BERCUTI DI PERLIS
Negeri
Perlis Indera Kayangan, negeri kecil yang terletak di utara Semenanjung
Malaysia. Inilah negeri tempat suamiku dilahirnya. Mula menjejakkan kaki di negeri ini dalam
tahun 1985, ketika itu aku hendak ke Langkawi bersama-sama rakan sekolah dan
kedua orang tuanya. Ketika itu negeri
ini begitu asing padaku. Usai meningkat
dewasa dan bertemu jodoh dengan orang Perlis, negeri itu begitu dekat dengan
diriku. Perlis Indera Kayangan berjiran
dengan negera Thailand di sebelah utara
dan Negeri Kedah di sebelah selatan.
Baru-haru ini aku sekeluarga bercuti di Perlis. Awal pagi lagi, kami sudah bertolak dari
Kedah ke Kuala Perlis. Tujuan utama
adalah untuk menjamu selera dan bersarapan di situ. Walaupun sudah berulang kali menikmati laksa
Kola atau Laksa Kuala Perlis, namun kesedapannya tidak pernah dinafikan. Malah Laksa adalah menu utama di Kuala
Perlis untuk sarapan pagi selain
kuih-muih dan nasi lemak. Dahulu, waktu
pertama kali aku menjejakkan kaki di Kuala Perlis, iaitu rumah mertuaku, Laksa
dijual dalam bentuk ‘cap’ atau dilingkar
di atas daun pisang yang dipotong kecil.
Satu ‘cap’ laksa RM0.50 sen sahaja.
Murah, kan? Aku sendiri teruja
apatah lagi dengan harga yang begitu murah, sedangkan sepinggan laksa di Kuala
Lumpur ketika itu RM2.50 sepinggan.
Sekarang harga laksa sudah naik, namun masih lagi murah jika
dibandingkan di tempat lain. Terdapat dua buah kedai yang terkenal menjual
laksa, Kedai Kak Su dan Kedai D’Adna di pekan kecil Kuala Perlis. Tidak susah
mencarinya, kalau tidak jumpa, boleh sahaja ringankan mulut bertanya kepada
penduduk di situ.
Usai sarapan dan menikmati beraneka jenis kuih-muih yang lazat serta semangkuk laksa, kami ke sebuah kedai menjual beraneka jenis kuih-muih tradisional Melayu, kerepek, maruku dan pelbagai lagi tidak berapa jauh dari situ. Harganya murah dan rasanya tentulah sedap. Setiap kali balik, pasti saya akan singgah beli. Selepas itu kami bertolak ke Padang Besar. Gedung membeli belah yang terkenal di negeri Perlis selain Wang kelian. Tempat yang selalu menjadi tumpuan para pelancung yang singgah di Perlis atau Kedah. Tujuan utama adalah untuk membeli jubah untuk anak-anak yatim yang dijaga oleh suamiku. Memang murah. Anak-anak kepenatan tetapi mereka seronok. Kalau sebut Padang Besar pasti terbayang di ruang mata kita, barisan barangan pinggan-mangkuk, periuk belanga dan pakaian dengan harga berpatutan yang boleh dirunding harganya. Pastikan datang waktu bukan cuti sekolah, jika tidak hendak cari tempat letak kereta pun susah, malah barangannya jauh lebih mahal. Jadi kenalah pandai sesuaikan waktu untuk ke sana.

Selesai
membeli beberapa barang keperluan, kami menuju ke Gua Kelam yang terletak di
daerah Padang Besar Utara. Tempatnya yang
dingin, berhutan dan sesuai untuk mereka yang cintakan keindahan alam. Deruan air sungai yang menyapa telinga,
memang mengasyikkan. Kesejukan gua yang
gelap dan hanya diterangi lampu di beberapa tempat agak menyeramkan juga kalau
jalan berseorangan. Tidak pernah masuk ke dalam gua
tersebut. Waktu menyusurinya, telinga
kita akan mendengar laluan air yang laju arusnya. Warna airnya agak keruh, mungkin agaknya
baharu sahaja lepas hujan. Setelah penat
berjalan melalui jambatan kayu yang merentangi kawasan tersebut, akhirnya tiba
di satu kawasan lapang, cantik sekali,
sesuai sangat jika ingin mencari ilham bagi seorang pencinta alam. Boleh berkhemah dan berkelah di situ. Di luar Gua Kelam juga ada tempat rehat
disediakan dengan pondok dan kerusi untuk beristirehat sambil menikmati
keindahan alam semula jadi. Mulanya
hendak mandi-manda di situ tetapi memandangkan airnya yang agak keruh, kami
batalkan niat tersebut.
Kami
seterusnya ke Batu Pahat, Perlis. Ada
Bukit Air, Taman Ular, Taman Burung, Taman Herba, Ladang Anggur juga terdapat
di kawasan tersebut. Jika ke tempat itu
selain boleh mandi-manda boleh juga melawat beberapa tempat yang saya sebutkan
tadi. Terdapat sebuah resort di situ
tetapi bagaikan terbiar. Tempat yang
cantik dan jika dipromosikan dengan baik pasti menjadi pilihan pelancung dari
dalam dan luar Negara. Kami akhirnya
bawa anak-anak mandi-manda di Bukit Air.
Air terjunnya besar dan cantik.
Mungkin musim hujan, maka airnya laju dan agak keruh sedikit. Ramai juga pengunjungnya ketika itu. Kawasannya tidaklah terlalu bersih, namun
masih boleh diterima. Bau najis beruk
dan monyet menyengat hidung. Terdapat
beberapa buah gerai menjual makanan ringan.
Ada sebuah rumah pondok dijadikan surau untuk mereka yang ingin
bersolat. Bilik air juga disediakan
tetapi kurang bersih. Mungkin
pihak-pihak yang berkenaan boleh memperbaiki lagi keindahan tempat tersebut,
terutama bilik airnya. Jika perlu
berbayar rasanya tiada siapa yang akan merungut. Apa yang penting kepuasan mandi-manda di
situ. Memang cantik dan menarik
sekali. Salah satu tempat yang menarik untuk bawa keluarga bercuti bersama-sama. Dua jam mandi-manda di situ, setelah
membersihkan diri baharulah kami bertolak kembali ke Kedah. Banyak lagi tempat di Perlis yang tidak
sempat dijelajahi seperti Bukit Kubu, Wang Kelian dan Tasik Melati. Kepada yang ingin mencari tempat bercuti. Perlis adalah tempat yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan