Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 30 September 2015

UNISEL FAST-TRACK PROGRAM (BAGI PELAJAR LEPASAN MAAHAD TAHFIZ)

Gambar kemasukan yang lama, pengambilan setiap tahun.
Gambar terkini SMART TAHFIZ UNISEL 2018



http://unismart.webs.com/about-unismart

RINGKASAN PROGRAM “FAST-TRACK” YAPIS-UNISEL
Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi memperkasakan pendidikan Islam bagi pelajar khususnya di negeri Selangor. Satu kerjasama akan diadakan bersama Universiti Selangor (UNISEL) untuk mengendalikan program khas ini. UNISEL yang berpengalaman dalam menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran di samping menyokong dasar pembangunan negara bakal merancakkan lagi matlamat penubuhan YAPIS.

UNISEL adalah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan 86 program telah mendapat akreditasi MQA, di mana 42 program telah mendapat akreditasi penuh atau hanya memerlukan penilaian sendiri.

Program ”Fast-Track” SPM Pelajar Tahfiz anjuran YAPIS-UNISEL ini dijalankan di sebuah penempatan pelajar luar kampus milik UNISEL iaitu di Kota Puteri, Batu Arang. Ia boleh menempatkan sehingga 1000 orang pelajar dalam satu masa.
Dengan prasarana dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan program ”fast-track” ini, UNISEL menjadi satu lagi pilihan alternatif pelajar aliran Tahfiz yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang professional.

Subjek yang bakal ditawarkan adalah untuk membantu pelajar melengkapkan syarat memasuki mana-mana program di peringkat mana-mana universiti termasuk:-
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Matematik
d) Sains
e) Sejarah
f) Matematik Tambahan
g) Bahasa Arab
h) Pendidikan Syariah Islamiah
i) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
j) Tasawwur Islam

Yuran paling minimum akan dikenakan untuk pengajian, penginapan dan makan minum iaitu sebanyak RM400 sebulan bagi setiap pelajar.
Pelajar yang berjaya menamatkan program ”fast-track” ini dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan diberi peluang untuk mengikuti mana-mana kursus tahun asas sebagai persediaan mengikuti program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di UNISEL mengikut pilihan mereka. Untuk mereka yang memperoleh tiga kepujian bakal ditawarkan dengan kursus di peringkat diploma.

Secara amnya, program ini bukan sahaja akan membentuk insan yang profesional dalam bidang akademik bahkan dalam masa yang sama telah pun mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri mereka. Program fast-track SPM 2014

Anjuran:
Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) – UNISEL
Program fast-track SPM anjuran YAPIS-UNISEL atau lebih dikenali sebagai Unismart telahpun memasuki tahun kedua pada tahun 2013. Pada pengambilan tahun pertama, seramai 70 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program yang dijalankan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial UNISEL ini. Program yang dilaksanakan sepenuhnya di Asrama UNISEL Kota Puteri, Ijok ini merupakan satu-satunya peluang kepada pelajar lepasan madrasah/tahifz untuk mengikuti satu kaedah yang disusun secara sistematik bagi membolehkan mereka bersedia untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Walaupun hanya diberi latihan intensif selama 10 bulan, golongan ini telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk mencapai kejayaan sepertimana pelajar sekolah yang lain. Mengikut rekod pencapaian pada tahun 2012, lebih 85% daripada pelajar tersebut layak untuk menyambung pengajian di peringkat diploma kerana berjaya memperolehi sekurang-kurangnya tiga kepujian. Pelajar terbaik pada tahun lepas berjaya memperoleh 6A dan kini sedang mengikuti pengajian di sebuah universiti di Yaman. Rata-rata ramai antara mereka telahpun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi sama ada dalam mahupun luar negara bagi mengikuti pengajian di peringkat diploma atau persediaan.

Tahun ini, bilangan pelajar yang mendaftar telah meningkat kepada 90 orang dari seluruh pelusuk tanah air. Dengan penambahbaikan dari segi akademik dan pembentukan sahsiah, pelajar pada tahun ini juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang mampu menjadikan mereka lebih kreatif dalam pelbagai bidang. Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya merupakan aktiviti yang memerlukan mereka merancang sendiri dari segi perlaksanaan dari awal sehinggalah selesainya majlis. Kursus dan aktiviti luar seperti program SPIES dan rehlah juga membolehkan mereka menimba pengalaman baru yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Dari segi kemasyarakatan pula, mereka dilibatkan dengan aktiviti yang memerlukan mereka untuk bersama dengan penduduk kampung berdekatan. Kebolehan menjadi imam merupakan satu nilai tambah yang istimewa pada golongan ini sehingga terdapat lebih 17 buah masjid dan surau di sekitar Kuala Selangor telah memohon untuk menggunakan khidmat mereka sebagai imam tarawih sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Selain daripada mengimarahkan majlis keagamaan di surau umum yang berhampiran, pelajar juga dilibatkan dengan aktiviti seperti sambutan korban dan juga riadhah.

Pelajar bertambah setiap tahun.  Permohonan dibuka bermula sekarang.  Kepada yang berminat  bolehlah mendaftar segera. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Permohonan : Secara Online
Program peralihan pelajar aliran Tahfiz memasuki program professional anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Maklumat Permohonan Kemasukan:-
a) Tarikh tutup permohonan 15 November 2013
b) Pemohon yang layak akan dipanggil menghadiri temuduga pada SEPANJANG DISEMBER 2013.
c) Pendaftaran kemasukan pelajar baru pada 15 Januari 2014.
Maklumat Syarat Kelayakan:-
a) Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk
b) Berumur minimum genap 17 tahun pada 1 Januari 2014 atau memiliki sijil PMR
c) Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)
d) Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam
Maklumat Jadual Kelas Pengajian:-
Kelas Hafazan : 5.00 Pagi – 7.00 Pagi
Kelas Persediaan : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Kelas Akademik : 2.30 Petang – 7.00 Petang
Kelas Hafazan : 7.00 Petang – 9.00 Malam

Maklumat Yuran Pengajian:-
a) Yuran Pendaftaran RM300
b) Yuran Peperiksaan RM200
c) Yuran Bulanan RM400 (Pengajian/Asrama/Makan)
Malumat Kemudahan Yang disediakan:-
a) Asrama UNISEL Kampus Kota Puteri dilengkapi surau dan bilik kuliah.
b) Makanan harian disediakan untuk pelajar: Sarapan, makan tengahari & makan malam.
c) Aktiviti Kokurikulum / Seminar / Kursus / Bengkel Motivasi turut diadakan pada hujung minggu.

Maklumat Alamat Tempat Pengajian:-
Asrama UNISEL Kota Puteri,
No. 22, Jalan Kota Puteri 5/10A,
Seksyen 5 Kota Puteri,
48100 Batu Arang, Selangor.
Email : unismart.unisel@gmail.com

PUSAT PENGAJIAN MAAHAD HAFIZ KLANG

https://www.hafiz.edu.my/

39 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya ros (bukan nama sebenar). Saya nak bertanya, Adakah Fast track yang ditawarkan UNISEL ini mengambil pelajar perempuan dan tidak mengira umur? Maklum balas anda amat saya perlukan. Jazakumuallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tolong jawabkan.ambil pelajar perempuan. syarat umur adalah 17 tahun dan ke atas pada tahun untuk ambil peperiksaan.

      Padam
    2. sekarang namanya sudah jadi smart tahfiz unisel.cbe layari dalam fb

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Camna saya nak register. Blh ke 2 org anak saya nak amik spm 2019 umur nya 22 thn dan 20 thn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat balas, saya tak perasaan ada soalann.

      Boleh berhubung terus dengan pihak Smart Tahfiz Unisel

      Padam
  4. salam..pendaftaran spm 2019 bila dibuka dan bagaimana nak mendaftar...tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Rasanya sudah buka dan keputusan pun sudah keluar. Mungkin boleh berhubung dengan pihak Smart Tahfiz Unisel untuk maklumat lanjut.

      Padam
  5. As salam mohon share maklumat untuk pendaftaran program fasttrack spm bagi tahun 2019.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Maaf, lambat balas. Selalunya pendaftaran dibuka dalam bulan 9 atau 10. Tuan boleh rujuk terus dengan Smart Tahfiz Unisel.

      Padam
  6. https://www.facebook.com/SmartTahfizUnisel/photos/unisel-berwajah-barupasti-pelajar-smart-tahfiz-juga-merasainya/1051141761732188/

    BalasPadam
  7. Kepada yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke SMART TAHFIZ UNISEL, boleh terus berhubung dengan pihak yang terlibat.

    Maaf lambat membalas setiap soalan yang ditanyakan.

    BalasPadam
  8. Assalam bagi asrama, adakah mereka dibenarkan membawa telefon?

    BalasPadam
  9. Assalam . Boleh saya tahu. .Bagaimana nk berurusan terus dgn pihak unismart. . Boleh saya dapatkan no tel..?

    BalasPadam
  10. Aslm kalau hafazan dalam 5 juzuk tk boleh masuk ke?

    BalasPadam
  11. Assalam.unismart ni masih dibuka lagi atau tidak utk tahun depan(2020) sebab ade kwn saya, pensyarah di unisel katanya fast track spm tahun ni dan akan datang sdh dtutup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum.. saya juga nak daftar bagi spm 2020 tetapi kenapa masih tiada dlm system bagi pelajar nak mohon

      Padam
    2. Waalaikumusalam. Mungkin sudah penuh. Cuba cari di google, ada tempat yang buat, tapi saya tak pasti di mana?

      Padam
  12. salamm..sy pun nak tanya utk sesi 2020..mcmane yer nak daftarrr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba cari dalam google, tempat yang ada menyediakan Smart Tahfiz Unisel.

      Padam
  13. salam utkbsesi 2020 mcm mana nk daftar ye

    BalasPadam
  14. As salam sy nak tanya untuk kemasukan 2020 mcm mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Cuba cari di carian google, ini pos lama, saya sudah tidak pasti bagaimana cara kemasukannya.

      Padam
  15. BUAT MEREKA YANG BERTANYA. CUBA CARI MAKLUMAT DI LINK INI.

    https://smarttahfiz.edu.my/page/pagedetail.php?schid=692&schname=PENGENALAN

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum
    Blh sya tahu yuran bulananan sbyk rm800 sebln tu sudah trmasuk makan minum ke Pn?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum saya ada pertanyaan anak saya lelaki thn ni brumur 17 thn pelajar tahfiz dan telah tamat pengajian.. Anak saya tiada akademik kerana dr umur 12 thn saya menghantar ke tahfiz.. Blhkah anak saya masuk ke unisel ini.. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam.Boleh, asalkan sudah habis 10 juzuk ke atas. Sekarang, banyak maahad tahfiz adalah fast track program ini, boleh rujuk di FB.

      Padam
    2. Boleh mohon di sini juga https://www.hafiz.edu.my/

      Padam
  18. ADAKAH PELAJAR BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA LAYAK MEMOHON BELAJAR DISINI????

    BalasPadam
  19. BOLEHKAH PELAJAR BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA YANG MENAMATKAN PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA MEMOHON BELAJAR DI UNISEL

    BalasPadam
  20. Bebas macam pelajar universiti tak?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum.
    Program fast track spm hufaz masih berjalan ke? Untuk pengambilan tahun 2022 bila boleh mula memohon?

    BalasPadam