AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Monday, 6 June 2016

PELAYARAN KASIH - BAB 13 - Karya Rohani Deraman




D
alam perjalanan pulang ke Malaysia, tiba-tiba Ahmad Adham teringat sesuatu. Dia menoleh kepada Kamaruzaman. Mata lelaki itu terpejam. Dia menoleh pula kepada Kartina. Mata isterinya itu juga terpejam.
Masing-masing melayan keletihan. Lalu Ahmad Adham menyimpan soalannya. Dia ikut pejamkan mata. Keletihan seminggu berjalan-jalan di tempat orang memang terasa sangat. Akhirnya dia ikut hanyut dibawa arus mimpi.
“Abang, dah sampai,” bisik Kartina di telinga Ahmad Adham.
“Eh, cepatnya. Abang rasa baru saja abang tidur,” balas Ahmad Adham.
“Awak tidur lebih lama dari saya,” kata Kamaruzaman pula.

“Tak sabar nak jumpa budak-budak tu. Seminggu rasa macam dah bertahun-tahun berpisah,” kata Ahmad Adham.
“Saya ni, rindukan cucu-cucu. Dah rasa macam lama sangat tinggalkan mereka. Apa khabar mereka agaknya.”
“Untunglah awak dah ada cucu. Kami ni, entahlah bila. Harapkan Muhayat, belum ada ura-ura pun,” balas Ahmad Adham.
“Dia memang belum ada teman wanita ke?” tanya Kamaruzaman dengan wjaah kurang yakin.
“Ada. Tapi, entahlah bila nak bersatu. Muhayat tu asyik sibuk dengan urusan kerja. Cuba-cubalah awak cakap dengan dia nanti,” jawab Ahmad Adham.
“Saya? Lebih baik Tina yang cakap. Dia mesti dengar cakap Tina sebab Tina emaknya,” kata Kamaruzaman sambil menoleh kepada Kartina.
“Biarlah dia yang buat keputusan sendiri. Tina pun dah cakap banyak kali. Tapi dia kata, belum sampai seru,” jawab Kartina dengan ketawa kecil.
“Zaman, boleh saya tanya sesuatu?” tanya Ahmad Adham.
Kamaruzaman angguk.
“Hari tu masa saya telefon awak nak ajak awak ke Sydney, awak kata ada perkara awak nak cakap dengan saya. Apa dia?”
Kamaruzaman termenung dan cuba mengingat kembali  perkara yang dikatakan itu. Lama. Langsung tidak terlintas apa-apa.
“Saya dah lupa. Maaflah. Nanti kalau saya dah ingat, saya beritahu awak.”

Ahmad Adham angguk. Dalam usia mereka, memang sakit pelupa itu sudah biasa.
“Abang nak terus balik ke JB ke nanti?” tanya Kartina pula.
“Ish, Tina ni. Biarlah dia di rumah kita sehari dua hilangkan lenguh. Atau kalau awak nak tinggal terus dengan kami pun, kami tak kisah,” kata Ahmad Adham pula.
Kamaruzaman tersentak. Dia meneliti wajah Ahmad Adham, kemudian wajah Kartina. Kemudian baru dia teringat sesuatu.
“Kenapa ni?” tanya Ahmad Adham, hairan.
“Saya baru ingat perkara yang saya nak beritahu awak tu!” Mata Kamaruzaman bersinar, ceria.
“Apa dia? Cakaplah.”
Kamaruzaman tidak terus menjawab. Tiba-tiba rasa malu dan segan merayap di hati. Perlukah dia cakap?
“Abang, cakaplah. Tak payah nak malu dengan kami. Kita kan dah janji untuk jadi keluarga hingga akhir hayat?” Kartina mula mendesak.
“Firdaus cadangkan abang tinggal di Ipoh buat sementara waktu. Dia nak abang dekatkan diri dengan Muhayat. Katanya, mungkin dengan cara itu kami akan rapat sebagai ayah dan anak,” jawab Kamaruzaman dengan berhati-hati.
“Alhamdulillah …” ucap Ahmad Adham dengan gembira. Mendengar ucapan itu Kamaruzaman terpinga-pinga.

“Sebenarnya itu yang saya cadangkan pada Tina. Cuma kami tak berani nak cakap dengan awak, Man. Kami bimbang awak tak sudi. Kalau macam ni  selesailah kerja kita, Tina.” Ahmad Adham melemparkan senyuman kepada Kartina. Senyuman itu dibalas oleh Kartina dengan segala senang hati.
“Tapi, mahukah Muhayat terima saya tinggal sebumbung?”
“Dia mesti terima. Baru-baru mungkin kekok, lama-lama nanti akan serasi juga,” jawab Ahmad Adham.
Kamaruzaman angguk perlahan. Dia berdoa dalam hati agar ALLAH berikan rasa kasih bercambah dalam hati Muhayat. Dia akan cuba menjadi ayah yang baik. Walaupun agak terlambat, namun masih ada masa.

MALAM itu Ahmad Adham menyampaikan hal itu kepada Muhayat ketika mereka duduk  berehat dan santai di ruang tamu.
“Hayat, Abah Zaman akan tinggal dengan kita untuk sementara waktu. Memandangkan dia pun tak ada buat apa di JB tu, abah ajak dia tinggal di sini. Sekurang-kurangnya dapat juga temankan abah berbual,” kata Ahmad Adham, tulus.
Muhayat diam. Seperti yang diduga, sambutannya agak dingin.
“Apa pendapat Hayat?” tanya Ahmad Adham, sengaja menduga.
“Terserahlah,” jawab Muhayat acuh tak acuh.
Hati Kamaruzaman berdebar. Dia rasa sangat kurang senang dan tidak selesa. Kehadirannya memang tidak dikehendaki oleh Muhayat. Dari jawapan dan air mukanya, memang dia tidak suka.

Tidak lama, Muhayat bangun dan meninggalkan mereka bertiga.
“Saya harap awak sabar ya, Man.” Ahmad Adham rasa bersalah.
“Tak apa. Dia berhak benci saya. Saya tak pernah bela dia.”
“Abang, kita perlukan masa untuk pujuk hati dia. Tina harap abang bersabar dengan kerena dia.” Kartina pula memujuk. Memang dia ikut kurang senang dengan sikap yang baru ditunjukkan Muhayat itu.
“Tak apalah Tina. Jangan susah hati pasal abang.”
“Man, saya yakin satu hari Hayat akan faham keadaan awak. Satu hari dia akan sayang pada awak seperti anak-anak lain menyayangi bapanya,” celah Ahmad Adham pula.
Kamaruzaman tersenyum nipis. Dia tahu selepas itu, dia akan berdepan dengan sebuah kehidupan yang perlukan kesabaran. Tidak mudah untuk membuat sekeping hati menyayanginya.
Dari hari ke hari, minggu berganti minggu, sikap Muhayat tetap sama. Langsung tidak ada senyuman dan tegur sapa antara Muhayat dan Kamaruzaman. Untuk berbual-bual mesra dan bergurau senda, memang  tidak pernah dan jauh sekali.
“Kalau abah tak selesa di sana, baliklah. Jangan paksa diri abah,” kata Firdaus ketika Kamaruzaman menyampaikan hal itu kepadanya.
“Tak apa. Abah masih boleh bertahan. Abah akan bersabar. Abah yang salah. Abah kena hadapi semua ni.”

Nasib baik pula ada Mursyid  dan Marsyila yang selalu menemaninya dikala dia rasa sunyi. Kedua-duanya langsung tidak canggung bermesra dengannya. Dia dihormati sama seperti mereka menghormati Ahmad Adham dan Kartina.




JAM sudah menunjukkan ke angka sebelas. Kartina baru selesai menunaikan solat isyak. Dia terlambat solat kerana selepas selesai solat maghrib tadi, dia sibuk membantu Marsyila mengemas beg pakaiannya.
Marsyila akan kembali bertugas. Dia akan kembali semula ke Sabah. Kartina tidak sampai hati membiarkan Marsyila mengemas sendirian.
“Ibu, Syila bukan anak kecil lagi. Ibu pergilah berehat. Syila boleh kemas sendiri,” kata Marsyila menolak bantuan yang cuba diberikan oleh  Kartina.
“Selagi Syila tak kahwin, ibu anggap Syila masih anak kecil,” balas Kartina dengan senyum. Dia menarik sehelai baju dan melipatnya. 
“Syila tak ada teman lelaki. Macam mana Syila nak kahwin, ibu.”
“Mungkin Syila ni memilih sangat. Ibu tengok Dr. Fahmi tu sesuai untuk Syila. Ibu sukakan dia. Abah pun suka,” kata Kartina cuba menduga. Ketika itu dia meneliti wajah Marsyila yang merah dan matanya yang bersinar ketika nama doktor muda itu disebut.
“Ibu tahu Dr. Fahmi tu juga sukakan Syila,” sambung Kartina.
“Aik? Ibu nak jadi tok nujum ke ni?”
“Tok nujum cinta,” jawab Kartina dengan ketawa kecil. Namun dia berkata jujur. Selepas beberapa kali dia bertemu muka dengan Dr. Fahmi, dia dapat melihat cahaya cinta di mata anak muda itu.

“Ibu tahu dia bukan dari keluarga berada. Malah katanya dia anak seorang petani. Tapi itu bukan ukuran untuk sebuah kebahagiaan. Ibu bangga dengan semangat dan kegigihannya mengubah hidup keluarga,” kata Kartina lagi.
“Ibu, masa masih awal lagi.”
“Awal apanya? Syila dah dua puluh lapan tahun. Masa yang cukup matang untuk seorang gadis. Kalau zaman ibu dulu, dah dianggap anak dara tua.” Tangan Kartina masih ligat melipat dan menyusun pakaian Marsyila ke dalam beg pakaian yang ada.
Marsyila diam. Dia ligat berfikir. Cintakah Fahmi kepadanya? Anak muda itu tidak pernah menyatakan rasa hatinya. Dia hanya membaca dari gerak tubuh dan layanannya.
“Syila kena mulakan dulu. Kadang-kadang lelaki menjadi lebih malu dari wanita ketika bercakap soal hati dan perasaan.”
Marsyila segera menoleh ke arah Kartina. Dia hairan bagaimana Kartina tahu apa yang ada dalam hatinya. Kartina mengerdipkan mata dengan senyum yang penuh keibuan.
“Ibu, Syila lagi malu. Biarlah. Kita tunggu takdir sahaja yang menentukannya,” jawab Marsyila sambil meneruskan kerjanya.
“Kata orang tua-tua, dari mana nak dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya. Dari mana nak dapatkan harum kemenyan jika tidak dibakar,” kata Kartina pula.
“Kata orang tua-tua juga, jangan perigi mencari timba,” balas Marsyila sambil ketawa senang. Gembira hatinya dapat membalas peribahasa ibunya.

“Zaman ini mana ada perigi lagi. Timba? Lagi tak ada. Orang semua mandi guna air paip.” Kartina membetulkan cakap Marsyila.
Mereka mengekek ketawa.
“Ibu, kenapa ibu tak suruh Abang Muhayat yang kahwin dulu. Dia tu lagilah, dah tiga puluh. Nanti jadi bujang tua pula!”

Dia tahu Ahmad Adham sedang menunggunya di bilik. Rutinnya sebagai isteri belum selesai lagi. Setiap malam, segelas susu panas adalah penutup tirai hari. Itu rutin yang sudah dilakukan sejak dia berkahwin dengan Ahmad Adham.
“Abang, ini susu panas abang,” Kartina menghulurkan gelas susu itu kepada Ahmad Adham yang sedang membaca sebuah kitab.
“Kenapa lambat? Tina kat mana? Puas abang panggil, Tina tak muncul,” kata Ahmad Adham meletakkan kitab di tangannya dan menyambut gelas dari tangan Kartina.
“Ya ke bang? Tina minta ampun kerana Tina tak dengar pun abang panggil. Tadi Tina di bilik Syila. Tolong dia mengemas. Kemudian solat isyak. Maafkan Tina ya bang.” Kartina menarik tangan Ahmad Adham dan menciumnya berulang kali.
Ahmad Adham menarik Kartina dan mencium kedua pipinya sebagai tanda maaf.  Dengan bismillah dia meneguk susu panas, perlahan.
“Buah hati awak dah tidur?” tanya Ahmad Adham.
“Siapa?” Kartina segera menoleh. Mata mereka bertembung.
“Kamaruzaman.”
“Abang, Tina tak suka abang bergurau macam tu.” Kartina menarik muka masam.
“Alah, abang bergurau pun tak boleh.” Ahmad Adham sekali lagi menarik Kartina ke dalam pelukannya. Kemudian dia mengelus-ngelus rambut Kartina. Seluruh rasa tertumpah penuh kepada Kartina.

“Dia lelaki.”
“Lelaki bukan manusia? Lagipun dia dah ada calon. Dah lama sangat hubungan dia dengan Kak Asyikin tu. Kesian orang tu tunggu lama-lama,” kata Marsyila.
Tangan Kartina terhenti mengemas. Dia seperti sedang berfikir. Memang benar kata Marsyila. Hubungan Muhayat dan Asyikin sudah lama terjalin. Sejak di universiti hingga kini. Asyikin sudah bekerja sementara Muhayat menyambung pelajaran ke luar negara. Namun, belum ada riak atau usul untuk mereka mengikat perhubungan itu dengan tali akad yang suci. 
“Apa yang ibu fikirkan ni?”  tanya Marsyila ketika melihat Kartina termenung.
“Pasal perigi dan timba. Sekarang kita timba kan? Kita yang kena mencari perigi,” jawab Kartina.
“Ibu kata zaman ni dah tak ada perigi dan timba,” kata Marsyila dengan ketawa. Kartina ikut ketawa. Namun sebenarnya, kata-kata Marsyila itu tidak lucu. Yang membuat dia ketawa ialah sikap lupanya terhadap hubungan Muhayat dan Asyikin. Gadis itu pun amat disenanginya. Dia cantik dan berbudi bahasa. Selain dia dari kalangan keluarga orang baik-baik.
Selepas mengemas sejadah, Kartina segera ke dapur.

Dia tahu Ahmad Adham sedang menunggunya di bilik. Rutinnya sebagai isteri belum selesai lagi. Setiap malam, segelas susu panas adalah penutup tirai hari. Itu rutin yang sudah dilakukan sejak dia berkahwin dengan Ahmad Adham.
“Abang, ini susu panas abang,” Kartina menghulurkan gelas susu itu kepada Ahmad Adham yang sedang membaca sebuah kitab.
“Kenapa lambat? Tina kat mana? Puas abang panggil, Tina tak muncul,” kata Ahmad Adham meletakkan kitab di tangannya dan menyambut gelas dari tangan Kartina.
“Ya ke bang? Tina minta ampun kerana Tina tak dengar pun abang panggil. Tadi Tina di bilik Syila. Tolong dia mengemas. Kemudian solat isyak. Maafkan Tina ya bang.” Kartina menarik tangan Ahmad Adham dan menciumnya berulang kali.
Ahmad Adham menarik Kartina dan mencium kedua pipinya sebagai tanda maaf.  Dengan bismillah dia meneguk susu panas, perlahan.
“Buah hati awak dah tidur?” tanya Ahmad Adham.
“Siapa?” Kartina segera menoleh. Mata mereka bertembung.
“Kamaruzaman.”
“Abang, Tina tak suka abang bergurau macam tu.” Kartina menarik muka masam.
“Alah, abang bergurau pun tak boleh.” Ahmad Adham sekali lagi menarik Kartina ke dalam pelukannya. Kemudian dia mengelus-ngelus rambut Kartina. Seluruh rasa tertumpah penuh kepada Kartina.

“Bukan tak boleh, tapi Tina tak suka. Kalau orang dengar, ia akan jadi fitnah. Tina tak suka ada silap faham antara kita. Abang tahu Tina sayangkan abang. Tina cintakan abang dari muda sampai sekarang. Tidak ada buah hati yang lain selain abang,” kata Kartina lagi.
“Itu abang tahu. Abang bergurau je. Abang janji tak buat lagi. Maafkan abang.” Giliran Ahmad Adham pula menarik tangan Kartina dan mengucupnya.
 Pergilah hantarkan dia segelas susu,” suruh Ahmad Adham.
“Dia tak suka susu. Sejak dulu dia memang tak minum susu,” jawab Kartina, jujur.
“Kalau macam tu, pergi jengok dia. Mana tahu kalau dia perlukan apa-apa. Abang tengok petang tadi, dia lemah saja. Mungkin dia tak makan ubat,” kata Ahmad Adham. Sejak balik dari Sydney, dia sudah menghafal jadual makan ubat Kamaruzaman. Lelaki itu memang nampak sihat, tetapi dia lebih bergantung kepada ubat-ubatan.
“Abang, besok sajalah. Mungkin dia dah tidur. Malas Tina nak ganggu dia.”
“Pergilah tengok. Mana tahu dia belum tidur,” suruh Ahmad Adham, semakin bersungguh-sungguh. Dengan langkah berat, Kartina melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik tetamu di tingkat bawah. Dengan perlahan dia menolak pintu yang tidak berkunci.
Kamaruzaman duduk menyandar pada kepala katil. Wajahnya pucat. Tubuhnya menggigil. Ternyata Kamaruzaman dalam keadaan sakit.
“Abang, kenapa ni?” tanya Kartina dengan cemas. Dia segera masuk dan meletakkan telapak tangannya di dahi Kamaruzaman.

“Entahlah Tina. Abang rasa seram sejuk. Mungkin nak demam,” kata Kamaruzaman dengan lemah.
Kartina segera keluar. Dia tahu apa yang perlu dibuatnya. Kamaruzaman perlukan bantuan. Dia mencapai gelas dan menuangkan air. Dengan pantas juga dia membawa air itu kepada Kamaruzaman.
“Bang, makan ubat ni bang. Tina bimbang demam abang ni akan melarat,” kata Kartina sambil menghulurkan dua biji panadol yang ada di atas meja. Kamaruzaman akur. Dengan patuh dia menelan panadol yang dihulurkan oleh Kartina.
“Terima kasih Tina,” kata Kamaruzaman dengan mata yang kuyu dan hampir terpejam.
“Abang tidurlah. Esok, kalau demam abang ni tak kebah kita ke klinik,” kata Kartina pula sambil menarik selimut dan menutup kaki Kamaruzaman. Kamaruzaman terlelap. Nafasnya turun naik dengan teratur.
Selepas puas hati dengan keadaan Kamaruzaman, Kartina berjalan keluar dari bilik itu. Sampai di muka pintu, dia berdiri dan meneliti wajah Kamaruzaman dengan belas. Kemudian dengan perlahan dia menutup pintu bilik itu agar tidak mengganggu tidur Kamaruzaman.
Ketika Kartina keluar dari bilik Kamaruzaman tadi, dia sebenarnya tidak perasan ada sepasang mata sedang mengintai gerak lakunya. Ada hati yang sedang menaruh syak yang keji!











No comments:

Post a Comment