AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 7 November 2017

24) UPAH - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

 UPAH
Upah atau ujrah ialah pampasan (atau saraan) monetari oleh majikan kepada pekerja sebagai balasan untuk kerja yang dilakukan. Bayaran boleh dihitung sebagai amaun tetap untuk setiap tugasan yang diselesaikan (upah tugas atau upah ikut kerja), atau pada kadar jam atau harian, atau berdasarkan kuantiti kerja yang dilakukan yang mudah diukur.

Pembayaran dengan upah bertentangan dengan kerja bergaji, yang melibatkan majikan membayar suatu amaun teratur pada selang mantap (seperti mingguan atau bulanan) tanpa mengira panjang jam kerja, dengan komisen yang syaratnya berbayar pada prestasi individual, dan dengan pampasan berdasarkan prestasi syarikat secara keseluruhan.

Pekerja upahan juga boleh menerima tip atau ganjaran yang dibayar dengan terus oleh klien dan faedah pekerja yang merupakan bentuk tidak monetari bagi pampasan. Oleh sebab buruh upah ialah bentuk pradominan bagi kerja, istilah "upah" kadang-kadang merujuk semua bentuk (atau semua bentuk monetari) bagi pampasan pekerja.

No comments:

Post a Comment