LUKANYA MERAH
ROHANI DERAMAN
DBP
2013
657 muka surat
Tanah
Selatan diganggu gugat dengan pembunuhan demi pembunuhan. Penduduk persekitaran Pattani dan Yala
kebingungan, tidak tahu kenapa mereka ditembak dan dibunuh. Mereka tidak lagi bebas di tanah air
sendiri. Semuanya bermula apabila
sekeping surat sampai ke tangan pemerintah
meminta kemerdekaan untuk Tanah Selatan. Natijah dari itu kehidupan di Tanah Selatan
tidak aman lagi. Ditambah dengan batu api yang menabur fitnah kononnya para
ustaz dan guru agama sedang mengajar para pemuda agar memberontak. Seorang demi seorang guru agama ditembak dan
dibunuh. Pembunuhan tidak pernah
berhenti. Di mana-mana sahaja di Tanah
Selatan bermandi darah, tidak kira di mana sahaja, di hutan, di dalam masjid,
semuanya menjadi sasaran. Senjata tidak
bermata menembak sesuka hati. Tidak kira tua atau muda. Itulah yang dialami oleh Mek Romah apabila
kehilangan suami dan dua orang anaknya di hujung senjata yang tidak mengenal
sesiapa.
Mek
Romah bangkit bersemangat untuk menentang
pemerintah yang telah menafikan hak penduduk Tanah Selatan. Keamanan yang selama ini dinikmati oleh
penduduk Tanah Selatan dimusnahkan hanya kerana salah faham dan syak wasangka. Kehilangan orang tersayang telah membakar
semangatnya untuk berjuang menentang ketidakadilan pihak pemerintah. Mek Romah sanggup buat apa sahaja, berkorban
harta dan tenaga demi perjuangan yang belum selesai. Dia berani dan tegas. Seorang wanita tua yang berani, cekal dan
bercita-cita tinggi. Semangatnya harus
ada dalam diri setiap wanita di dunia ini.
Bukan sahaja untuk mempertahankan diri sendiri tetapi Mek Romah mampu
mempertahankan tanah airnya sendiri.
Semangatnya bukan hanya terlahir dari kata-kata yang kosong. Dia
tekad membela kedaulatan tanah airnya yang diceroboh sesuka
hati oleh pemerintah yang tidak berperikemanusiaan.
Berjayakah
Mek Romah merealisasikan impian seluruh penduduk Tanah Selatan untuk bebas Tdari
cengkaman pemerintah yang kejam itu? Bagaimana nasib penduduk Tanah
Selatan? Mampukah mereka mendapatkan
kembali kebebasan dan keamanan di Negara mereka? Bagaimana Mek Romah berjuang menentang
pemerintah? Hendak tahu? Boleh dapatkan karya ini.
Gugur air mata ketika membaca karya ini. Apa yang berlaku di selatan Thai yang kita tonton di kaca televisyen bagaikan menari-nari di mata. Pembunuhan beramai-ramai di Takhbai meremuk rasa. Geram, marah dan semangat Mek Romah menghenyak diri. Perjuangan seorang wanita tua, berani, tangkas dan cekal orangnya. Karya hebat yang sepatutnya menjadi pilihan para peminat buku di Malaysia. Selami perasaan penduduk Selatan Thai seperti Mek Romah yang terpaksa hidup menumpang di tanah air sendiri. Hak mereka dinafikan hanya kerana bukan mereka yang memerintah. Agaknya beginilah nasib kita, jika tanah air kita diperintah oleh orang asing. Semangat dan kasih sayang seorang warganegara kepada negaranya sendiri terpancar pada watak Mek Romah, Mak Khosim, Haji Mat Daud, Siti Aishah dan Fatma. Perjuangan belum selesai selagi menjadi hamba di tanah air sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan