JALUR SINAR DI CELAH DAUN
ZAHARAH NAWAWI
ALAF 21
RM11.00
Buku
ini adalah karya yang dicetak semula oleh pihak Alaf 21. Karya yang menarik dan sepatutnya dibaca oleh
para peminat buku di negara ini. Jalan
ceritanya menyentuh hati. Sarat
dengan motivasi untuk diri sendiri. Karya hebat daripada penulis yang hebat
juga. Saya mengenali penulis ini melalui
karya-karya beliau di dada akhbar. Kagum
dengan bakat dan kebolehan beliau mengarap
jalan cerita yang mempunyai tema berat dan gaya bahasa yang mudah dan
terjaga tatabahasanya.
JALUR
SINAR DI CELAH DAUN mengisahkan Dali dan Tijah, yang berkahwin ketika berusia
muda. Oleh kerana Dali sukar mendapat
pekerjaan untuk menyara keluarga. Dia
membawa Tijah berhijrah ke satu tempat yang baharu di majukan. Mereka menjadi peneroka pertama di Kampung
Tasik, menyelongkar hutan belantaran untuk dijadikan tapak pertanian, menanam
beraneka jenis tumbuh-tumbuhan yang mampu menjana pendapatan.
Dali
seorang yang bersemangat tinggi dan kuat bekerja. Siang malam membanting tulang bersama Tijah
tanpa mengenal erti penat. Tanah lima
ekar majukan dengan tulang empat kerat.
Kalau mengikut zaman yang
dipaparkan ketika itu tiada sebarang jentera moden untuk membangunkan tanah,
yang ada hanyalah cangkul dan tulang empat kerat. Apa yang menarik hati saya, betapa mudanya
usia Dali namun dia tidak pernah berputus asa dalam penuh kepayahan. Impian harus digapai agar menjadi kenyataan.
Dalam
mereka tersenyum bahagia mengutip hasil titik peluh mereka berbulan-bulan,
pelbagai ujian melanda sehingga membuatkan Dali mengambil keputusan untuk
mencari pekerjaan dan merantau ke negara orang.
Demi mengumpul duit Dali sanggup
berbuat apa sahaja. Tinggalkan Tijah
bersama anak yang baharu dilahirkan.
Pada mulanya Tijah pulang ke kampung halamannya tetapi tidak tahan
dengan kata-kata penghinaan daripada keluarganya membuatkan dia kembali semula
ke tanah yang diteroka. Tiada sesiapa di
kawasan itu, yang tinggal hanya dirinya sendiri. Tijah tidak putus asa, hidup harus diteruskan
demi sesuap nasi untuknya dan anak yang semakin membesar. Dali hilang khabar berita secara
tiba-tiba. Keadaan semakin terhimpit
buat Tijah, namun semangatnya tinggi sama seperti suaminya, Dali. Dia bertungkus lumus bekerja, buat apa
sahaja, asalkan tanah yang telah diterokai oleh suaminya sebelum ini terus
subur dan mengeluarkan hasil.
Apa berlaku seterusnya? Pastikan buku ini menjadi bahan bacaan teman-teman semua.
Apa berlaku seterusnya? Pastikan buku ini menjadi bahan bacaan teman-teman semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan