AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Friday, 8 August 2014

ULASAN CERITA CINTA AHMAD AMMAR

CERITA CINTA AHMAD AMMAR
GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA ( GPTD)
KARYA BISTARI  ( GRUP BUKU KARANGKRAF)
RM23.00
2014
                AHMAD AMMAR BN.  HJ AHMAD AZAM  nama yang tiba-tiba meneliti di bibir hampir setiap lapisan masyarakat sebagai anak muda yang tiba-tiba namanya harum dan menjadi sebutan setelah arwah meninggal dunia. Siapakah beliau?  Tiada siapa pernah  tahu atau mengetahui akan kewujudan anak muda ini.  Siapa yang tidak mengenali  TUAN HAJI AHMAD AZAM mantan PRESIDEN ABIM  ( ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA)  ke – 5.   Seorang  relawan yang mengabdikan diri dengan kerja-kerja dakwah dan kerja-kerja amal yang tidak pernah kenal erti jemu dan berhenti melakukannya. 
                Kagum dengan kepimpinan  Tuan Haji Ahmad Azam,  tahun 1999 saya  bekerja sebagai  SETIAUSAHA KERJA HAL EHWAL WANITA ABIM KEDAH, ketika itu ABIM  dibawah kepimpinan beliau.  Tahu sangat gerak kerja ABIM  dan amat memahaminya.  Tidak pernah kenal dengan anak-anak beliau, kerana beliau jarang bercerita tentang keluarganya.  Apa yang ada dalam fikiran dan sentiasa diluahkan adalah kerja dakwah yang tidak pernah ada titik noktahnya.
                Ahmad Ammar  lahir dalam keluarga yang kehidupan 24 jam mereka  hanya memikirkan tentang masalah umat dan cara untuk membantu agama Islam dengan kerja amal dan dakwah.  Anak muda yang berhati mulia ini bagaikan lahir tiba-tiba membawa semangat dan sinar dalam hidup anak muda di Malaysia.  Buku ini memaparkan kehidupan insan terpilih ini dari sudut pandangan kedua orang tuanya,  adik-beradik, rakan-rakan dan kenalan yang mengenali arwah secara dekat dan rapat.

                Buku ini juga menceritakan tentang pencapaian arwah dalam bidang akademik dan kerja dakwahnya.   Sifat, sikap dan kesantunan arrwah terhadap  kedua orang tua, rakan-rakan dan kenalan boleh dijadikan panduan untuk anak-anak kita di luar sana.  Beliau layak dijadikan role model zaman ini. 
                Sebagai seorang ibu sudah pasti semua orang inginkan anak seperti ini.  Sebagai seorang pemimpin tentu ramai  inginkan rakyat seperti ini.  Apakah keistimewaan Ahmad Ammar sehingga namanya begitu gah di bibir masyarakat?  Semuanya akan terjawab di dalam buku ini.  Hiba membaca kisahnya, bangga mengetahui masih ada anak muda yang berjiwa murni dalam membawa misi dan visi agamanya sendiri.   Semoga arwah tenang di sana.  Semoga semangat arwah mengalir dalam diri anak muda kita.  Al-fatihah.


No comments:

Post a Comment