AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Thursday, 15 January 2015

ULASAN YANG INDAH HANYA SEMENTARA



        
YANG INDAH HANYA SEMENTARA
ANNUR PUTERI
BUKU PRIMA ( GRUP BUKU KARANGKRAF)
2011- 2 kali cetakan
RM19.90
                Samwil dan Syufiqa berkahwin atas pilihan orang tua.  Namun tetap bahagia, lantaran sudah  dapat menerima ketentuan ILAHi akan jodoh yang ditetapkan.  Syufiqa  amat suka membaca, terutama novel.  Malah dia amat meminati karya garapan Mia Batrisia, sehingga dia berangan-angan agar dapat mengenali wanita itu lebih dekat lagi.  Setiap karya penulis itu pasti dimilikinya.  Samqil juga tidak menghalang minat isterinya itu, malah menyokong tanpa berbelah bahagi.     Suatu hari Noryani, sahabat baik Syufiqa mengatur satu pertemuan dengan seseorang di pesta buku yang sedang berlangsung.  Hati Syufiqa berdebar-debar dan berharap orang yang bakal ditemui itu nanti adalah Mia Batrisia.  Tekaannya itu tepat, terjadikan pertemuan yang tidak sangka oleh Syufiqa dan Samwil sendiri.  Pertemuan yang pertama, menjadi kedua dan seterusnya,  Hubungan mereka semakin rapat dan Mia Batrisia selesa bercerita tentang hal peribadinya kepada Syufiqa.  Tetapi Samwil tidak selesa hubungan baik antara Syufiqa dan Mia Batrisia.    Rasa ketidakselesaannya tergambar jelas dengan sikapnya yang acuh tak acuh dan sering menghalang Syufiqa berjumpa dengan idolanya itu. 
                Akhirnya rahsia terbongkar juga.  Rupanya Samwil dan Mia Batrisia punya hubungan istimewa ketika zaman remaja mereka.  Rupanya Mia  Batrisia @ Mia Sara masih mengharapkan kehadiran Samwil dalam hidupnya.  Kerana terlalu sayangkan Mia Batrisia dan rasa simpati terhadap penulis idolanya itu Syufiqa sanggup bermadu dengan penulis pujaannya itu.  Walaupun Samwil cuba menolak, akhirnya dia akur  menerima permintaan isterinya itu.    Syufiqa sanggup berkorban demi suami tercinta juga sahabat yang amat disayanginya.   Dia berharap mereka akan hidup aman bahagia selama-lamanya, dan Mia Batrisia mampu memberi zuriat kepada suaminya lantaran dia sendiri belum mampu memberi apa-apa kepada suaminya.

                Mampukah mereka hidup bahagia kerana kisah cinta semalam?  Tiadakah rasa cemburu di hati Syufiqa terhadap Mia Batrisia?  Bolehkah Mia Batrisia menerima pengorbanan Syufiqa yang baharu sahaja dikenalinya?  Konflik yang menarik dan kesudahannya juga menarik.  Karya menarik buat hati tertarik.

No comments:

Post a Comment