AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Friday, 22 July 2016

E.T.A - BAB 1 - ASMAH HASHIM


Dahinya berkerut memandang wajah muram Rabeta. Dipanggil berkali-kali pun tidak menyahut. Apalah yang dilamunkan oleh perempuan pengganti ibunya sendiri itu. Tina menggeleng laju. Fail yang berisi maklumat beberapa unit yang bermesyuarat tadi diletakkan di atas meja Rabeta. Jarinya mencuit bahu Rabeta. Leka sungguh, sampaikan kehadirannya juga tidak disedari.
“Tina? Erk… mesyuarat dah habis ke?” Rabeta mengelap matanya yang berair. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Tina.
“Dah mak cik… jauh sangat mak cik mengelamun. Sampai Tina masuk pun mak cik tak sedar. Teringat mama eh?” teka Tina. Matanya dikecilkan, wajah suram itu ditatapnya seketika.
“Mana mungkin mak cik lupakan mama. Mamalah yang telah memberi kehidupan baharu pada mak cik,” luah Rabeta.
Ya, bagaimana mungkin dia melupakan sahabatnya itu. Perempuan itulah yang telah banyak menolongnya, ketika dia tersepit dan memerlukan tempat berteduh. Air matanya mengalir tiba-tiba. Dalam keadaan susah, Nazatul menghulurkan tangga untuknya meneruskan hidup. Kata-kata nasihat dan semangat sering menjadi santapan teligannya.
Dalam keadaan dirinya sendiri, susah, Jamilah masih lagi sudi membantu dirinya. Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri, itulah Jamilah yang dikenalinya. Dia ingin menjadi seperti Jamilah.
“Mak cik janganlah sedih. Buat Tina rasa sedih pula. Siapalah yang tidak ingatkan mama. Kalaulah mama tidak selamatkan Tina, agaknya entah bagaimana nasib Tina,” keluh Tina. Dia mendekati Rabeta. Bahu perempuan itu dipeluknya erat. Mereka sama-sama menangis, mengenangkan orang yang mereka sayang.
“Kita perlu cari mama! Ke mana pulalah ayah sorokkan mama.” Rabeta mendengus kasar.
“Entahlah mak cik, mungkin di Kutub Utara kut? Itu sebab tak jumpa,” gurau Tina sekadar ingin menceriakan kembali suasana.
“Mulalah tu, nak buat cerita poyo dia. Sudah! Jangan nak main-main lagi. Kita ada banyak kerja nak buat ni. Biar mama Tina bangga tengok nanti…. bila dia balik ke sini lagi.” Rabeta membina harapan. Ceria kembali.
“Ala… nak gurau sikit pun tak boleh.” Tina mencebik manja. Dia mengesat air mata yang berbaki. Arahan Rabeta perlu dipatuhi. Dia terlalu sayangkan Rabeta.
Kalau tidak kerana Rabeta dan mamanya, sudah pasti sekarang ini dia sudah tiada lagi di dunia ini. Tentu kehidupannya sekarang ini berlainan sekali.
Tina mengeluh kesal. Kerana dirinya, mamanya pula menjadi galang ganti. Sudah setahun berlalu, mereka masih tidak tahu di mana ayahnya berada kini. Siang malam dia berdoa agar dipertemukan semula dengan mamanya.
Rabeta hanya memerhatikan langkah Tina dengan senyuman yang terukir. Dia menatap sekali lagi gambarnya bersama Nazatul. Dia rindukan senyuman sahabatnya itu. Perasaan rindu menumbuk hatinya. Di mana pun Nazatul berada, dia sentiasa berdoa, agar sahabatnya itu dilindungi ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment