Pernah
main galah panjang? Batu Serimban? Ting-ting, rounders, police centry, gelang
getah, guli dan banyak lagi yang menjadi kenangan waktu zaman kanak-kanak. Seronokkan?
Lelaki dan perempuan main bersama.
Tidak pernah terfikir lamunan perasaan waktu bersama-sama. Yang penting, kita saling bermain diwakt
rengang mencari keseronokkan seketika.
Kerjasama berkumpulan. Sejak
kecil kita telah belajar. Berusaha
memenangi perlawanan dan permainan.
Saling bekerjasama, bantu membantu.
Tidak kira bangsa bermain bersama-sama.
Disitu terserlah kreativiti kita. Melakukan sesuatu yang tidak perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Kalau main ting-ting, lukis sahaja di tanah menggunakan ranting kayu atau pokok. Kalau main galah panjang, hanya memerlukan padang badminton atau padang biasa, lukis sendiri. Kalau main batu serimban, kalau tidak mampu buat dengan kain, batu di jalan sudah cukup berguna. Kalau main congkak, tidak ada bekasnya, kita korek tanah di bawah rumah, guli atau buah getah sudah cukup berguna. Banyak lagi permainan yang memerlukan kreativiti kita dan tidak memerlukan duit. Kalau nak main gelang getah, tidak mampu beli, kita mula merayap mencari gelang getah yang bersepah di laman rumah orang. Keluarga kita tidak mampu menyediakan permaianan yang mahal-mahal untuk kita. Kalau nak main juga kenalah berusaha, kreativiti terlahir kerana kita inginkan keseronokkan bermain.
Hari
ini, zaman dan keadaan berubah.
Rata-rata kita mampu dan ada duit.
Permainan lama dilupakan, yang ada kini permainan pelbagai jenis, harga
usah cerita. Permainan di komputer, di
telefon dan banyak lagi yang
canggih-manggih. Siapa yang mampu,
semakin canggihlah permainan terkini dapat dibeli. Kepada yang tidak mampu, setakat di telefon atau
komputer sudah memadai.
Dahulu
kita bermain ramai-ramai. Hubungan sesama kawan sekampung, setaman, satu
sekolah menjadi rapat, sekarang main sendiri-sendiri, tidak perlu bertemu kawan
atau teman, keseronokkan dirasai sendirian.
Ruginya, kerana kita tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk
berkawan dengan orang lain.
Itu
sebab, semakin hari anak-anak kita semakin mementingkan diri sendiri. Tidak pandai memikirkan orang lain. Tidak
pandai kerja berkumpulan. Kalaulah zaman
boleh diterbalikkan kembali. Rela seperti dahulu, kerana hubungan kita sesama
manusia lebih bererti. Zaman sekarang,
manusia lebih rela berhubung dengan gadjet yang semakin canggih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan