(Gambar hanya hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini)
Dia seorang lelaki dan dia seorang perempuan. Hidup mereka biasa-biasa sahaja. Bertemu jodoh dan berjanji seia sekata. Berjanji akan setia sehingga ke hujung nyawa. Setahun berlalu, lahirlah seorang putera yang menjadi kebanggan mereka berdua. Bahagia, ceria dan gembira. Mereka berkahwin tanpa ada rasa cinta, bercinta selepas bernikah. Alhamdulillah, terhindar daripada segala pencemaran nafsu serakah. Dalam mengenal hati budi, lelaki/suami itu rupanya seorang yang panas baran, suka memerintah, bercakap kasar dan tidak ada sifat berhemah dalam mendidik seorang isteri. Perempuan/ Isteri pula membayangkan sebuah rumah tangga yang penuh romantika. Kata-kata suami dalam diam telah mengguris hatinya. Mula-mula si isteri hanya mendiamkan diri, lama-kelamaan tidak mampu mendiamkan diri lagi. Kata-kata kasar dan kelat suami di balas dengan kata-kata kesat dan kasar yang sama. Sering bertengkar, terutama atas urusan anak-anak mereka.
Anak pula dididik dengan cara Islam, pendidikan agama diberi, dihantar ke sekolah agama, diberi pendidikan agama yang secukupnya, tidak dibenarkan bergaul bebas, tidak dibenarkan bercampur dengan orang yang bukan-bukan. Setiap hari anak-anak akan mendengar ibu dan ayah mereka bertengkar. Di hadapan anak-anak berlakulah peperangan dunia ketiga. Ibu tak berasa bersalah, ayah tetap dengan egonya. Biarpun hubungan mereka tetap seia sekata, masih ada bahagia tetapi menyimpan dendam yang sarat di hati. Meneruskan kehidupan demi anak-anak, kononnya.
Masa berlalu, anak seorang jadi dua dan jadi tiga. Sikap suami dan isteri masih seperti itu
juga. Bertengkar depan anak-anak
dianggap perkara biasa. Anak-anak
melihat, mendengar dan mendiamkan diri. Masa berlalu, anak-anak itu meningkat
remaja. Belajar di sekolah agama, sudah
tentulah baik sikapnya, tidak keluar berfoya-foya, tidak buat perkara yang
bukan-bukan.
Ayah dan ibu sungguh berbangga, anak-anak kononnya jadi
manusia. Dapat didikan agama, boleh mengaji,
solat dan jadi imam dengan baik. Tetapi… dalam mencari kebaikan dan menuju jalan ALLAH
pasti ada dugaan yang berat buat keluarga ini.
Anak-anak yang dididik dengan didikan agama yang baik, rupanya menjadi
anak yang kuat melawan, tidak hormat kedua orang tua, cakapnya kasar, langsung
tidak menghargai apa sahaja yang dilakukan oleh kedua orang tua mereka. Sayang, anak-anak itu sayang kedua orang
tuanya, tetapi sikap melawan mereka bagaikan anak-anak yang tiada didikan
agama. Mana silapnya?
Dalam memilih jodoh, ikutlah apa yang telah ditentukan dan diberi garis panduan oleh agama. Bukan kerana hanya kecantikan dan kekacakkannya sahaja. Jika lelaki atau perempuan itu tidak solat, mereka bukanlah jodoh yang baik buat anak-anak kita. Percayalah. Lelaki yang baik buat perempuan yang baik. Jika kedua mereka tidak menjaga hubungan baik dengan ALLAH swt, bagaimana mereka hendak menjaga hubungan sesama pasangan. Jangan mencari bakal suami atau isteri yang tidak tahu menghormati kedua orang tuanya sendiri, kerana satu hari nanti lelaki dan perempuan itu tidak akan tahu menghormati kita sebagai pasangannya.
1) Jangan sesekali bergaduh di hadapan anak-anak, sikap ini akan diikuti oleh anak-anak yang beranggapan mereka boleh melawan, boleh bercakap kasar.
2) Suami dan isteri kenalah belajar saling hormat menghormati. Apa sahaja perkara berbincanglah dengan baik.
3) Ilmu agama sahaja tidak cukup, jika tidak diikuti dengan keperibadian yang baik daripada kedua orang tua. Lihat Rasulullah saw, Baginda membawa Islam dalam hidup kita tetapi Baginda mempunyai akhlak yang baik dan mulia. Jadikan Rasulullah saw sebagai role model yang baik untuk diikuti.
4)Jangan hanya tahu mengajar anak tentang agama, tetapi ayah dan ibu tidak turut sama melakukannya. Seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan ia berjalan senget.
5)Dalam mendidik anak-anak, semua perkara hendak diambil tahu, solatnya, akhlaknya, adabnya. Bukan sahaja anak-anak tetapi orang tua juga. Jika anak-anak diajar sopan, tertib dan beradab sedangkan orang tuanya kasar dan tidak menghormati orang lain, anak-anak takkan menjadi. Percayalah.
6) Dalam mendidik perlu seiring antara kedua orang tua. Bukan hanya suami yang berharap anak-anak diberi pendidikan agama, tetapi ibu pula sebaliknya.
7)Anak-anak cermin orang tua. Jadi… kedua orang tua perlu duduk berbincang dalam menentukan masa depan anak-anak.
8)Dalam zaman ini, kedua orang tua perlu bertegas dalam mendidik anak-anak, tidak membiarkan percampuran lelaki dan perempuan, SOLAT, WAJIB! Paksa jika perlu kerana itulah pendinding untuk mereka dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.
9)Biar mereka menangis sekarang, jangan kita pula menangis di kemudian hari.

10) Pasangan hendaklah ada sikap saling hormat-menghormati,dan
tunjukkan kasih sayang di hadapan anak-anak
Berbalik kepada cerita di atas. Sikap kedua orang tua yang tidak baik membina sikap yang tidak baik dalam diri anak-anak. Itulah yang sebenarnya terjadi. Bukan kerana hanya mendapatkan didikan agama anak-anak jadi sebaliknya. Anak-anak akan jadi baik, jika orang tua sempurna akhlaknya. Apapun dalam mendidik anak-anak, pasti ada dugaan dan cabaran. Sebagai orang tua, jangan putus harapan dan jangan berhenti berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan