Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Isnin, 23 November 2015

ULASAN GOJI BUNDY

Tajuk: GOJI BUNDY
Penulis: Riduan A. Dullah
Penerbit:: Buku Pojok
Terbitan: 2015 ( 2 kali cetakan)
176 muka surat.
RM27.00

Terbitan pertama penerbitan Buku Pojok. Hmm... bahasa santai. Kisah benar perjalanan seorang anak muda yang baharu sahaja putus tunang. Membawa hati yang lara. Berbekalkan duit cincin tunang yang dijual. Dia merantau nun jauh ke Australia. Banyak pengalaman yang boleh kita kongsikan. Kisah duka seorang anak muda yang pergi merantau sebatang kara. Bolehlah dikatakan begitu, kerana tak punya rumah atau hotel untuk menginap. Bersama dua orang kawan, penulis mencari rezeki dengan bekerja di ladang. Pengalaman yang tidak pernah kita sangkakan. Samalah seperti mat-mat bangla dan mat-mat Indon yang datang bekerja di negara kita. Perit terasa bila membaca karya ini. Bukan makan angin, semuanya tersedia. Betul-betul jelajah negara orang tanpa ada apa-apa.

Karya yang mampu buat kita belajar sesuatu, menghargai sesuatu dan yang paling penting, kita akan sayangkan negara kita, diri kita dan segalanya yang kita miliki kini dan semoga selamanya.

Kalau nak ketawa, senyum dan menangis. Jom dapatkan buku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan