AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Thursday, 11 September 2014

CERITA KEHIDUPAN - BAB 6



BAB 6
         Kevin memandang wajah Rajesh dan Mathialagam silih berganti.  Kevin memuncungkan bibirnya.  Otaknya ligat berfikir.  Tercari-cari idea yang tiba-tiba kering di otaknya.  Ke mana menghilang ideanya yang bernas dan selalu memberansangkan sebelum ini.  Sudah pasti pagi tadi dia terlupa minum nescafe.  Kevin mengeluh.
        “Hoi!  Fikirlah cepat!”  lengking suara Mathialagam.  Kevin mencebik.  Rajesh menyengih.
       “Aku ada idea,”  kata Rajesh.  Dia melangkah bangun dan menyapu punggungnya yang dikotori oleh tanah tempat dia melabuhkan punggungnya sebentar tadi.  Kevin dan Mathialagam memandang wajah Rajesh serentak.
      “Aku nak kita hadiahkan sebuah rumah pada Azrul, tak nak rumah kos rendah atau rumah pangsa.  Aku nak hadiahkan dia rumah teres,”  Rajesh mengangkat kening.  Kevin dan Mathialagam saling berpandangan dan terlopong mendengar cadangan Rajesh.
       “Kau bermimpi malam tadi ke Rajesh?  Atau kau menang loteri?  Atau kau sudah hilang akal?”  usik Mathialagam.  Kevin ketawa mengekek.  Geli hati dengan cadangan Rajesh yang dianggapnya tidak masuk akal.  Rumah pangsa kos rendah berharga puluhan ribu ringgit, inikan rumah teres di kota besar seperti Kuala Lumpur ratusan ribu ringgit. Mana mungkin mereka mampu  membeli hadiah semahal itu. 
        “Bukan kita belilah, tapi orang tua kita.   Nasib kita jauh lebih baik dari Azrul.  Kita semua tinggal di rumah banglo tetapi dia tinggal di rumah pangsa yang disewa bertahun-tahun.  Sewa rumahnya dua tahun sekali naik, simpati aku dengan nasib dia dan keluarganya.  Sebagai kawan apa salahnya kita bantu dia,” cadang Rajesh.  Kevin menggaru kepala.  Mathialagam mengeluh. 
        “Mahukah keluarga kita membantu keluarga Azrul?”  Kevin mengetap bibir.  Rajesh tersenyum.
         “Kita cakap dululah dengan keluarga kita.  Cuba nasib.  Mana tahu mereka setuju.  Kalau kita tidak buka mulut pasti kita tidak tahu, kan?”  Rajesh bersemangat.  Kevin mengangguk begitu juga Mathialagam. 
        “Aku setuju dengan idea kau, Rajesh.  Hadiah hari lahir paling bererti dan mahal!”  Kevin menepuk belakang Rajesh.  Mathialagam memeluk bahu Rajesh.
        “Kau memang hebat Rajesh!”  puji Mathialagam.  Mereka ketawa serentak.
       “Walaupun Azrul tidak pernah meminta tetapi sebagai kawan baik dia dan keluarga kita pula mampu apa salahnya kita memberi sesuatu yang bermakna tanda persahabatan kita selama ini.  Dia sudah banyak membantu kita dan rakan-rakan di sekolah.  Segala jasanya tidak terbalas dengan rumah sebiji,”  Rajesh serius.  Mathialagam dan Kevin mengangguk serentak.  Mereka setuju dengan kata-kata Rajesh.  Azrul seorang yang rajin dan suka membantu orang lain tidak kira  bangsa dan agama.  Persahabatan mereka boleh kekal selama ini kerana sikap Azrul yang terbuka dan senang didekati.
        “Ini menjadi rahsia kita bertiga.  Kita buat kejutan untuk Azrul.  Jangan sesiapa berani  buka mulut. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut, ada faham!”  tegas.  Rajesh meletakkan jari di bibirnya.  Diikuti Kevin dan Mathialagam.



2 comments: