Ahad, 14 Disember 2014

ULASAN RENGSA



RENGSA
ZHARULNIZAM SHAH Z.A
ALAF 21/TINTARONA PUBLICATION SDN. BHD
750 muka surat.

                Mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Budin yang hidup sebatang kara setelah kematian kedua orang tuanya.  Dia hidup dengan belas ehsan orang kampung.  Dia juga menumpang makan di rumah Imam Osman yang simpati dengan nasib Budin.  Namun Akob anak Imam Osman  sering membuli dan mendera fizikal dan perasaan Budin yang bodoh-bodoh alang itu.  Orang kampung juga ramai yang simpati dengan nasib Budin bagaikan tidak terbela dan terbiar.  Budin tinggal di rumah pusaka milik kedua orang tuanya.  Budin juga sering memancing di sungai berhampiran kampungnya mencari ikan untuk dijual kepada penduduk kampung yang simpati dengannya.  Biarpun bodoh-bodoh alang, setiap orang ada perasaan.  Dalam diam Budin menyimpan perasaan sayang terhadap anak dara Imam Osman yang begitu baik dengannya bernama Rubiah yang sering membela dan simpati kepadanya.
                Budin rajin bersolat dan beribadah, walaupun wuduk dan solatnya tidak sempurna, dia tetap melakukannya tanpa culas.   Suatu hari dia didatangi seorang lelaki berjubah dan membawanya ke alam lain.  Dia dapat melihat apa yang berlaku kepada kedua orang tuanya dan dapat melihat sendiri wajah orang yang telah menganiaya kedua orang tuanya.  Dendam kesumat tertanam di hati.  Dia nekad ingin membunuh orang tersebut.  Sikap Budin yang berubah dan sering memegang parang merisaukan penduduk kampung. 

                Budin mempunyai bapa saudara yang tinggal jauh dari tempat tinggalnya.  Suatu hari bapa saudaranya datang ke rumah dengan satu niat yang tidak baik bersama dengan seorang bomoh.  Budin sudah diingatkan oleh lelaki berjubah yang sering hadir dalam mimpinya agar berhati-hati dengan kehadiran seseorang. 
                Apa niat bapa saudaranya dan bomoh tersebut?  Siapakah yang telah menganiaya kedua orang tua Budin sehingga menemui ajal? Mahukah Rubiah menerima Budin yang bodoh-bodoh alang itu?  Hendak tahu cerita selanjutnya?  Kenalah dapatkan karya yang hebat ini.  Kepada peminat cerita mistik sudah pasti tidak akan kecewa. 

1 ulasan:

  1. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam