AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Thursday, 15 October 2015

BERDOALAH DI MANA SAHAJA



Firman ALLAH swt:

  "Berdoalah kamu kepadaku,niscaya kuperkenankan permintaan kamu itu" (AL-mu'min : 60).

Ertinya :"Dan apabila hambaku bertanya kepadamu (Hai Muhammad) tentang aku maka katakanlah kepada mereka bahwa aku adalah dekat kepadanya & aku memperkenankan do'a orang yang berdo'a kepadaku (Al-Baqarah : 186 ).

Assalamualaikum teman-teman semua. Sudah makan? sudah minum? Sudah berdoa? Apa yang diminta? Tentulah yang baik-baik sahaja. Doa adalah senjata orang Islam. Selagi ada hati, ada perasan, ada jiwa, jangan sesekali lupa berdoa. Dengan doalah kita dapat capai apa sahaja yang kita inginkan. Bukankah ALLAH swt itu Maha Mendengar. Jadilah hambanya yang rajin meminta, bukan minta yang bukan-bukan, mintalah yang baik-baik sahaja buat kita dan keluarga kita. Orang yang tidak berdoa, umpama orang yang sombong. Doa yang terbaik adalah surah al-Fatihah.
Berdoa bukan hanya ketika dalam solat sahaja. Kita boleh berdoa di mana sahaja, tiada halangan, tiada sekatan. ALLAH itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Berdoalah selagi daya, mintalah, pohonlah pasti akan diperkenankanNYA.

No comments:

Post a Comment