Ahad, 24 April 2016

Ulasan Aduh Pening oleh Alang Ana

Review Novel ADUH, PENING
Penulis : Asmah Hashim

Ternokhtah sudah kisah ini.. seperti biasa, penulis yang terkenal dengan kisah kekeluargaan ini mmg tidak mengecewakan. Seronok membaca ayat berirama ni.
Kisah pergolakan rumahtangga tetap menjadi tema. Suka duka melayari bahtera akhirnya tumpas akibat campur tangan keluarga. Cerai & kawin semula menjadi kekuatan cerita. Wanita tetap menjadi mangsa bila ketua keluarga gagal mengemudi bahtera.
Tidak mahu menjadi anak durhaka, akhirnya isteri kedua yang baik terpaksa dilepaskan jua. Perkahwinan semula dengan isteri pertama membuah derita.. Gila talak akhirnya berlaku juga. Isteri yang dicerai dilarikan kerana cemburu buta. Namun takdir itu milik tuhan yang Esa. Percayalah, doa tetap kekuatan utama.
Sis... Terima kasih atas ingatan & hadiah novel yang ohsem ini... & terimalah review dr saya. Moga usaha mendidik dalam berkarya menjadi matlamat utama. Untuk kawan2, serius xrugi miliki karya ni. Best!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan