AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Saturday, 20 September 2014

ULASAN AKULAH SI JELITA




AKULAH SI JELITA (ISBN 978 983 124 971 0)
SYAIDA ILMUNA
2014
ALAF 21
RM21.00
M/S: 519

Jelita hadir tiba-tiba dalam hidup Asfahan ketika pemuda itu bercuti di Cappadocia.   Memikat dan hati Asfahan terus terpikat, sedangkan ketika itu hati Asfahan sudah diisi oleh Nadya.  Namun sememangnya cinta tidak pernah kekal sesiapa, bujang, suami orang atau duda.  Mudah sahaja Asfahan melahirkan rasa cinta kepada gadis yang dianggapkan teramatlah cantiknya.  Sesuai dengan nama gadis itu ‘JELITA’
  Mereka menghabiskan masa bersama, bercuti dan bergembira.  Jelita melayan Asfahan dengan baiknya.  Mesra dan manja.  Lelaki manalah yang tidak tergoda.  Ketika perpisahan bakal terjadi.  Asfahan berharap dapat bertemu dengan Jelita lagi.  Di satu tempat dan masa ditentukan.  Kerana cinta di hatinya tidak main-main, sanggup setia sehingga ke mati.
Jelita pulang semula ke Paris, di sana rupanya sudah ada kekasih hati yang menunggu penuh setia.  Langsung tidak diceritakan  tentang pertemuan dengan lelaki lain, demi menjaga sebuah hubungan.  Tarikh yang dijanjikan pun tiba.  Asfahan meninggalkan Nadya demi mengejar cinta barunya terhadap Jelita.  Asfahan hadir seperti yang dijanjikan namun ternyata Jelita memungkiri janji. 
Nadya patah hati, namun tidak menyerah kalah. Ingin benar tahu siapa Si Jelita yang sedang diangaukan oleh kekasih hati.  Nadya berusaha mencari seorang perempuan yang mampu mengubah keputusan kekasih hatinya itu.

Jelita berasakan Asfahan tidak akan menganggunya lagi, namun dia silap, pertemuan yang tidak disengaja mengundang sengketa antara Asfahan dan Ikhlas.  Dua lelaki yang mencintai orang yang sama.  Kematian  ayah Asfaha, Datuk Azim membawa Jelita ke rumah keluarga Asfahan di Malaysia.  Terkejut bukan kepalang lelaki itu, tertanya-tanya apa hubungan Jelita dengan keluarganya?

Rupanya Jelita ada agenda sendiri terhadap Asfahan.   Apakah agenda itu?  Bagaimana hubungan Jelita dengan Asfahan. Adakah cinta mereka akan bersatu?  Bagaimana pula dengan Ikhlas? Apa hubungan Datuk Azim dan Jelita?  Kalau hendak tahu cerita selanjutnya, jom dapatkan karya ini.

Cerita cinta tiga segi, dendam kesumat yang membara di hati.  Plot yang bercampur aduk dengan imbas semula.  Namun masih boleh difahami jalan ceritanya.  Gaya bahasa yang baik.  Diselitkan juga metafora.  Latar tempat di luar Negara, Paris, New York dan Cappadocia dan Malaysia sendiri.    Latar masa, zaman ini.  Kita dibawa melawat tempat-tempat yang cantik terasa bagaikan bercuti ke Cappadocia pula.  Ada unsur-unsur thriller, pembunuhan dan penipuan.  Kepada pembaca yang tidak suka kisah cinta, bolehlah dapatkan karya ini.  Sesuai untuk semua golongan tidak kira tua atau muda.  

2 comments:

  1. Klu betoi thriller nk beli, tp klu byk na cinta nganto nant baca huhu

    ReplyDelete