ATAS LANTAI TAKDIR
FIDA ROHANI
ALAF 21
2013
RM22.00
553 muka surat.
Cinta pertama sukar dilupakan, begitulah yang dirasakan oleh
Zulfikar terhadap cinta pertamanya.
Perasaan cinta, kasih dan sayang tetap utuh, teguh di hati. Walaupun masing-masing sudah berumah
tangga. Berkahwin kena paksa dan
terpaksa kadangkala tidak membawa bahagia.
Jika suami dan isteri yang dikahwini sikap dan perangai bagaikan syaitan
jantan dan betina. Begitulah yang
dirasakan oleh Zulfikar terhadap perkahwinannya dengan Shamira yang lebih
tinggi pangkat dan bergaji besar daripada dirinya sendiri. Penghinaan, cacian membuatkan hatinya
terkoyak rabak, dan tidak mungkin mampu dijahit semula. Membuatkan Zulfikar sukar melupakan kekasih
hatinya, Nik Anum yang terus bertahta di hati.
Hatinya semakin
derita apabila anak gadisnya juga turut bersikap sama seperti isterinya
yang langsung tidak menghormatinya sebagai seorang suami dan ayah. Akhirnya dia meninggalkan rumah lantaran
sikap isterinya semakin hari semakin
menjadi-jadi memburukkan dirinya
pada rakan-rakan di pejabat.
Ketika itu dalam hatinya hanya ada Nik Anum. Setelah sekian lama terpisah akhirnya mereka bertemu semula. Tetapi dalam keadaan
yang berbeza, masing-masing sudah berkeluarga.
Apa yang berlaku seterusnya?
Mampukah cinta suci mereka disatukan?
Mahukah Shamira bermadu? Bagaimana
dengan suami Nik Anum? Anak-anak mereka
pula bagaimana? Tentu ingin tahu cerita
selanjutnya, kan? Jom dapatkan karya ini
di pasaran atau hubungi terus penulisnya.
Ini adalah karya ketiga yang saya baca garapan dan tulisan
penulis ini. Apa yang boleh saya katakan,
setiap karya beliau mempunyai jalan cerita yang tersendiri yang tidak mampu
difikirkan oleh akal. Rasa sedih yang
menyerap dalam hati bagaikan tidak mahu pergi, setiap perkataan yang terlahir
bagaikan menjerut rasa, menghimpit rasa hiba, air mata mengalir tanpa
henti. Nasib baik membaca waktu malam,
hanya ditemani dengkuran suami di sebelah, kalau tidak pasti ada yang bertanya,
kenapa menangis? Sebuah lagi karya
kehidupan yang berlaku dipersekitaran kita.
Seorang isteri yang rasa diri
hebat kerana berkelulusan tinggi sehingga hilang rasa hormat pada seorang
suami, anak-anak yang hilang rasa hormat kepada kedua orang tuanya. Cinta pertama yang tidak pernah akan padam
jika kehidupan terkini tidak lagi membawa bahagia. Tahniah kekandaku, karya yang bagus mampu
menggugat hati nurani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan