AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Thursday, 1 January 2015

ULASAN CINTA PENCURI MIMPI



CINTA PENCURI MIMPI
LYNN DAYANA
ALAF 21
2014
RM22.00
541 muka surat

                Zahier Arshad seorang peguam muda yang hidupnya suka melepak di kelab-kelab malam dan melayan gadis-gadis manis yang sudah pasti tidak akan menolak lelaki sekacak dan berpangkat sepertinya.  Namun masih menjaga batas tidak sampai melakukan dosa-dosa besar.  Kehilangan isteri dan anak perempuannya dalam satu kemalangan membuatkan Idham tidak mahu kehilangan satu-satunya zuriat yang dia ada.  Dia perlu membawa Zahier ke pangkal jalan.  Dia berasakan perlu berbuat sesuatu.  Akhirnya…
                Zahier tidak tahu sama ada harus marah dengan perbuatan ayahnya yang sanggup membekukan asetnya, kedudukannya di syarikat guaman dirampas.  Dia juga dihalau keluar dari rumahnya sendiri.  Pening kepala Zahier memikirkan tindakan dan kewajaran ayahnya berbuat demikian.  Sahabatnya Taufiq juga tidak mahu membantu.  Zahier meminta bantuan neneknya, namun masih tidak mampu mengubah nasibnya malah terasa semakin teruk apabila neneknya mula hendak mencarikan jodoh untuknya.  Dalam mencari jalan untuk membetulkan hidupnya yang tunggang-langgang dia terperangkap dengan permainan Lili, salah seorang gadis yang menjadi teman di waktu malamnya.  Dia terperangkap dengan dosa yang selama ini dielak.  Dia malu pada dirinya sendiri.  Rasa marah membuatkan dia melarikan diri ke Johor Baharu.
                Pertemuan yang tidak disangka dengan seorang gadis bernama Zara Airis membuahkan rasa bergetar di sanubarinya.    Marah-marah sayang akhirnya menerbitkan rasa cinta yang tumbuh subur dalam hati kedua pemuda dan pemudi ini.  Di Johor Zahier bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah gerai.  Dia ingin mengubah nasib hidupnya.  Kehadiran Qistina hampir sahaja meranapkan segala usahanya dalam sekelip mata apabila Qistina cuba menjeratnya.  Zara Airis pula tersepit dengan sikap emak saudara dan sepupunya yang mengaku mempunyai bahagian dalam rangkain restoran yang sedang diusahankannya.  Dia tahu siapa Zahier, seorang peguam yang berpengalaman.  Dia meminta pertolongan daripada lelaki itu bagi menyelamatkan perniagaannya. 
                Khalid teman sekampung pula sering menganggu Airis, walaupun sudah berumah tangga, namun lelaki itu mencintai Airis dan memaksa Airis berkahwin dengannya.  Malah isteri Khalid sanggup datang meminang Airis, asalkan suaminya gembira, walaupun hatinya tersiat luka.
                Konflik demi konfik berlaku. Mampukah Mak Uda dan Fuad merampas perniagaan Zara Airis?  Bagaimana dengan Zahier, berjayakah dia mengubah dirinya menjadi manusia yang kembali kepada Rabbnya?  Berjayakah Khalid mengahwini Airis?  Siapa pula Nurul Iman yang mempunyai wajah seiras Zara  Airis?   Apa berlaku dengan Qistina dan Lili?  Bagaimana pula dengan cinta terpendam Airis dan Zahier?  Mampukah mereka bersatu sedangkan dalam hidup mereka penuh dengan kacau bilau?  Hendak tahu kisah seterusnya, dan apa berlaku kepada watak-watak ini?  Jom dapatkan karya ini.   

                Pertama kali membaca karya penulis ini.  Hmmm…. Boleh tahan jalan ceritanya.  Gaya bahasa yang tidak membosankan.  Ada sensor humor, sedikit kesedihan yang mencuit hati.  Kisah cinta yang mampu membuai rasa.  Konflik yang membuatkan kita geram dan marah.  Tidak rugi melabur.  Jom dapatkan segera!
 

No comments:

Post a Comment