AKU, SUAMI SEORANG GURU...- Mazelan Manan.
Aku, suami kepada seorang guru. Setiap kali ada ibubapa menyalahkan guru apabila ada sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka yang membabitkan urusan anak-anak di sekolah, aku hanya berdiam diri walaupun aku berasa amat kecewa sekali.
Apabila ada guru yang menghukum pelajar, pasti ada ibubapa yang
meluahkan rasa tidak puas hati. Malah ibubapa yang lebih moden tidak
segan silu membuat aduan polis. Walhal apa pelajar yang tega mencabar
guru bertumbuk di luar kawasan sekolah.
Setiap kali cuti sekolah, ada ibubapa yang menyindir tugas sebagai guru `kaya' dengan cuti. Walhal walaupun cuti, guru tetap hadir ke sekolah.
Setiap kali anak mereka tidak mencapai kejayaan yang diharapkan, guru juga yang dipersalahkan. Tahukah mereka, guru lebih memikirkan tentang kejayaan pelajar mereka berbanding dengan kejayaan anak sendiri. Ada guru yang sanggup menghantar pelajar ke klinik jika pelajar sakit, tapi hanya menelefon suami supaya suami menghantar anak mereka yang sakit ke klinik.
Apabila anak mereka berjaya, mereka akan mendabik dada menceritakan perihal anak mereka ke kelas tuisyen dan belajar di rumah. Jasa guru langsung tidak disentuh.
Dan banyak lagi sindiran demi sindiran yang diberikan kepada guru sehingga aku pernah memintas isteriku berhenti menjadi guru. Tetapi, guru tetap guru, katanya: itu tanggungjawab mereka, mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan balasan. Cukup sekadar anak-anak murid berjaya. Itu katanya. Dan tambahnya lagi: bukankah guru itu bagaikan lilin?
Pada aku, guru bukan lagi lilin tapi sudah menjadi arang. Telah rentung, menunggu masa menjadi abu.
Aku terfikir, kenapa begitu sarkastik pandangan ibubapa terhadap guru?
Dan semalam, aku menemui jawapan apabila ada ibubapa meluahkan rasa kurang senang dengan penutupan sekolah akibat jerebu. Penutupan sekolah menyebabkan mereka terpaksa membawa anak mereka ke pejabat.
Rupa-rupanya, sekolah bukan sahaja tempat anak mereka belajar mengenal huruf dan baca, tetapi rupa-rupanya tempat mereka meletakkan anak mereka supaya memudahkan mereka bekerja. Dalam ertikata lain, guru sama tarafnya dengan amah.
Maaf. Pasti ramai yang tidak suka. Dan isteri aku juga pasti kurang senang dengan post ini sebab di jiwanya: berkorban apa saja demi pelajarnya walaupun terpaksa mengorbankan perasaan seorang suami.
Maaf sekali lagi.
***
Membaca luahan rasa di atas membuatkan kepalaku ligat berfikir. Teruknya kita sebagai ibubapa hari ini. Kita menganggap sekolah sebagai institusi yang sudah bermanfaat lagi. Sekolah tidak bererti kepada kita selain tempat menghantar anak kerana kita berkerja. Tidak hairanlah anak-anak yang ada di sekolah hari ini sudah hilang adab dan akhlaknya. Sudah hilang rasa MALU pada diri. Sudah tidak minat belajar, tidak lagi menghormati guru. APA NAK JADI? Kita SEDANG MEROSAKKAN anak-anak kita sendiri. Bukalah mata, celikkan hati, jangan dipekakkan telinga, jangan ditulikan rasa.
GURU-GURU bukan PEMBANTU RUMAH, bukan AMAH! bukan ORANG GAJI. Mereka adalah PENDIDIK, PENGAJAR yang mengajar anak-anak kita supaya boleh membaca, menulis dan mengira. KITA SEMAKIN MENGHINA INSTITUSI PENDIDIKAN.
TOLONGLAH BERUBAH wahai ibu-bapa semua. Jangan jadikan SEKOLAH sebagai tempat NURSERY atau TEMPAT MELETAK ANAK-ANAK kita. SEKOLAH sudah hilang fungsinya sebagai institusi PENDIDIKAN. Kasihannya kita. Semakin berilmu, semakin teruk perangai dan sikap kita. MENGEJAR KERJAYA sehingga berasakan SEKOLAH, GURU DAN ANAK-ANAK sebagai bahan sampingan dalam hidup kita.
MUHASABAHLAH DIRI SENDIRI!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan