AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 7 November 2017

28) CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN




Cukai barang Dan perkhidmatan


Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan).

Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai.

GST DI MALAYSIA

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus.

Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST. Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.

CUKAI LANGSUNG.


Beban  cukai yang tak boleh dipindahkan.

Cukai langsung merupakan cukai yang kita sebagai rakyat bayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan.
Contoh cukai langsung yang paling ketara adalah seperti cukai pendapatan dan urusan hal ehwal cukai pendapatan ini ditadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Sekiranya kita layak dikenakan cukai pendapatan, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi. Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah cukai pendapatan yang kita kena bayar.

Cukai tak langsung pula adalah cukai yang tidak dibayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan.
Cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan individu, rumah pendapatan koperasi dan cukai petronas.

No comments:

Post a Comment