AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 20 October 2015

PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG












                Pernah main galah panjang?  Batu Serimban?  Ting-ting, rounders, police centry, gelang getah, guli dan banyak lagi yang menjadi kenangan waktu zaman kanak-kanak.  Seronokkan?  Lelaki dan perempuan main bersama.  Tidak pernah terfikir lamunan perasaan waktu bersama-sama.  Yang penting, kita saling bermain diwakt rengang mencari keseronokkan seketika.  Kerjasama berkumpulan.  Sejak kecil kita telah belajar.  Berusaha memenangi perlawanan dan permainan.  Saling bekerjasama, bantu membantu.  Tidak kira bangsa bermain bersama-sama.

                Disitu terserlah kreativiti kita. Melakukan sesuatu yang tidak perlu dibayar dengan harga yang tinggi.  Kalau main ting-ting, lukis sahaja di tanah menggunakan ranting kayu atau pokok.  Kalau main galah panjang, hanya memerlukan padang badminton atau padang biasa, lukis sendiri.  Kalau main batu serimban, kalau tidak mampu buat dengan kain, batu di jalan sudah cukup berguna.  Kalau main congkak, tidak ada bekasnya, kita korek tanah di bawah rumah, guli atau buah getah sudah cukup berguna.  Banyak lagi permainan yang memerlukan kreativiti kita dan tidak memerlukan duit. Kalau nak main gelang getah, tidak mampu beli, kita mula merayap mencari gelang getah yang bersepah di laman rumah orang.  Keluarga kita tidak mampu menyediakan permaianan yang mahal-mahal untuk kita. Kalau nak main juga kenalah berusaha, kreativiti terlahir kerana kita inginkan keseronokkan bermain.
                Hari ini, zaman dan keadaan berubah.  Rata-rata kita mampu dan ada duit.  Permainan lama dilupakan, yang ada kini permainan pelbagai jenis, harga usah cerita.  Permainan di komputer, di telefon  dan banyak lagi yang canggih-manggih.  Siapa yang mampu, semakin canggihlah permainan terkini dapat dibeli.  Kepada yang tidak mampu, setakat di telefon atau komputer sudah memadai. 

                Dahulu kita bermain ramai-ramai. Hubungan sesama kawan sekampung, setaman, satu sekolah menjadi rapat, sekarang main sendiri-sendiri, tidak perlu bertemu kawan atau teman, keseronokkan dirasai sendirian.  Ruginya, kerana kita tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain. 
                Itu sebab, semakin hari anak-anak kita semakin mementingkan diri sendiri.  Tidak pandai memikirkan orang lain. Tidak pandai kerja berkumpulan.  Kalaulah zaman boleh diterbalikkan kembali. Rela seperti dahulu, kerana hubungan kita sesama manusia lebih bererti.  Zaman sekarang, manusia lebih rela berhubung dengan gadjet yang semakin canggih.
               

No comments:

Post a Comment