AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 7 November 2017

22) KESEIMBANGAN PASARAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

Mikroekonomi: Lebihan DD, Lebihan SS & Keseimbangan Pasaran.

Lebihan permintaan merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang diminta adalah melebihi kuantiti yang ditawar pada tingkat harga pasaran yang tertentu.

Lebihan penawaran merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang ditawar adalah melebihi kuantiti yang diminta pada tingkat harga pasaran yang tertentu.

Keseimbangan pasaran merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawar pada tingkat harga pasaran yang tertentu.

Keseimbangan pasaran dicapai apabila keluk DD= keluk SS di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0

Pada tingkat harga yang lebih tinggi dari P0, contohnya P1, wujud lebihan penawaran sebesar AB. Harga akan turun menyebabkan penawaran berkurang dan permintaan bertambah. Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0

Pada tingkat harga yang lebih rendah dari P0, contohnya P2, wujud lebihan permintaan sebesar MN. Harga akan meningkat menyebabkan penawaran bertambah dan permintaan berkurang. Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0

No comments:

Post a Comment