AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Friday, 31 October 2014

LAWATAN KE LANGKAWI







Homestay di Kuala Perlis.Boleh tempah jika hendak makan angin di Perlis, Langkawi. Suasana desa.Masjid sebelah sahaja.
Harga Sewaan : Rumah yang 2 bilik RM140.00
Rumah yang 3 bilik RM160.00
Dibenarkan memasak dan membasuh pakaian. Semua kemudahan asas di sediakan. Lokasi tidak jauh dari Pekan Kuala Perlis, berhampiran asrama UNIMAP Perlis.
HOMESTAY HARUM MANIS - 019 5694360- Puan Zaiton.
- 017 536 5240 - Azni
- 019 441 2504- Azizan.
Jika ingin makan, makanan laut boleh juga buat pesanan melalui nombor yang tertera, masak sendiri.

LAWATAN KE LANGKAWI.



Hari kedua, kami bersarapan pagi di Hotel  Haji Ismail Grup, setiap bilik diberi pakej sarapan pagi.  Menunya seperti biasa sahaja.  Namun mengenyangkan.  Usai sarapan kami terus bertolak  untuk menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.  Kami sampai awal, elok sangatlah ketika itu orang tidak ramai.  Namun apakan daya hari ini pula mereka membuat penyelenggaraan, memperbaiki dan memeriksa keadaan fizikal kereta kabel, untuk keselamatan orang ramai.  Maklumlah  bukan rendah ya untuk mendaki gunung tersebut.  Tengahari baru dibuka.  Sementara menunggu, kami masuk menonton tayangan 3D, pengalaman pertama kali buat saya.  Aduhai!  Memanglah seronok, pening pun ya.  Sehingga saya terpaksa menutup mata.  Anak-anak begitu teruja.  Pengalaman baru buat mereka juga.

Jika ingin penginapan suasana Islamik bolehlah menyewa bilik di HIG Hotel.  Pengajian kuliah mingguan juga sering diadakan. 

Berasa masih lambat waktu untuk menaiki kereta kabel tersebut, kami pulang kembali ke hotel.  Membeli-belah di Kompleks Haji Ismail Grup yang terletak  bersebelahan hotel sahaja.  Senangkan?  Harganya jauh lebih murah dari tempat lain.  Kedai lama Haji Ismail Grup yang lama masih lagi wujud, selain Kompleksnya yang baru ini.  Saya kurang makan coklat, tetapi tetap membeli juga.  Dipesan oleh emak dan sepupu serta beli sedikit untuk kawan-kawan.  Pinggang-mangkuk?  Saya kurang meminati barangan seperti itu.  Lain orang, lain minatnya.
Usai solat barulah kami menaiki kereta kabel.  Sekali lagi dibawa menonton tayangan 6D pula.  Naik roller coster, saya pejam mata terus.  Buat kepala pening tanpa sebab.  Ini pengalaman kedua menaiki  kereta kabel, kali pertama sewaktu dunia dilanda tsunami.  Kepada yang pernah menaiki kereta kabel sudah tentu tahu bagaimanakah rasanya.  Kalau gayat baik tidak payah naik serta berhati-hati jika pihak pengurusan ingin mengambil gambar, usai melawat di pintu keluar, sudah tersedia gambar kita untuk di jual.  Kalau bukan 3D harganya dalam RM20.00 sahaja, kalau 3D RM35.00 sekeping.

Hari itu hanya sempat melawat dan menaiki kereta kabel dan membeli-belah.    Selain kereta kabel ada juga aktiviti lain yang disediakan di kawasan itu.   Pusat membeli-belah, tayangan 3D dan 6D ada juga kereta kuda yang sedia untuk ditunggang.  Bayarannya tidaklah mahal sangat.  Berbaloilah.  Kepada yang berkemampuan tentulah tiada masalah.  Kepada yang tidak, sekadar melihat kuda sahaja, itupun sudah cukup. 

Malam itu kami makan malam di sebuah gerai biasa sahaja.  Jalannya pula saya sudah lupa.  Boleh tahan rasanya, sedap juga.  Harganya tidaklah terlalu mahal.  Berpatutanlah.  Usai makan kami semua  ke Dataran Helang.  Gelaplah pula, ambil gambar tidak nampaklah Helangnya.  Kalau waktu siang, kepanasan menjerut tubuh.  Usai bergambar di dataran Helang kami balik berehat.  Hari yang amat meletihkan.
Hari terakhir, kami ke Under Water World pula.  Ada penguin, beraneka jenis ikan dan terumbu karang yang comel dan cantik.  Seperti biasa ada barangan cenderhati di jual di pintu keluar kompleks tersebut.  Sediakan duit sahaja.  Kalau ke Langkawi kenalah sediakan duit yang banyak, sebabnya semua kena bayar ya.  Tidak banyak tempat yang sempat kami ziarah.  Ada juga tempat yang sedang dibaik puih seperti Laman Padi.  Banyak perubahan berlaku di Langkawi.   Jangan sampai hilang keaslian pulau itu sudahlah.  Pembangunan penting tetapi jangan sampai memusnahkan ekosistem yang membuat pulau itu menarik untuk dikunjungi.    Di mana sahaja kawasan menjadi tempat pelancungan, harga makananya pasti mahal, kenapa?  Adakah kerana kawasan itu menerima ramai pengunjung maka para peniaga mengambil peluang untuk meraihkan keuntungan yang berlipat ganda?  Tidakkah mereka terfikir bahawa promosi dari mulut ke mulut itu jauh lebih baik  untuk melariskan lagi perniagaan mereka.  Kenapa HIG mampu berjaya sehingga berdiri teguh seperti hari ini?  Adakah kerana harganya yang mahal atau murah?  Tentulah murah dan menjadi bualan pelawat yang datang.  Jadi sebelum melakukan perkara yang merugikan perniagaan sendiri, lebih baik fikirkanlah tindakan meletakkan harga yang mahal hanya kerana keuntungan yang seketika.
Kami naik feri pulang ke Kuala Perlis tengahari Hari Khamis.  Berehat, mandi dan makan di sebuah homestay yang dimiliki oleh rakan sekampung suamiku.  Kesudian tuan rumah menjamu kami makan malam.  Harga homestaynya juga berpatutan.  Boleh memasak dan membasuh, sesuai sangat untuk mereka yang berkeluarga.  Berada di dalam kawasan perkampungan nelayan, berhampiran masjid.  Malam itu kami pulang semula ke Kuala Lumpur.  Percutian yang menyeronokkan.  Tahun hadapan pergi ke tempat lain pula.

No comments:

Post a Comment