AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Thursday, 25 September 2014

AKTIVITI GRUP MARI MENULIS

































Sejak saya berFB, memasuki banyak grup, ini adalah antara grup yang sangat aktif.  Ahli-ahlinya konsisten dalam mengikuti apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh para admin yang diberi mandat menjaga grup ini.  Tahun lepas kami mengadakan BENGKEL PENULISAN.  Alhamdulillah, penyertaan yang memberangsangkan.  Setiap tahun akan cuba buat  program yang mampu mengumpul lebih ramai ahli dan bermanfaat untuk semua. 

Tahun ini saya telah mencadangkan agar diadakan satu lawatan ke Grup Media Kumpulan Karangkraf.  Alhamdulillah, perancangan 2 bulan sebelum program tidaklah sesukar mana.  Pada 25hb September 2014, jam 10.00 pagi ahli GRUP MARI MENULIS, seramai 20 orang telah menghadirkan diri. Penyertaan yang amat memberangsangkan.  Satu semangat yang padu antara ahli.  Kerjasama yang baik. 

Apa GRUP MARI MENULIS?  Grup Mari Menulis telah ditubuhkan oleh Ad Rahman, pemuda dari Singapura.  Kehadiran ahli pada mulanya hanya untuk berkongsi idea dan pandangan tentang dunia penulisan.  Sehinggalah tercetus idea agar grup itu dibuka untuk mereka yang benar-benar ingin menjadi belajar dan menambah ilmu dalam dunia penulisan.  Anggota admin yang terdiri dari kalangan mereka yang sudah berpengalam dalam dunia penulisan ditambah dengan kehadiran para ahli yang sudah mampan dalam dunia penulisan semakin menyemarakkan lagi grup ini.

Tujuan penubuhan grup ini adalah ingin mempertahankan cara penulisan yang baik, gaya bahasa yang indah, untuk melahirkan para penulis yang berjiwa sastera dan mengekalkan identiti penulis MELAYU.  Bahasa Jiwa Bangsa.  Memartabatkan lagi dunia sastera yang semakin hari semakin terhakis identitinya.  

Setiap hari kita akan adakan kelas penulisan, yang dikendalikan oleh salah seorang admin yang bertugas.   Cik Noraz Ika akan memberi kelas, sehari sepatah perkataan dan ahli akan membina ayat atas perkataan yang diberi.  Begitu juga  menulis menggunakan gambar yang diberi, yang dikendalikan oleh Azrina.  Ahli diberi peluang membina ayat dan memperbaiki kosa kata mereka setiap hari.  Ini adalah satu latihan yang baik dan jika berterusan tidak mustahil para ahli yang baru berjinak-jinak akan semakin bijak bermain dengan kosa kata. 

Kita juga akan membedah karya yang diletakkan di wall grup, admin atau ahli yang berpengalaman yang menurunkan ilmu mereka, dengan membaca, mengulas dan memberi tunjuk ajar agar penulis berkenaan mampu memperbaiki karya mereka.  Ilmu  yang sedikit, jika dimanfaatkan dan dikongsikan akan terus bertambah.  Biarpun kebanyakkan admin terdiri dari rumah penerbitan yang berlainan  namun kami bersatu dalam erti kata yang sebenar untuk memartabatkan dunia penulisan dan dunia sastera.

Hari ini semakin ramai ahli GMM  berjaya melahirkan buku mereka sendiri dan karya mereka terbit di dada akhbar dan majalah.  Satu kebanggaan buat kami semua.  Semoga semua ahli terus bersemangat untuk menghasilkan karya terbaik dan memartabatkan  BAHASA IBUNDA kita sendiri.

Matlamat grup ini jelas dan terang.  Bukan hendak menunjuk pandai tetapi sekadar berkongsi ilmu. 






2 comments: