Aku ada anak-anak yang sedang
meningkat remaja. Pening juga bila
selera mereka, selera orang muda sekarang.
Telefon yang canggih-manggih.
Kalau tidak dilayan, lain pula jadinya.
Kejap, kejap, kejap! Aku tarik balik kata-kataku tadi. Aku takkan layan. Duit mereka beli telefon canggih tu, duit
aku. Kenapa perlu aku belanja untuk
mereka? Mereka masih sekolahlah? Buat apa yang canggih? Nak buat apa? Pertanyaan daripada diriku
sendiri.
“Belikan ajelah,” kata suamiku.
Aku menjegilkan mata. Wajah anak sulongku yang baru tingkatan tiga
kupandang atas bawah, bawah ke atas.
“Bolehlah mama!” katanya memujuk.
Lembut lidah daripada gigi.
“Beri 10 sebab, kenapa mama kena
beli?” ujiku.
Dia terdiam, memandang ayahnya dan
aku silih berganti.
Kantoi! Tak ada jawapanlah. Aku tahu benar citarasa budak sekarang. Perkara yang pelik-pelik, itulah yang nak
dikongsikan sangat. Bukan aku kata dunia
teknologi ini tak baik. Baik, bagus!
Tapi biarlah kena caranya.
“Mama!” jeritnya sambil berlalu naik
ke biliknya.
Proteslah tu. Peduli apa aku! Aku
tak nak rosakan mindanya yang baru belajar tentang perkara negative yang
melambak di dalam dan luar rumah. Dalam
rumah maksud aku, televisyenlah. Aku
jadi tukang cerewet paling cerewet.
Rancangan yang ditonton oleh mereka pun aku tapis. Bukan apa, aku tak nak mereka lakukan dosa
mata, dosa telinga dan dosa segala dosa yang ada. Bukan hanya anak-anak, termasuklah aku dan suami
juga. Telefon aku pun biasa-biasa
sahaja. Whatsapp ada, tapi aku tak layan
sangat. FB? Ada, sangat aktif. Tapi… untuk keperluan sahaja.
“Kenapa berkeras sangat. Kena ikut
zamanlah sayang oi!” kata suamiku. Dia leka membaca.
Aku mendengus kasar.
“Mana boleh? Awak nak dia tengok
yang bukan-bukan di telefonnya? Saya
bagi telefon Nokia lama tu dah cukup baik tau?” bebelku. Cerita kawan-kawan buat aku urut dada. Mereka terjumpa macam-macam dalam telefon
bimbit anak mereka. Mahu tercabut nyawa
aku melihatnya. Aku tak nak anak-anakku
rosak minda mereka melihat benda-benda pelik seperti itu. Tak mahu! Tak
mahulah!
“Kita pantaulah,” pujuk suamiku.
Selama mana? Sehari, dua hari, tiga
hari, seminggu, sebulan? Uh! Tak ada maknanya.
“Nanti kecewa budak tu, kalau dia
merajuk, awak juga kena pujuk,” bebel
suamiku lagi.
“Biarlah dia merajuk! Biarlah!”
kataku tegas.
Pernah tak kawan-kawan alami perkara
seperti ini? Tentu adakan? Bukan soal
telefon, banyak hal lagi. Memang sakit hati melayan kerenah anak-anak zaman Z
yang semakin pandai ‘mengajar’ kita dalam sedar ini. Aku tetap dengan
keputusanku. Muktamad. Tidak boleh
berkompromi. Tahun ini dia nak periksa. Biarpun tidak penting. Aku nak ajar dia
focus pada pelajaran. Bukan pada telefon.
Minta sangatlah pada cikgu tak payahlah wujudkan grup whatsapp bagai.
Kasihan anak-anak yang kedua orang tuanya tidak mampu. Bukan semua ada telefon dan mampu
membeli. Kalau sudah lima orang anaknya,
apa cerita? Mulalah anak-anak fikir yang
bukan-bukan. Curi hak kawan lain misalnya.
Janganlah anak-anakku yang bertiga itu lakukan perkara itu. Mahu meroyan
aku sepanjang hari. Pantang aku orang mencuri ini.
Hujung minggu yang tenang. Wajah
anak sulongku masih cemberut. Anak-anak,
boleh pusingkan kepala mama saja. Aku
mendekati anak sulongku yang bernama Aman.
Kenapa aku letak nama Aman, sebab aku nak dia berjiwa tenang dan aman. Dia duduk di buaian besi sambil membaca buku.
Sejak pagi tadi, dia langsung tidak menegurku.
Aku fahamlah dia sedang perang dingin. Tengok, anak sekarang. Dulu, aku mana berani perang dingin macam tu
dengan kedua orang tuaku. Silap
haribulan, tali pinggang berbirat di belakang tubuhku yang kurus, dululah.
Sekarang usah dibandingkan.
“Aman, marah mama?” tanyaku
perlahan. Cuba berkompromi dengannya
sedangkan hatiku rasa nak cubit-cubit aje.
Kecil-kecil sudah pandai melawan dan memberontak. Tunggu sepuluh tahun lagi, entah bagaimana
keadaan dirinya?
Dia menggeleng.
“Kalau marah, katakan marah, mama
tak akan ambil hati,” kataku.
“Kenapa mama tak bagi Aman beli
telefon cangih macam Apple 4s ke?”
“Hah? 4s, Apple? Aman tahu tak
berapa harganya? Mama pun pakai Samsung
biasa aje. Aman nak buat apa? Nak cari
bahan untuk belajar? Fungsi telefon untuk apa, Aman? Mama dah beri telefon yang
boleh Aman gunakan untuk telefon mama, jika mama terlambat datang ambil Aman dan
adik-adik. Dalam usia Aman sebesar ini, tidak perlu yang mahal dan canggih
seperti tu. Tunggulah sehingga Aman dah
habis belajar, dah bekerja. Ketika itu nak beli yang 6s ke, apa ajelah, mama
tak kisah, kerana duit Aman sendiri,” terangku. Biar dia faham.
Apa fungsi telefon? Sekarang ini dalam
dunia serba canggih, semuanya nak cepat mudah.
Penggunaan gadjet yang serba moden dan terkini itu memanglah diperlukan
oleh mereka yang bekerja di dalam bidang professional. Bukan budak sekolah.
Nanti lebih canggih bahan yang mereka kongsikan. Jangan kata mereka akan kongsi
bahan yang baik-baik. Kita sendiri tahu
dan sudah lihat kesannya penggunaan telefon tanpa batasan dan kawalan ini. Yang si gadis sudah pandai menayangkan apa
yang tidak sepatutnya. Yang si pemuda
tercari-cari bahan yang mampu menyeronokkan mata. Wah! Boleh mati terkejut kita dibuatnya. Janganlah manjakan anak kita
sangat-sangat. Biarlah berpada dan
bertempat. Biar mereka menangis, jangan
kita pula menangis di belakang hari.
Ketika itu sudah tidak berguna lagi. Kalau nak bagi guna juga, ajarilah
mereka menggunakan dengan bermanfaat.
Lihatlah dimana sahaja, masing-masing
dengan telefon di tangan. Di meja makan, ketika dalam kereta, sedang menunggu
nak naik bas, naik teksi. Pendek kata,
di mana sahaja, telefon dan kita bagaikan tidak boleh dipisahkan. Kita sudah kurang bercakap, kita sudah kurang
bermesra. Nenek dan datok mula meluat,
ada juga yang mula menyampah. Apalah nak
dikata. Baca FB, baca whatsapp, tengok instragram, tengok twitter, tengok
blok. Terpulanglah pada diri sendiri, jangan sampai
kita duduk dalam dunia kita sahaja, sehingga terlupa melihat sekeliling.
Fitnah juga tidak henti-henti melanda. Kita ingin jadi manusia pertama yang menyampaikan berita. Berkongsikan yang baik-baik sahaja. Usah diganggu orang lain. Ingat, apa yang kita lakukan, tuliskan, mesejkan akan dinilai di hadapan ALLAH swt nanti. Jadi, berhati-hatilah menggunakan gadjet yang semakin rapat dengan kita kini. Gadjet itu tidak salah, yang salah adalah kita, bagaimana kita manfaatkan kegunaanya dalam kehidupan kita sehari-hari.
Anak-anak semakin leka dan lalai, pelajaran entah ke mana, setiap hari, setiap masa mengadap gadjet yang ada. Bukan sahaja tengok youtube, malah ada yang sanggup melayar video lucah. Mudah sahajakan? Semuanya di jari anda.
Fitnah juga tidak henti-henti melanda. Kita ingin jadi manusia pertama yang menyampaikan berita. Berkongsikan yang baik-baik sahaja. Usah diganggu orang lain. Ingat, apa yang kita lakukan, tuliskan, mesejkan akan dinilai di hadapan ALLAH swt nanti. Jadi, berhati-hatilah menggunakan gadjet yang semakin rapat dengan kita kini. Gadjet itu tidak salah, yang salah adalah kita, bagaimana kita manfaatkan kegunaanya dalam kehidupan kita sehari-hari.
Anak-anak semakin leka dan lalai, pelajaran entah ke mana, setiap hari, setiap masa mengadap gadjet yang ada. Bukan sahaja tengok youtube, malah ada yang sanggup melayar video lucah. Mudah sahajakan? Semuanya di jari anda.
Anak-anak kita pula gunakan untuk
merosakkan orang lain. Mana tidak
rosaknya, rakam apa sahaja tidak kira hatta diri sendiri yang tidak senonoh dan
langsung tidak sesuai untuk dipaparkan dalam skrin telefon. Terbelalak mata mak ayah. Waktu itu siapa
kita nak salahkan? Tepuk dada tanya
selera. Semoga kita melakukan yang
terbaik buat diri kita dan keluarga.
Wallahu’alam
“Nak beli juga ke?” tanyaku.
“Nak beli juga ke?” tanyaku.
“Tak payahlah mama. Biarlah Aman
belajar dahulu,” kata Aman mula
mengendur.
Aku menarik nafas lega. Biarlah dia belajar menghargai apa yang ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan