AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Friday, 9 January 2015

ULASAN DEKATNYA CINTA- ADAM DAN HAWA 2



DEKATNYA CINTA- ADAM DAN HAWA 2
AISYA SOFEA
2013
ALAF 21
RM26.00
645 muka surat

                Sambungan dari cerita Adam dan Hawa yang telah diadaptasi malah dicetak berulang-ulang kali. Setelah kembali bersama Ain dan Am berusaha hidup dan belajar mengenal hati budi masing-masing.  Menyulam rasa cinta setelah lapan tahun mereka menyulam duka lantaran rasa marah dan dendam yang tidak berkesudahan.  Dalam hidup berumah tangga, suka dan duka silih berganti.  Jika tidak kuat menghadapi ujian pasangan yang sedang hangat bercinta pun bakal goyah hatinya, begitu juga dengan Ain.  Permintaan Ain untuk menyambung pelajarannya  membuatkan hati Am tidak senang dan selesa.  Dia benar-benar serba salah.  Dia takut Ain tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan baik lantaran kesibukan yang bakal Ain hadapi nanti.  Ain pula cuba meyakinkan Am bahawa dia tahu apa yang dia lakukan dan berjanji tidak akan menyia-nyiakan rumah tangga mereka serta anak mereka Arissa.

                Bila cemburu beraja di hati, rasa kasih yang tertanam utuh telah dirobek dengan rakusnya sehingga menimbulkan rasa syak wasangka.  Rumah tangga yang baharu sahaja menyulam bahagia akhirnya goyah dan hampir rebah ke tanah.  Am cemburukan Ain dan pensyarahnya, dia menyangkakan Ain ingin berlaku curang.  Begitu juga Ain, syak wasangka hampir menghancurkan kebahagian mereka.  Lantaran kurang waktu bersama membuatkan hubungan mereka yang hangat sebelum ini semakin suam. 

                Ain dengan egonya begitu juga Am yang keras kepala.  Bagaikan tiada kata putus, mereka hampir menghancurkan kebahagian mereka sendiri. Am pula membawa lari Arissa, membuatkan Ain hampir gila.    Apa yang berlaku seterusnya?  Mampukah hubungan mereka diselamatkan?  Mampukah rumah tangga mereka diselamatkan?  Siapa yang akan mengalah,  Ain atau Am? Ingin tahu kisah selanjutnya?  Kepada yang belum memiliki karya ini, bolehlah dapatkan segera.

No comments:

Post a Comment