AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sunday, 29 June 2014

Jangan Lupakan Aku - Iza Safiah ( Alaf 21)

JANGAN LUPAKAN AKU (  ISBN 978 983 124 840 9)
IZA SAFIAH
ALAF  21
2013 – 2 KALI CETAKAN
Muka surat   567
RM22.00

                Elza  Zaharah, seorang janda berhias yang kehilangan suami sebelum sempat berbulan madu.  Mempunyai syarikat  Dream Design yang dikongsi bersama  2 orang rakannya yang sama-sama belajar dahulu.  Dia juga menjaga keluarga  arwah suaminya menguruskan semua urusan keluarga tersebut.  Membela adik-adik iparnya tidak mengharap  balasan daripada sesiapa.
                Diberi peluang mengubah suai sebuah rumah banglo milik anak Tan Sri Rush pemilik Quarter Gold.  Lelaki yang tidak dikenali namun berusaha memberi yang terbaik.  Suatu hari  Elza Zahara terkunci di rumah tersebut, sehingga terpaksa bermalam di situ. 
                Ilham  Zackry atau Izack menyelinap masuk di waktu tengah malam untuk melihat sendiri hasil hiasan yang telah dibuat oleh syarikat Elza Zaharah.  Dia tidak mengetahui gadis itu ada di surau rumah banglo miliknya.    Dari mata turun ke hati.  Cinta pandang pertama.  Lebih-lebih lagi gadis itu menjadi pilihan orang tuanya.  Apakah istimewanya  gadis itu.
                Elza Zaharah nyaris menjadi korban seorang lelaki yang berhidung belang.  Nasib menyebelahinya dia diselamatkan oleh seorang lelaki, bernama Adam.  Elza Zaharah benar-benar terhutang budi dengan lelaki itu.  Sikap Adam dalam diam menambat hatinya.  Namun dia tidak berani menyuarakan rasa hati.  Perasaannya berbelah bahagia antara mahu dan tidak.  Antara cinta dan tanggungjawab membuatkan dia memencilkan perasaannya sendiri.
                Siapa Adam?  Mampukah lelaki itu  mendapatkan Elza Zaharah?  Bagaimana pula Ilham Zackry yang jatuh cinta pandang pertama.  Adakah  Adam  berjaya mengahwini Elza Zaharah dan hidup bahagia selamanya?  Adakah Ilham Zackry kecewa?             
                Berlaku satu tragedi sehingga suami baharu Elza Zaharah hilang ingatan dan tidak mengenali wanita itu lagi.  Bagaimana perasaan Elza Zaharah apabila suaminya hanya mengingati cinta pertamanya  seorang perempuan bernama Nyeila.  Malah meminta Elza Zaharah mencari perempuan itu.  Adakah bahagia menjelma semula dalam hidup Elza Zaharah?  Bagaimana dengan Adam dan Ilham Zackry?    Kalau hendak tahu cerita ini bagaimana kesudahannya, jom beli buku ini!
                Puas rasanya membaca karya ini, watak yang sempurna, disiplin dan komited dengan tugasnya.  Jatuh cinta dengan watak Elza Zaharah yang cukup sempurna di mata penulis.    Tahniah karya pertama yang tidak mengecewakan.  Malah sudah jatuh hati dengan karya penulis ini.

No comments:

Post a Comment