Dalam melakar karya, saya suka mengangkat kaum wanita sebagai subjek
utama. Kenapa? Kerana bagi saya kita adalah makhluk yang kuat, tabah
dan penyabar orangnya. Begitulah yang saya gambarkan dengan watak Ummi
Khadeeja... keterpaksaan menerima kehendak suami telah membuatkan
hatinya terus tabah dan sabar. Menghadapi kerenah suami dan madu yang
juga perempuan sepertinya tidak semudah yang disangka. Lelaki! mudah
sahaja mengucapkan janji, tiba masanya janji hanya tinggal janji.
Begitu juga... wanita boleh menjadi jahat, keras kepala, degil dan
keras hati, Berbuat apa sahaja mengikut hawa nafsu, penggoda dan
pemusnah kebahagian orang lain, itulah watak Shifa Umaira... wanita
boleh jadi apa sahaja. Itulah watak-watak wanita dalam AKU TURUT
BAHAGIA.
Mastura seorang anak, ibu dan isteri yang tabah
meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami yang disangkakan sudah
meninggal dunia. Dia bertekad membalas dendam atas kematian arwah
ayahnya dan mengembalikan harta dan kedudukan kepunyaan bapa saudaranya
juga merangkap ayah mertua tirinya.
Halijah saya gambarkan
sebagai seorang isteri dan ibu yang terlalu mementingkan diri sendiri
sehingga sanggup mengupah orang membunuh suami dan anak kandungnya
sendiri demi mendapatkan harta dan kedudukan. Dia lupa bahawa kasih
sayang lebih penting dalam segalanya. Itulah watak-watak wanita dalam
TOLONG CARI SUAMIKU.
Hendak tahu bagaimana watak-watak ini
berperanan menghidupkan jalan cerita, jom dapatkan kedua-dua karya ini
di kedai-kedai buku ternama seperti MPH dan POPULAR dan juga terdapat di
Mydin Subang Jaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan