AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Thursday, 11 January 2018

ULASAN NOVEL PLATUN HARIMAU

Platun Harimau
Mohd Radzi Abdul Hamid
DBP
228 muka surat.
*****/5
Belatar belakangkan tahun 80-an.  Sewaktu itu saki baki Komunis masih ada lagi.  Pasukan tentera masih terpaksa berhadapan dengan mereka. 

Novel perang. Hutang darah dibayar darah!! Kumpulan komunis berjaya membunuh 16 anggota pasukan tentera, ini membuatkan pasukan tentera berjanji akan menangkap anggota komunis yang bermaharajalela.

Usaha mereka tercapai dengan kerjasama pasukan yang amat digeruni Platun Harimau yang terkenal dengan kejayaan mereka. Pasukan yang berani.

Buku yang menarik, disediakan istilah-istilah ketenteraan, cara menjawab walkie talkie, cara pasukan berperang, bagaimana mereka menanda satu-satu kawasan.

Terasa seperti kita sama-sama berperang. Seram, takut, bimbang, ngeri, simpati dan sedih silih berganti.

Buku wajib baca!
~done~

No comments:

Post a Comment