AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 19 July 2016

E.T.A - PROLOG 2 - ASMAH HASHIM






Hendak buat macam mana ini? Mula di mana? Kejap, kejap, aduhai akal, waktu inilah dia lembap, detik hati kecil Rabeta.  Mengelabah dia seketika. Apalah malang nasibnya kerana bertemu perempuan itu. Kenapalah dia yang terpilih dalam banyak-banyak orang di luar sana. 

Hospital?  Ya dia perlu bawa perempuan itu ke  hospital.  Klinik pun boleh juga,  tadi waktu dia lalu di kawasan itu seperti terdapat sebuah klinik di sini.

                Hendak ke sana macam mana?  Hai otak! Cepatlah fikir sikit. Lembap betullah, kutuk diri sendiri.  Dia bingkas bangun, lenguh kepala lututnya, walaupun badannya kecil.

Kali ini, dia nekad. Rabeta berlari keluar ke jalan besar. Menukar fikiran, dia berpatah semula. Nampak gayanya, dia perlu bertindak sendiri.

Perempuan itu masih lagi mengerang kesakitan. Terlentang dengan tangan menekup bahagian perut. Wajahnya pucat. Bibirnya pecah-pecah.  Darah masih lagi mengalir dari luka tersebut. Seriau Rabeta melihatnya. 

            “Akak kena bangun tau. Saya bukannya kuat sangat ni. Saya tolong akak, akak tolong saya… ya?”  Perlahan-lahan, didudukkan perempuan itu beralaskan dadanya sendiri.

Kemudian, perlahan-lahan dicempungnya kedua-dua belah ketiak perempuan itu untuk membolehkan dia berdiri. Dipapahnya, perempuan yang lemah longlai itu.

Aduhai, boleh tahan berat juga, ngomelnya dalam hati. Tubuhnya yang sebesar papan lapis itu manalah mampu memapah perempuan yang agak berisi itu. Perempuan itu pula bagaikan daun pisang dilayur. Lembik. Langkahnya juga semakin lemah.

           “Akak kena kuat ya! Kita dah dekat dengan klinik ni.” Rabeta tercungap-cungap. Namun digagahkan diri apabila dilihatnya perempuan itu seperti kehilangan seluruh upaya.


No comments:

Post a Comment