AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Monday, 3 November 2014

ARTIS PENJURU ALAM-APA





Kumpulan Artis Penjuru Alam (APA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan didaftarkan secara rasmi di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 1984. Daripada 43 orang ahli pada awal penubuhannya, APA semakin dikenali dan dalam tempoh lima tahun sahaja jumlah ahlinya telah meningkat menjadi lebih 90 orang.
APA menumpukan perhatian kepada semua bidang seni persembahan pentas iaitu teater, deklamasi puisi, lagu puisi dan tarian. Sejak ditubuhkan, APA telah mengadakan lebih 50 persembahan dibeberapa tempat seperti Pasar Budaya, Stadium Negara, Panggung Drama Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia, Pasar Rakyat serta beberapa hotel terkemuka di Kuala Lumpur seperti Hotel Regent dan Hotel Dynasty. Selain di sekitar Kuala Lumpur APA juga telah mengadakan persembahan teater di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga Perlis.
                                                                                                 
Selain daripada persembahan awam, APA juga sering mengadakan persembahan khas untuk orang-orang kenamaan seperti Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta DYMM Sultan Perak.
Disepanjang penglibatannya, APA telah mencapai banyak kejayaan. Pada Tahun 1982, APA telah memenangi anugerah Drama Terbaik dalam Pesta Teater peringkat Wilayah Persekutuan melalui drama Jangan Bunuh Rama-Rama karya Dato’ Dr Nordin Hassan. Selain dari hadiah Drama Terbaik, APA juga menerima hadiah Set Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Nor Fazilah Ahmad) dan Pengarah Terbaik (Mohd Latip Mohd Arif).
Pada tahun 1990, sebuah drama persembahan APA bertajuk Lensa karya dan arahan Shahriza Mahmud terpilih mewakili negara dalam pesta drama bertemakan Nilai-Nilai Kemanusiaan (Peringkat Asia) anjuran Majlis Pusat Sathya Sai Malaysia. Dalam pertandingan Peringkat Kebangsaan, Lensa telah memenangi empat daripada tujuh anugerah iaitu Drama Terbaik Bahasa Melayu, Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Hamdan Yasin) dan Pelakon Wanita Terbaik (Norwaty Mat).
Dalam Pertandingan Peringkat Asia yang turut disertai oleh Singapura, Jepun, Filipina, Thailand, Hong Kong dan Australia, Lensa Telah memenangi satu anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Asia (Hamdan Yasin).
APA juga telah melahirkan ramai karyawan yang kini terlibat dalam bidang lakonan, pengarahan dan koreografi tarian seperti Amran Nasruddin, Shahriza Mahmud, Zila Bakarin, Roslan Saleh, Hamdan Yasin dan Zaidi Karim

(Kredit bahan kepada Web Artis Penjuru Alam)

No comments:

Post a Comment