AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Saturday, 17 October 2015

SEBUAH POLIGENRE - KARYA Prof. Madya A. Halim Ali.

Saya baca semua jenis buku, tidak kira asalkan berguna dan ada isinya. Bukan sia-sia, ditambah dihadiahkan oleh seorang teman, sahabat dan rakan baik saya. Tiga orang penulis yang saya kenali ada karya mereka di dalamnya. Tahniah Monalita Mansor, Fatinilam Sari Novelis dan Saniah Masri. Antara karya yang saya suka dan tersenyum ketika membacanya dan terasa sehingga ke hati.

Karya Prof. Madya A. Halim Ali.
Sebuah Poligenre ( Apa salahnya Sesekali Suara Melayu Lebih Tinggi Daripada Selalu)
i
Sejak dahulu, orang berkata
Takkan Melayu hilang di dunia
Agama ditunjang, adat dipelihara
Raja Melayu pantang diderhaka.
Masa berlalu, ramai yang lupa,
adat ditinggal, agama dijual
Bahasa melayu dibuat lupa
hilang Melayu di mana-mana.
ii
Aduhai malang apa nak jadi
rumah Melayu lantainya rapuh
bersatu Melayu tak pernah teguh
hebat berkelahi jaguh bergaduh
tak sedar maruah semakin jatuh
batu ptih dah hilang sauh
ayam jantan dah patah susuh
Pulau Pisang masanya tak jauh
jangan kedaulatan dibuat taruh
hina bangsa siapa nak basuh?
Aduhai malang apa dah jadi
gula dan beras harganya naik lagi
harga minyak naik berkali-kali
Bernas untung petani yang rugi
pengilang bumiputera boleh dikira dengan jari.
Wah! bagusnya DEB!
untung semangkuk tapi sebelangan rugi.
Bukit bukau dah jadi gondol
pokok-pokok banyak dah mandul
pokok balak asyik disondol
sungai di hulu airnya kotor
kita bermandi air lumpur
yang kaya raya si kontraktor
yang bodoh tak diuntung orang di kantor
orang kampung pula takut nak lapor
bimbang tak berasap nasi di dapur.
iii
Di tepi sebuah jalan di tengah kita raya, seorang anak muda menjerit, "Hidup Melayu." Dengan bendera berlambang pedang bersilang dijulang tinggi. Melayu adalah tuan, Melayu adalah pemilik tanah air ini. Jeritnya beberapa kali dengan suara yang kuat. "Takkan Melayu Hilang di Dunia!" laung pemuda berbaju merah itu dengan tangannya digenggam kuat. Sesekali dia terhenti kerana bendera yang dijulangnya jatuh ke longkang besar tepi jalan itu. Lalu dia bergegas ke seberang jalan mencari kedai, kalau-kalau ada kedai yang menjual bendera. Puas mencari tetapi tidak juga bertemu kedai yang menjual bendera. Suaranya pula semakin menjerat leher. Pemuda itu kian perit dan hampir pengsan. Setelah berjalan hampir dua puluh minit, akhirnya dia ternampak kedai peralatan sekolah yang tertulis nama Chong Me Seng Stationaries. lalu dia bergegas ke situ. Dengan melunaskan beberapa bayaran, akhirnya dia diberi bendera baharu
"kenapa warnanya tidak berapa merah taukeh?" tanya pemuda itu
Taukeh Cina itu melihatnya dengan mata yang dipicin.
"Lu tau ka, ini benela negala China yang buat. sini mahal lo," beritahu tuan kedai dalam pelat Cina. Pemuda itu mengangguk. Setelah membayar harga bendera itu, akhirnya pemuda itu berlalu semula ke tepi jalan dan ingin melaungkan kata-kata semangat. Sebelum dia bermula untuk menjerit Hidup Melayu sekali lagi, terlintas di benaknya, nk cetak bendera Melayu pun kena cetak di negara China! Dia mengeluh panjang dan menggeleng-geleng kepala.

iv

Sesekali bangunlah
dari lantai pembangunan
dari bantal angan negara maju
lihat pada mengkuang zaman Bangsa Melayu
yang retak seribu
dan dinding peribadi yang kian reput
Bahtera Melayu kehilangan sauh
maruah bangsa dibuat taruh

Apa salahnya orang Melayu bersuara lebih tinggi
daripada selal
sedang orag lain dalam dian
menaruh racun di mata
berani kita tak bertempat
berani dia di mana-mana tempat
sopan kita tak bertempat.
sedang dia tidak bersopan tak kira tempat
orang Melayu diberi untung semangkuk
untung dia sebelangga
keankalinya orang Melayu bertolak ansur
dia menolah Melayu beransur mundur

Aku sangat-sangat khuatir
Orang Melayu dengan pemimpin-pemimpinnya
sekali ditolak sidia ke alur
llu jatuh bergelungsur
jangan sampai nasi menjadi bubur
kelak  nanti tanah leluhur yang subur
menjadi tempat orang lain berhibur
kita yang tinggal mati mengelupur.

No comments:

Post a Comment