Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Ahad, 29 Oktober 2017

KAMI TIDAK BERSALAH - BAB 19



Sudah seminggu dia keluar dari hospital.  Sejak dimasukkan ke hospital kedua orang tuanya  sering di sisi.  Menemani dan memberi dia semangat.  Terasa kesal di hati.  Terasa kacau di jiwa.  Terang-terangan dia telah menghancurkan hati kedua orang tuanya. 
            “Dah rasa sehat sikit?”  tanya Puan Sara.  Siti Effa menyimpan semula buku yang sedang dibaca.  Wajah mamanya ditatap seketika. Kemudian memandang ke arah lain.
            “Dah mama.” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Siti Effa. 
            “Mama nak tanya, boleh?”  Puan Sara menarik kerusi dan duduk berhampiran Siti Effa.
            “Boleh mama.”  Dua patah.
            “Siapa lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Effa?  Boleh mama tahu?  Mama nak dia bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada Effa.  Dia tak boleh lepas tangan je.  Siapa nak kahwin dengan Effa,  kalau tahu anak mama ni pernah melahirkan?”  Puan Sara mencuka
            “Dia tak nak bertanggungjawab, mama?”  tangis  Siti Effa.
            “Memanglah!  Lelaki yang baik, takkan rosakkan Effa jika dia benar-benar cintakan Effa dan ingin Effa jadi isteri dia, faham tak?”
            “Effa ingat dia benar-benar cintakan Effa?”
            “Ingat?  Cinta?  Kerana cinta sampai sanggup serah tubuh badan sendiri?  Maruah dan harga diri dah tak penting lagi?  Mana otak Effa?  Mama suruh pergi sekolah, suruh Effa belajar.  Bukan cari kekasih, bukan suruh buat maksiat!”  Semakin sakit hatinya apabila memikirkan kebodohan anak gadisnya itu.  Tidak bodoh ke?  sampai sanggup menyerahkan maruah diri.
            “Maafkan Effa.”  Semakin laju air matanya mengalir.
            “Maaf tak mampu mengubah  keadaan yang telah berlaku Effa.  Effa telah mengecewakan emak dan ayah.  Madu yang kami beri, racun yang Effa balas.  Inikah balasan Effa terhadap kami?  Kata sayang kami, tapi apa yang Effa buat?  Memalukan kami pula lagi,”  mengeluh kesal.  Seminggu ini dia asyik mengeluh sahaja.
            “Mama,”   Siti Effa menarik tangan Puan Sara. Ditepis perlahan.
            “Beritahu mama, siapa budak lelaki tu?  Mana bayi yang Effa lahirkan?  Effa buang ke?”  semakin geram  hatinya.
            “Bayi?”  Siti Effa menunduk.
            “Ya, bayi?  Anak Effa?  Mana?”
            “Effa tak tahu?  Effa lahirkan bayi itu di sekolah.  Effa tinggalkan di dalam bilik air sekolah.  Bila Effa balik semula esoknya.  Semua sudah dibersihkan.  Effa tak tahu ke mana bayi itu dibawa?”  cerita Siti Effa.
            “Ya ALLAH, di sekolah?  Mati ke hidup?”
            “Waktu Effa tinggalkan, bayi itu masih bernyawa.”
            “Mesti pihak sekolah dah jumpa bayi tersebut.” 
“Entahlah mama?  Effa tak berani tanya kepada sesiapa, takut tembelang Effa pecah.”
“Sampai hati Effa.”  Puan Sara sebak, pilu rasa di hati.  Lirih hatinya mendengar cerita anak gadisnya itu.
“Effa tahu, Effa bersalah.  Jangan benci Effa!”  tangis Siti Effa.
“Seorang ibu takkan benci anaknya, Effa.  Biar bagaimana perangai dan sikap anaknya itu.  Sebagai seorang anak seharusnya Effa menjaga nama baik kami.  Bukan mencemarkannya.”
“Siapa budak lelaki yang telak merosakkan Effa?  Di mana mama boleh cari budak tu?”
“Budak tu?  Budak tu ada di hospital!”  jelas Siti Effa.
“Di hospital?  Kenapa? Kemalangan?”
“Bukan?”
“Habis tu?”
“Dia kena pukul sehingga koma.  Tak tahulah sudah sedarkan diri atau tidak?”
“Subhana-ALLAH!”  terkejut.
“Kenapa dia kena pukul?  Ada bersangkut paut dengan Effa?”  Wajah mendung anaknya ditenung.   Siti Effa membisu.  Perlukah dia beritahu mamanya?  Ini melibatkan nama abangnya.  Nanti tentu abangnya akan marah.  Siti Effa bingung.
“Effa tak tahu.  Apa yang Effa dengar dia terlantar di hospital,”  kata Siti Effa.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu abangnya dimarah dan disalahkan dengan apa yang terjadi.  Silap percaturan, abangnya boleh di penjarakan kerana memukul. Kalau  Saiful Bakri meninggal?  Tidak! Dia tidak mahu abangnya dihukum kerana dirinya.  Dia yang bersalah.  Dia punca segala ini terjadi.   Kalaulah…  Siti Effa mendengus kasar. 
“Keluarga dia perlu tahu apa yang telah terjadi.  Mama akan bertemu keluarganya.”
“Mama.”
“Jangan halang mama! Mama takkan biar diri Effa teraniaya begini.”
“Malu Effa nanti mama.”
“Sekarang baru nak tahu malu?  Kenapa waktu buat kerja maksiat tu tak terfikir hal ini?”
“Effa tahu Effa bersalah!”
“Bertaubatlah.  Semoga ALLAH ampunkan dosa-dosa Effa.”
“Tentang anak Effa,  mama akan tanya pihak sekolah.”
“Effa takut mama?”
“Takut?  Untuk apa? tak ada gunanya takut sekarang?” marah.
“Mama.”
“Esok ikut mama ke sekolah!” tegas.
“Tapi mama?”  Siti Effa serba salah.
“Keputusan mama muktamad!”  Puan Sara mengetap bibir.   Siti Effa tidak mampu berkata apa-apa.  Kalau mamanya sudah buat keputusan, apa lagi mampu dilakukan.  Ikut sahajalah kehendak mamanya.  Dia yang salah.  Sekarang terimalah padahnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen