Saya pernah berniaga, pernah buka restoran, pernah makan gaji, pernah
jadi majikan, pernah jadi ketua, pendek kata, macam-macam kerja sudah
saya lakukan. Dari menjual kacang goreng pedas yang dibungkus sampailah
mempunyai sebuah restoran yang gah di Putrajaya. Sekarang saya jadi
penulis pula. Semua usaha yang saya lakukan, saya buat yang terbaik,
cuba yang terbaik, namun... hanya setakat mampu sedang-sedang sahaja
kejayaan yang diraih. Ada orang berusaha sedikit sahaja, tetapi
kejayaannya luar biasa. Ada ketika kita pasti terfikir, kenapa aku
tidak boleh maju seperti orang itu? Kenapa aku tidak boleh berjaya
seperti orang ini. Sudah tentu persoalan akan lahir di fikiran, kita
akan terus bertanya dan bertanya sehingga adakalanya kita ingin
menyalahkan takdir hidup kita sendiri. Betul tak?
Hah! satu sahaja jawapan yang harus kita renungankan bersama, kaji,
hayati, fahami. SESUNGGUHNYA REZEKI ITU ADALAH PEMBERIAN ILAHI. Bukan
banyaknya duit tanda kebahagian, bukan banyaknya jualan tanda kejayaan,
tetapi rasa bersyukur dengan rezeki yang diterima itu adalah yang
terbaik. Dalam kita berniaga, jangan khianat, jangan ada cemburu,
jangan ada hasad dengki. biar sedikit tetapi berkat agar hidup kita di
akhirat kelak beroleh kejayaan dan kebahagian.
Salam sayang buat teman-teman yang budiman. Muhasabahlan diri sendiri setiap hari, agar hidup menjadi lebih bererti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan