AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Saturday, 20 September 2014

ULASAN 7 WARNA CINTA



7 WARNA CINTA ( ISBN 978 983 124 955 0 )
FIDA ROHANI
2014
ALAF 21
RM21.00
M/S: 531

Kamilia gagal bercinta setelah tamat sekolah. Bertemu cinta baru.  Kekasih hati yang berjanji setia, sehidup semati akhirnya berkecai di tengah jalan, Dani berubah hati dengan mengahwini gadis lain.  Kegagalan itu membuatkan dia menjadi murung.  Keputusan STPM diumumkan.  Kamilia lulus cemerlang namun dia tidak mahu menyambung pelajarannya.  Dia ingin terus bekerja.  Dengan kelulusan STPM dia  membawa diri Ke Johor Bahru.  Kamilia bertemu dengan Maniseh, rakan yang banyak mengajarnya tentang selok belok kehidupan liar di luar sana.  Namun dia masih waras. Tidak suka dengan tindakan Maniseh yang sudah bersuami tetapi suka berpoya-poya dengan lelaki lain.  Kamilia  akhirnya dapat melepaskan diri dari terus bersubahat dengan Maniseh.  Dengan bantuan suami Maniseh, Kamilia mendapat tempat tinggal baru.  Dia  berasa tenang semula.
Masa berlalu.  Desakan emaknya agar berkahwin dengan Zamri, Kamilia tidak sampai hati menolak apatah lagi lelaki itu beriya-iya ingin menikahinya.  Atas desakan keluarga akhirnya Kamilia berkahwin dngan Zamri.  Namun bahagia tidak lama.  Rupanya Zamri seorang yang cemburu buta.   Setiap langkah Kamilia ingin diketahuinya sehingga dia sering mengambil cuti dan akhirnya diberhentikan kerja.  Kamilia tidak tahan hidupnya dikongkong keterlaluan oleh Zamri.  Akhirnya dia meminta cerai kerana perasaan cemburu Zamri sudah tahap sampai menganggu majikannya.  Kamilia tidak mampu bertahan lagi.

Hidup sebagai janda tidak semudah yang disangka.  Namun kehadiran majikannya Nik Arif benar-benar memeranjatkan.  Nik Arif dalam diam memang ada hati dengannya.  Luahan hati Nik Arif membuatkan hatinya tidak tenang.  Kehadiran Nik Arif meminangkan, ditolak mentah-mentah oleh emaknya.   Kamilia sendiri tidak sanggup kerana Nik Arif sudah berkeluarga.  Namun cinta sememangnya buta.  Atas restu ayahnya, akhirnya Kamilia menjadi isteri kedua Nik Arif.  Janji manis lelaki itu membutakan mata Kamilia.   Janji tinggal janji.  Nik Arif bagaikan mempergunakan dirinya.  Kehidupannya tidaklah sebahagia yang diharap dan bayangkan.  Nik Arif seolah-olah mempermain dan tidak memperdulikan dirinya.  Ada ketika dia ditinggalkan sepi, sudahlah perkahwinannya menjadi rahsia.  Kamilia benar-benar kecewa.  Nik Arif bukan lelaki yang setia.  Bermain kayu tiga di belakangnya.  Sudahlah dia sering dihina oleh madu tuanya, ditambah beban dengan kekasih gelap suaminya pula.  Hidupnya terasa seperti diperkotak-katikkan.  Kamilia hanya mampu hidup berendam air mata.

Bagaimana kehidupan Kamilia seterusnya?  Mampukah dia hidup bahagia dengan Nik Arif sedangkan lelaki itu sudah berkeluarga?  Bagaimana hubungan Kamilia dengan isteri tua Nik Arif?  Siapakah kekasih gelap Nik Arif?   Hendak tahu jalan ceritanya?  Hendak tahu apa yang berlaku dengan Kamilia?  Jom dapatkan karya 7 WARNA CINTA…
Kisah kekeluargaan.  Kisah rumah tangga yang benar-benar menyayat hati.  Tentangn kedukaan, kesungguhan seorang wanita memperjuangankan kehidupannya demi cinta.   Kepada para pembaca yang suka genre  dan tema yang berbeza dari kisah cinta, boleh dapatkan karya ini.

No comments:

Post a Comment