah rumah banglo milik anak Tan Sri Rush pemilik Quarter Gold.  Lelaki yang tidak dikenali namun berusaha memberi yang terbaik.  Suatu hari  Elza Zahara terkunci di rumah tersebut, sehingga terpaksa bermalam di situ. 
                Ilham  Zackry atau Izack menyelinap masuk di waktu tengah malam untuk melihat sendiri hasil hiasan yang telah dibuat oleh syarikat Elza Zaharah.  Dia tidak mengetahui gadis itu ada di surau rumah banglo miliknya.    Dari mata turun ke hati.  Cinta pandang pertama.  Lebih-lebih lagi gadis itu menjadi pilihan orang tuanya.  Apakah istimewanya  gadis itu.
                Elza Zaharah nyaris menjadi korban seorang lelaki yang berhidung belang.  Nasib menyebelahinya dia diselamatkan oleh seorang lelaki, bernama Adam.  Elza Zaharah benar-benar terhutang budi dengan lelaki itu.  Sikap Adam dalam diam menambat hatinya.  Namun dia tidak berani menyuarakan rasa hati.  Perasaannya berbelah bahagia antara mahu dan tidak.  Antara cinta dan tanggungjawab membuatkan dia memencilkan perasaannya sendiri.
                Siapa Adam?  Mampukah lelaki itu  mendapatkan Elza Zaharah?  Bagaimana pula Ilham Zackry yang jatuh cinta pandang pertama.  Adakah  Adam  berjaya mengahwini Elza Zaharah dan hidup bahagia selamanya?  Adakah Ilham Zackry kecewa?             
                Berlaku satu tragedi sehingga suami baharu Elza Zaharah hilang ingatan dan tidak mengenali wanita itu lagi.  Bagaimana perasaan Elza Zaharah apabila suaminya hanya mengingati cinta pertamanya  seorang perempuan bernama Nyeila.  Malah meminta Elza Zaharah mencari perempuan itu.  Adakah bahagia menjelma semula dalam hidup Elza Zaharah?  Bagaimana dengan Adam dan Ilham Zackry?    Kalau hendak tahu cerita ini bagaimana kesudahannya, jom beli buku ini!
                Puas rasanya membaca karya ini, watak yang sempurna, disiplin dan komited dengan tugasnya.  Jatuh cinta dengan watak Elza Zaharah yang cukup sempurna di mata penulis.    Tahniah karya pertama yang tidak mengecewakan.  Malah sudah jatuh hati dengan karya penulis ini.

Sabtu, 21 Jun 2014

ULASAN AKU TURUT BAHAGIA - OLEH YG LAIN.

Aku turut bahagia
asmah hashim
Oleh; Yg Lain ( dari grup Buku Tiga Lima )


sekilas pandangan mataku, tak ramai penulis yg mengambil perhatian terhadap ulasan2 dan komen2 yg diberikan oleh pembaca, terlalu sedikit yg memberi maklum balas, selebihnya hanya membiarkan pembaca sesama pembaca, bersembang sesama sendiri… ntah kerana penulisnya tak perasan atau tak aktif diFB, atau merasakan semua ulasan tidak dapat mengubah apa2, jadi dibiar dan didiamkan saja.
itu sedikit sebanyak membuat aku gelisah utk terus “membedah” novel2 yg telah kubaca, takut andainya ada komen2ku “mencederakan” hati, jadi utk novel ini dan novel2 seterusnya nanti, aku cuba utk mensedikitkan komen dan melebihkan sokongan agar penulis terus bersemangat utk menulis…
aku turut bahagia. Siapakah sebenarnya “aku” dalam novel ini ?? oh ya, terlebih dahulu aku berikan bintang utk novel ini. Novel yg agak menarik bagiku, tema yg agak jarang ditulis dan keberanian penulis dalam mengambarkan suka duka hidup mereka2 yg hidup bermadu (berpoligami) kurasa novel ini patut menerima 8/10 bintang dariku..
Sekiranya novel ini dibaca tanpa dihayati pembaca seolah2 “melihat” ketidak adilan seorang lelaki / suami yg berkhawin lebih. Namun disebalik ketidak adilan itu, banyak nasihat dan pengajaran utk mereka2 yg ada niat utk beristeri lebih dari seorang dan utk mereka2 yg ingin menjadi isteri kedua atau ketiga . jujurnya novel ini sangat “terbuka” seolah2 penulis menulis dari pengalamannya sendiri (maaf ya puan penulis, hanya seolah2 sahaja..) itu memberi erti penulis ini Berjaya menghidupkan watak2 dalam novel ini..
kebetulan pula, cerita dalam novel ini ada sedikit persamaan dalam hidup seorang sahabat rapatku, yg berkhawin lagi dgn seorang gadis yg masih muda, dipinang oleh isteri tuanya, cuba hidup damai dibawah satu bumbung, bertahan tak sampai pun satu tahun, akhirnya bercerai dgn kedua2 isterinya…
semua itu membuat aku selalu ingin bertanya, ingin tahu, apakah yg membuat seorang perempuan itu sanggup utk bermadu atau dimadukan ??? walau diceritakan dalam novel ini ttg cinta dan perasaan, tapi akhirnya cinta takkan cukup utk melawan cemburu dan ketamakkan kasih sayang. Lalu apakah sebenarnya yg seorang perempuan itu mahukan ??? oh ya, jgn Tanya soalan yg sama ini kepada lelaki, kerana jawapannya mmg ada dalam novel ini, jadi kenalah baca sendiri…
Benarlah kata penulis, hukum tidak salah, sunnah pun tak salah, tapi manusialah yg kerana sifatnya cemburu, tamak dan tak betul nawaitu. Itulah yg membuat poligami Nampak seperti tidak adil dan berat sebelah.. walau kepada mereka yg bergelar ustaz atau terpelajar sekalipun.. kita manusia biasa, tak terlepas dari membuat kesilapan.
emm, setelah ditapis2 dan ditimbang rasa, lagi pun dah janji tadi nak mensedikitkan komen, jadi, dalam novel ini komenku hanya dari aspek dialog. Dialog terlalu baku. Dialog orang bandar, sedangkan Dalam novel ini, kisahnya berkisar di negeri Kelantan, kedah dan perak, ia akan jadi lebih hidup jika dialog ditulis dalam dialek negeri2 tersebut. Selain menambah pengetahuan pembaca, menjadi cabaran juga buat penulis utk menghasilkan novel lebih “hidup” klu cakap orang puteh… lebih real (hehehehe).
semoga terus berkarya.

DIA BUKAN ARISSA- SYAIDA ILMUNA.











DIA BUKAN ARISSA
SYAIDA ILMUNA
ALAF 21
2013
Ms 391
RM18.00
                Minggu ini dua buah buku kisah adik beradik kembar saya baca.  Tidak mengapa,  kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri.    Tetap memikat. 
                Arissa dan Arlisa, adik beradik kembar  yang seiras.  Hidup dengan ibu saudara mereka setelah kematian kedua orang tua.  Arissa  melarikan diri dari rumah setelah keinginannya dibantah oleh Mak Cik Sue.  Arlisa setia menunggu ibu saudaranya.  Hati gadis itu pula dikecewakan oleh kekasih hati setelah bertahun-tahun menyulam cinta.  Kesetiaannya dihancurkan lantaran ketamakan Kamal mengejar kekayaan dunia.  Arlisa menahan kecewa sendiri. 
Setelah bertahun menghilangkan diri Arissa muncul di rumah ibu saudaranya.  Pada hari yang sama Arissa ditemui mati.  Arlisa dipersalahkan.  Akan dilepaskan jika Arlisa sanggup menyamar menjadi Arissa.  Dalam ketakutan Arlisa akur walaupun tahu bukan dia yang menyebabkan kematian kakak kembarnya.  Naif.  Arlisa  yang menyamar sebagai Arissa terpaksa berhadapan dengan keluarga mertua kakak kembarnya yang rupanya sangat membenci kakaknya itu.  Terpaksa berhadapan dengan suami kakaknya yang kacak dan penyayang.  Arlisa terpaksa menahan rasa, dihina dan dibenci oleh keluarga ‘mertua’.  Dia cuba mengubah keadaan itu.  Kebaikan dan sikapnya yang berbeza daripada Arissa membuatkan keluarga mertua mula menyukai Arlisa yang menyamar sebagai Arissa.  Ibu mertuanya dapat mengesan penyamarannya itu tanpa disedari  oleh Arlisa.  Wanita itu jatuh sayang kepada Arlisa walaupun mengetahui itu bukan menantunya Arissa dan berharap Adam, anaknya akan mencintai si penyamar yang berbeza sikap dengan menantunya yang sebenar.  Arlisa pula dalam diam mencintai abang iparnya sendiri. 

                Apakah yang terjadi seterusnya?  Mampukah Arlisa merahsiakan identitinya?   Siapakah yang bakal membongkar penyamarannya itu?  Bagaimana dengan Adam?  Mahukah dia menerima cinta Arlisa?  Adakah cinta Arlisa berbalas?  Benarkah Arissa sudah mati?  Jawapannya ada dalam AKU BUKAN ARISSA.  Memang menarik, terbaik dan buat hati tertarik.  Sehari semalam sahaja saya menghabiskannya.  Tahniah buat penulis.  Karya pertama sudah mampu menarik pembaca sehingga buku ini diulang cetak.

Khamis, 19 Jun 2014

AWEKKU KEMBAR- SITI ROZILAH

AWEKKU KEMBAR
SITI ROZILAH
BUKU PRIMA
2014
627
RM25.90
                Annesa dan Adeela, adik kembar seiras.  Sangat rapat.  Terpaksa berpisah akibat perpisahan kedua orang tua.  Annesa mengikut ayah, Adeela setia bersama mama dan adiknya Aleeya.  Perpisahan membuatkan diri mereka saling rindu merindui. Adeela sering bertengkar dengan mamanya lantaran perpisahan yang berlaku.  Dia akhirnya keluar dari rumah dan terus menghilangkan diri.  Kehilangannya menjadi tanda tanya, baik keluarga mahu pun pihak berkuasa.  Namun Annesa tidak pernah berputus asa.  Dia yakin adik kembarnya itu masih hidup.  Annesa menyelongkar misteri kehilangan kembarnya  melalui Tengku Najib, lelaki yang memujanya. Dia mempergunakan lelaki itu untuk mendekati teman lama mamanya yang dirasakan ada bersangkut paut dengan kehilangan adik kembarnya itu.  Mimpi dan igauan yang menganggu membuatkan dia benar-benar pasti adik kembarnya masih hidup. 
                Pertemuan Annesa dengan Tengku Amirul merungkai misteri kehilangan  adik kembarnya.  Akhirnya Adeela ditemui juga.  Mereka sekeluarga benar-benar bersyukur.  Tengku Amirul telah dipenjara akibat perbuatan jenayah yang telah dilakukan terhadap Adeela.  Lantaran perkara itu hubungan Annesa dan Tengku Najib tidak direstui keluarga kedua belah pihak.  Mereka terpaksa memendam rasa demi perasaan keluarga masing-masing. 
                Adeela mula berasa rendah diri dengan keadaan dirinya yang tidak sehebat  kakak kembarnya.  Perasaan cemburu dan iri hati terhadap Annesa merayap dalam diri, biarpun cuba dibuang perasaan itu namun sukar untuk dinyah dengan mudah. 
                Idris lelaki yang telah menjumpai  Adeela menaruh hati terhadap gadis itu, namun ditolak mentah-mentah, sehingga lelaki itu kecewa dan  membawa hatinya  yang patah.   Adeela rasa dia tidak layak untuk Idris, seorang yang berpelajaran dan baik, lebih sesuai untuk kakaknya Annesa. Namun hati Annesa  hanya untuk Tengku Najib. 
                Annesa mencintai  Tengku Najib.  Keadaan membuatkan dia menafikan perasaannya sendiri.  Masa terus berlalu.  Adeela berjaya menjadi seorang model  yang popular dan dikenali ramai.  Annesa pula berjaya mencapai impiannya untuk menjadi seorang wartawan.  Atas nama tugas akhirnya dia bertemu kembali dengan Tengku Najib.  Dalam waktu  yang sama Adeela berura-ura ingin memikat lelaki itu.  Namun segalanya gagal, kemarahannya terhadap Annesa semakin membuak.
                Apa terjadi seterusnya?  Bagaimana hubungan Tengku Najib dan Annesa?  Adakah cinta mereka  akan ke jinjang pelamin?  Siapa pula yang berjaya mencuri hati Adeela?  Atau Adeela terpaksa  bersendirian sedangkan Annesa menyulam bahagia.  Adakah hubungan Annesa dan Tengku Najib direstui keluarga setelah apa yang berlaku sebelum ini? 

Kalau hendak tahu kenalah dapatkan karya ini.

Jalan cerita yang menarik, kisah sebuah keluarga yang berantakan terpaksa berpisah  kerana hati sudah lagi tidak sehaluan.  Kisah pasangan kembar yang tetap mempunyai perasaan cemburu sesama sendiri.  Sama tetapi tidak serupa, itulah hakikatnya.  Plot cerita yang  diselang seli dengan imbas semula.  Gaya bahasa yang menarik, perlukisan watak dan tempat juga menarik dan jelas.   Terdapat di muka surat 315  latar tempat yang cantik dan membuatkan kita terbayangkan keindahan tempat itu.  Seorang penulis yang baik mampu membawa pembacanya meneroka latar tempat dan perasaan watak.    Kepada para peminat dan pembaca novel Buku Prima atau peminat Siti Rozilah. Bolehlah dapatkan karya ini.  Tahniah kepada sahabat saya. Semoga akan menghasilkan karya yang menarik di masa hadapan.

Ahad, 15 Jun 2014

ULASAN DIA HANYA UNTUKKU- ROZITA ABD. WAHAB.

DIA  HANYA UNTUKKU
Rozita  Abd.  Wahab
2013
ALAF 21
Ms 581
RM23.00

                Alissa seorang gadis malang yang amat dibenci oleh ibu dan kakak-kakaknya.  Hanya ayah dan kakak kedua menyayangi dan menerima dirinya seadanya.  Seorang gadis yang cantik, manis dan bijak.  Mencintai sahabat yang dikenali sejak kecil.  Mereka sekampung, Ilham namanya.  Hubungannya dengan Ilham tidak direstui oleh ibunya.  Alissa menjadi mangsa kemarahan ibunya sehingga dia sendiri tertanya-tanya kenapa ibu memilih kasih antara dia dan kakak-kakaknya, sedangkan dia adalah anak bongsu.  Bukankah anak bongsu seorang yang manja?  Namun tidak bgai diri Alissa sehingga dia membawa diri bekerja di Kuala Lumpur.
                Syed  Hadif majikan Alissa yang kacak, sudah berumah tangga.  Namun rumah tangganya tidak bahagia lantaran pilihan orang tua.  Seorang anak yang taat dan setia kepada isterinya sahaja.  Namun kehadiran Alissa sebagai isteri mengubah segalanya.  Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap pekerjanya sendiri.  Keayuan dan kelembutan serta sikap ketimuran Alissa yang masih menjaga adab sopan sebagai seorang wanita menambat hatinya.  Dalam dia dia menongkak  arus,  sedangkan adiknya Syed Akil juga mencintai Alissa, tetapi tidak berbalas kerana gadis itu lebih mencintai Ilham, kekasihnya sejak di bangku sekolah.
                Jodoh itu hak ALLAH, atas satu kejadian menyebabkan  Alissah  tidak boleh beralasan untuk menolak majikannya itu.  Dia akur kehendak ayahnya dan akur kehendak takdir.  Terpaksa melupakan kekasih hati demi rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Alissah terpaksa merahsiakan perkahwinanya dengan Syed Hadif demi menjaga hati isteri tua   suaminya.  Menerima  apa yang berlaku sebagai takdir hidup dan ketentuan ILAHI.  Cuba menerima kehadiran majikan aka suami demi orang tuanya. 

                Bangkai nyamuk mungkin boleh ditutup tetapi bangkai gajah lama kelamaann berbau jua.  Rahsia terbongkar, agak sukar Syed Akil untuk menerimanya.  Dia mengambil keputusan  untuk  menyambung pelajaran dan melupakan Alissah yang sudah pun menjadi kakak iparnya. 
                Kerana dendam yang bersarang di dada, Sharifah Kalsom sangguh membalas dendam.  Dia langgar lari  bekas menantunya.  Koma dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.  3 tahun Alissah menyulam duka dan bangkit dengan bantuan keluarga Syed Hadif dan Zakuan, sepupu Syd Hadif.        Masa berlalu Syed Akil kembali untuk merebut kasih Alissah setelah mengetahui Alissan kini bersendirian. 

                Mampukah Syed Akil merebut cinta Alissah dari abangnya?  Kenapa Zakuan hadir dalam hidup Alissah?  Apa yang terjadi dengan Syed Hadif?  Siapa yang Sharifah Kalsom langgar?  Mampukah Alissah menerika kehadiran Syed Akil dan Zakuan sedangkan dalam hatinya masih ada cinta Syed Hadif?  Kalau hendak tahu, kenalah beli ya. 

Karya menarik, buat hati tertarik.  Dua malam sahaja saya membacanya.  Mengalir juga air mata ini.  Gaya bahasa  BM, plot lancar sesekali ada imbas semula.  Jalan cerita yang menarik.