Hari
ini adalah hari paling sibuk buat kami di Maahad Azzein Al Makki Pusat
Penjagaan Anak Yatim Tahfiz Sg. Buluh Selangor.
Dua minggu sekali, suami saya akan ke pasar borong Selayang, membeli bahan-bahan basah seperti ikan dan sayur
untuk kegunaan dua minggu. Tugas saya
adalah menyiang semua ikan yang dibeli, anak-anak perempuan pula saya tugaskan
membersihkan sayurr-sayur yang dibeli. Memang
sejam dualah kami bertungkus-lumus menyudahkan kerja-kerja yang ada. Memanglah lenguh berdiri lama membuang semua
perut ikan yang ada, membasuh dan menyimpan ke dalam bekas plastik. Mudahlah jika hendak memasak nanti. Itulah tugas saya di pusat anak-anak yatim
tahfiz ini, menyedia makan dan minum mereka.
Turut dibantu oleh menantu yang ringan tulang.
Saya
bukanlah pandai memasak sangat. Tetapi kecekapan didapur adalah satu kurniaan
ILAHI, mungkin sudah terbiasa melakukan kerja-kerja dapur sejak kecil. Kebetulan saya memang suka memasak. Cuma, saya tidak diiberi peluang oleh ALLAH
menggunakan kemahiran saya ini untuk berniaga.
Bukan tidak biasa berniaga, malah saya dan suami pernah buka restoran
francise di Putrajaya. Sayang seribu
kali sayang, hanya bertahan selama dua tahun setengah. Jiwa kami bukan pada bidang perniagaan. Sejak berkahwin sehinggalah ke hari ini,
pelbagai tugas dan perniagaan saya ceburi. Semuanya tidak menjadi. Bukan tidak laku, laku. Tetapi hanya separuh jalan, jarang saya
teruskan. Jiwa saya tidak dalam
perniagaan.
Sewaktu
buka restoran, saya juga memasak lauk bagi santapan para pekerja saya yang
sudah dianggap seperti anak sendiri. Malah mereka memuji masakan saya. Bukanlah sedap sangat sebenarya tetapi saya
masak dari hati. Benar, tanyalah tukang
masak dan sesiapa sahaja. Memasak kalau
hendak sedap, kenalah masak dengan sepenuh jiwa dan lahir dari hati yang
ikhlas.
Berbalik
kepada pusat jagaan anak-anak yatim tahfiz ini, setiap pagi saya akan mula
menyediakan sarapan pagi setiap pukul 7.00 pagi, 8.30 pagi anak-anak akan mula
bersarapan. Biasanya sarapan pagi, saya akan sediaka satu menu berat dan satu
jenis kuih. Menunya berubah-ubah. Saya yang akan menentukan menunya. Ada ketika saya menyediakan mee kari, nasi
goreng, bubur, mee bandung dan sebagainya, sesuai dengan sarapan pagi. Adakala kuew teow ladna pun saya masak,
asalkan cukup bahan, menjadi sahaja. Inilah tugas saya sekarang, tukang masak
kepada anak-anak yatim tahfiz@ penulis novel.
Untuk
makan tengahari satu lauk dan satu sayur, buah untuk pembuka selera. Makan malam pula, menu yang lain akan saya
sediakan. Itulah rutin saya setiap
hari. Itu sebab, kalau hendak ke
mana-mana atau ada urusan di luar, saya akan masak awal. Saya akan selesaikan
dahulu tugas dan tanggungjawab saya di sini. Adakala saya tidak boleh turut
serta dengan apa-apa program kerana tanggungjawab saya dengan pusat ini adalah
besar.
Saya
dan suami mengabdikan diri sepenuhnya menguruskan pusat ini. Duduk bersama-sama mereka, menguruskan segala
keperluan mereka. Saya juga bekerja
sebagai penulis sepenuh masa. Bila dapat
royalti, saya akan belanja anak-anak ini makan di tempat-tempat yang tidak
pernah mereka pergi atau merasa makanan tersebut. Jangan lokek dengan anak yatim, itulah
prinsip saya.
Penat tak
menguruskan mereka? Jangan tanya, jika
hati ikhlas dan bertanggungjawab, rasanya tiadak rasa penat di hati, kalau
tubuh itu, biasalah. Saya sudah berumur.
Apapun saya sentiasa berdoa, agar diberi kesihatan yang baik, sihat
sentiasa supaya saya boleh terus berbakti kepada anak-amak ini. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat,
jadi hafiz dan hafizah, jadi anak-anak yang soleh dan beriman… amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan