Selain
membaca dan menulis, saya juga suka memasak. Dalam Fb saya yang satu
lagi, banyak saya kongsikan menu masakan yang telah saya cuba dan juga
perkongsiaan daripada rakan-rakan yang saya kenali dan mempunyai minat
yang sama.
Sebagai surirumah tangga kita terpaksa memikirkan apa resepi yang hendak dimasak hari ini, esok dan lusa dan seterusnya. Pening kan kepala? Bertambah lagi dengan selera anak-anak dan suami yang tidak sama. Dahulu emak kita takkan bertanya apa yang kita suka, dia masak sahaja, apa yang terhidang, itulah yang menjadi santapan kita. Tetapi anak-anak sekarang sudah berubah. Buka tudung saji terlihat lauk yang tidak menyelerakan lalu minta duit, beli burger atau makanan lain yang menjadi kegemaran mereka. Masakan yang terhidang dan penat kita memasaknya tidak terusik. Akhirnya kita sendiri yang menghabiskannya.
Bagaimana cara untuk kita mengutip idea memasak setiap masa dan sepanjang tempoh 365 hari, tiga kali makan. Memang meletihkan. Sebenarnya ada buku masakan yang menyediakan resepi untuk 365 hari.
Cara saya pula ialah. Saya tulis menu yang ingin saya masak dan tahu masak. Saya listkan dan bertukar-tukar bahannya. Dalam menu masakan, lauk apalah yang ada sangat. Asam pedas, masakan kari, masak lemak cili api, sambal goreng atau sambal tumis dan masak kurma. Ini adalah jenis masakan asas yang perlu kita tahu. Hanya bahan diubah sama ada menggunakan ikan, daging, ayam, sotong, ketam dan udang. Bahan asas dalam masakan.
Saya tulis menu selama seminggu dan pusing. Pilih hari tertentu untuk kita mencuba masakan yang istimewa sedikit seperti nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya. Selain mencari buku masakan, kita juga boleh masuk grup masakan yang ada di FB. Kebanyakkan grup, ahli-ahlinya rajin dan tidak lokek berkongsi menu yang menarik dengan kita. Malah ada yang buka kelas masakan. Kalau berkemampuan dan ada ruang, bolehlah turut serta.
Kepada teman-teman semua, usah pening memikirkan menu setiap hari ya. Kita yang mengatur rumah tangga kita. Kita juga yang tentukan hidangan terbaik untuk ahli keluarga. Semoga air tangan kita mampu mengeratkan hubungan yang sedia ada.
KEK LAPIS BOOK RASA PANDAN~ resepi saya ambil dari June Ahmad...memang sedap...
~KEK LAPIS BOOK~
bahan:
10 biji telur gred A
1 gelas gula halus ( ct guna 1 cwn penuh)
16 oz mentega (guna lh krg 450gm je)
2 gelas tpg hongkong ( 2 cawan penuh)
1 sudu ovellete
1 bungkus horlick kecil ( 200gm)
1 tin tinggi susu pekat manis ( 505gm )
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar perasa pandan
1 sudu besar pewarna hijau apple
cara:
1.pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih
2.masukkan telur satu persatu.gaul rata..
3.masukkan susu manis, tpg hongkong,ovellete, dan horlick.gaul rata.
4.masukkan esen vanilla, perasa pandan dan pewarna hijau .pukul sebati.
5.bakar 5 sudu makan setiap lapisan hingga habis...
6.lapisan pertama bakar api atas bwh api 140c slma 10 min atau sehingga masak..lapisan kedua dan seterusnya bakar guna api atas ..dan lapisan terakhir guna lg api atas dan bawah utk memastikan msk keseluruhan nya..
setiap lapisan hendak lah d tekan utk memastikan tiada gelembung dan akan membuat kan lapisan nampak cantik dan padat..
** suhu oven bergantung pd oven masing2...selamat
mencuba yer kawan..pasti x nyesal sbb mmg sedap..
RESEPI:- JUNE AHMAD
HIDANGAN:ASMAH Asmah Hashim Hashim

Tiada ulasan:
Catat Ulasan