AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sunday, 31 July 2016

E.T.A - BAB 3 - ASMAH HASHIM



Zaheer mungkin hodoh. Namun dia tidak bodoh, kalau itu yang Nazatul fikirkan. Melepaskan Nazatul seumpama menempah set tali gantung. Nazatul, isterinya. Hakikat, isteri memang mengetahui rahsia suami.

 “Lepaskan kau? Supaya mudah kau lapor pada polis?  Kau ingat aku bodoh ke, Naz?  Mimpilah kau!”  Zaheer menolak tubuh Nazatul yang tadinya duduk dengan kuat. Hampir Nazatul tersembam semula di dada katil.

Pastilah jika Nazatul lepas bebas, perempuan itu akan membuat laporan polis. Dia boleh sahaja menamatkan riwayat isterinya, bila-bila masa sahaja. Namun dia punya ada agenda yang lebih besar daripada itu.

                “Jangan harap!!!” Zaheer menambah lagi  bersama sedas tamparan. Sejak akhir-akhir ini dia seakan menikmati kemenangan abadi saat dapat menyakitkan Nazatul. Emosi dan fizikal.  Tangannya mula meraba tubuh isterinya. Dia ketawa.

                “Kurus… tak selera aku tengok. Nak jual pun tak laku,” ejek Zaheer.

                “Aku tidak pernah redha tubuhku kau sentuh!” jerit Nazatul.

                “Kau ingat aku teringin ke? Dah berapa ratus jantan kau layan? Kalau aku nak pegang atau sentuh pun, kau boleh buat apa?” marah Zaheer.

Dia menolak pinggan yang berisi nasi sehingga bertaburan di atas katil dan lantai. Dagu Nazatul ditarik hampir dengan mukanya. Dia tersenyum sumbing.  Kepala Nazatul ditunjal-tunjal.

                “Kau tahu tak? Aku tahu kat mana Ikatan Kasih. Aku tahu Tina ada kat situ.”

“Kau jangan usik anak aku!” Nazatul menggila. Rasa mahu diludahnya dengan kahak wajah suaminya itu.

“Kalau aku jual dia mahu laku beribu ringgit tu. Kalau tidak kerana kau, dah lama aku jual si Tina!”

“Kau boleh buat apa aje pada aku, Zaheer. Tapi kau jangan sentuh Tina. Tina anak aku!” Nazatul menjerit dan menendang-nendang. Zaheer mengundur.

“Kerana kau usaha aku gagal! Kau tahu tak, Naz. Aku ni jutawan. Aku akan jadi jutawan. Kau dengan rumah kau tu takkan dapat halang aku,” kata Zaheer angkuh.

                “Jutawan!?  Apa ertinya duit yang kaudapat?  Kau buat kerja haram, kau jual anak dara orang, anak kau sendiri pun kau sanggup gadaikan.  Isteri sendiri kau lacurkan! Kau memang bajingan!  ALLAH laknat perbuatan kau!” Air matanya mengalir laju.

Tanpa Rabeta yang beria-ia hendak menyelamatkan Tina dulu, sudah tentu masa hadapan anaknya telah lama musnah. Lelaki itu langsung tidak ada perasaan belas ehsan terhadap darah dagingnya sendiri. Binatang pun tidak akan membiarkan anaknya sendiri. Manusia jenis apakah yang dikahwininya?
                “Apa aku peduli?  Kau sendiri pernah aku jual, ada aku kisah?”

                “Kau lelaki syaitan Zaheer!!”

Zaheer, tanpa perasaan ketawa berdekah-dekah. “Nasib baik kau kurus kering. Dah tak cantik, kalau tidak sampai sekarang kau kena kerja untuk aku.”

“Tina tu anak kau. Darah daging kau…”Nazatul bersuara kesal.

“Dalam bisnes aku ini, tiada rasa kasih dan sayang atau keluarga. Hanya ada duit dan nafsu, faham! Kau faham tak?” Zaheer kerasukan. Ketawa dan melompat-lompat.

                “Kenapa kau buat aku macam ni? Lepaskanlah aku, Zaheer. Kalau kau ada sedikit perasaan belas ehsan!” rayu Nazatul.  Dia tidak akan berputus asa.

                “Kau ni tak dengar aku cakap, agaknya.  Kau akan mati di sini, perlahan-lahan. Dalam makanan kau tu aku letak dadah. Lama-lama kau akan ketagih dan keras sendiri.”

“Bangsat kau, Zaheer!”

“Tak mahu. Tak mahu cakap begitu pada suami…berdosa tau.” Zaheer berdecit-decit. Kepala digelengnya. Pandangan dipicing pada Nazatul tanpa belas kasihan.

“Lepaskan aku!!!”

“Itulah degil sangat, tak nak dengar cakap.  Kau biarkan anak kau lari, lepas itu kau bawa lari perempuan-perempuan aku. Kau jahanamkan bisnes aku Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau?” Zaheer mencubit kedua belah pipi Nazatul. 

Kemudian, kakinya menerajang tubuh kurus keding itu sehingga Nazatul jatuh tergolek di atas lantai yang sama kotor dengan hati Zaheer.
 
               


No comments:

Post a Comment