D
|
alam perjalanan pulang ke Malaysia, tiba-tiba Ahmad Adham
teringat sesuatu. Dia menoleh kepada Kamaruzaman. Mata lelaki itu terpejam. Dia
menoleh pula kepada Kartina. Mata isterinya itu juga terpejam.
Masing-masing melayan keletihan. Lalu Ahmad
Adham menyimpan soalannya. Dia ikut pejamkan mata. Keletihan seminggu
berjalan-jalan di tempat orang memang terasa sangat. Akhirnya dia ikut hanyut
dibawa arus mimpi.
“Abang, dah sampai,” bisik Kartina di telinga
Ahmad Adham.
“Eh, cepatnya. Abang rasa baru saja abang
tidur,” balas Ahmad Adham.
“Awak tidur lebih lama dari saya,” kata
Kamaruzaman pula.
“Tak sabar nak jumpa budak-budak tu. Seminggu
rasa macam dah bertahun-tahun berpisah,” kata Ahmad Adham.
“Saya ni, rindukan cucu-cucu. Dah rasa macam lama
sangat tinggalkan mereka. Apa khabar mereka agaknya.”
“Untunglah awak dah ada cucu. Kami ni,
entahlah bila. Harapkan Muhayat, belum ada ura-ura pun,” balas Ahmad Adham.
“Dia memang belum ada teman wanita ke?” tanya
Kamaruzaman dengan wjaah kurang yakin.
“Ada. Tapi, entahlah bila nak bersatu. Muhayat
tu asyik sibuk dengan urusan kerja. Cuba-cubalah awak cakap dengan dia nanti,”
jawab Ahmad Adham.
“Saya? Lebih baik Tina yang cakap. Dia mesti
dengar cakap Tina sebab Tina emaknya,” kata Kamaruzaman sambil menoleh kepada
Kartina.
“Biarlah dia yang buat keputusan sendiri. Tina
pun dah cakap banyak kali. Tapi dia kata, belum sampai seru,” jawab Kartina
dengan ketawa kecil.
“Zaman, boleh saya tanya sesuatu?” tanya Ahmad
Adham.
Kamaruzaman angguk.
“Hari tu masa saya telefon awak nak ajak awak
ke Sydney, awak kata ada perkara awak nak cakap dengan saya. Apa dia?”
Kamaruzaman termenung dan cuba mengingat
kembali perkara yang dikatakan itu.
Lama. Langsung tidak terlintas apa-apa.
“Saya dah lupa. Maaflah. Nanti kalau saya dah ingat,
saya beritahu awak.”
Ahmad Adham angguk. Dalam usia mereka, memang
sakit pelupa itu sudah biasa.
“Abang nak terus balik ke JB ke nanti?” tanya
Kartina pula.
“Ish, Tina ni. Biarlah dia di rumah kita
sehari dua hilangkan lenguh. Atau kalau awak nak tinggal terus dengan kami pun,
kami tak kisah,” kata Ahmad Adham pula.
Kamaruzaman tersentak. Dia meneliti wajah
Ahmad Adham, kemudian wajah Kartina. Kemudian baru dia teringat sesuatu.
“Kenapa ni?” tanya Ahmad Adham, hairan.
“Saya baru ingat perkara yang saya nak
beritahu awak tu!” Mata Kamaruzaman bersinar, ceria.
“Apa dia? Cakaplah.”
Kamaruzaman tidak terus menjawab. Tiba-tiba
rasa malu dan segan merayap di hati. Perlukah dia cakap?
“Abang, cakaplah. Tak payah nak malu dengan
kami. Kita kan dah janji untuk jadi keluarga hingga akhir hayat?” Kartina mula
mendesak.
“Firdaus cadangkan abang tinggal di Ipoh buat
sementara waktu. Dia nak abang dekatkan diri dengan Muhayat. Katanya, mungkin
dengan cara itu kami akan rapat sebagai ayah dan anak,” jawab Kamaruzaman
dengan berhati-hati.
“Alhamdulillah …” ucap Ahmad Adham dengan
gembira. Mendengar ucapan itu Kamaruzaman terpinga-pinga.
“Sebenarnya itu yang saya cadangkan pada Tina.
Cuma kami tak berani
nak cakap dengan awak, Man. Kami bimbang awak tak sudi. Kalau macam ni selesailah kerja kita, Tina.” Ahmad Adham
melemparkan senyuman kepada Kartina. Senyuman itu dibalas oleh Kartina dengan
segala senang hati.
“Tapi, mahukah Muhayat terima saya tinggal
sebumbung?”
“Dia mesti terima. Baru-baru mungkin kekok,
lama-lama nanti akan serasi juga,” jawab Ahmad Adham.
Kamaruzaman angguk perlahan. Dia berdoa dalam hati agar ALLAH berikan rasa
kasih bercambah dalam hati Muhayat. Dia akan cuba menjadi ayah yang baik.
Walaupun agak terlambat, namun masih ada masa.
MALAM itu Ahmad Adham menyampaikan
hal itu kepada Muhayat ketika mereka duduk berehat dan santai di ruang tamu.
“Hayat, Abah Zaman akan tinggal dengan kita
untuk sementara waktu. Memandangkan dia pun tak ada buat apa di JB tu, abah
ajak dia tinggal di sini. Sekurang-kurangnya dapat juga temankan abah berbual,”
kata Ahmad Adham, tulus.
Muhayat diam. Seperti yang diduga, sambutannya
agak dingin.
“Apa pendapat Hayat?” tanya Ahmad Adham,
sengaja menduga.
“Terserahlah,” jawab Muhayat acuh tak acuh.
Hati Kamaruzaman berdebar. Dia rasa sangat
kurang senang dan tidak selesa. Kehadirannya memang tidak dikehendaki oleh
Muhayat. Dari jawapan dan air mukanya, memang dia tidak suka.
Tidak lama, Muhayat bangun dan meninggalkan
mereka bertiga.
“Saya harap awak sabar ya, Man.” Ahmad Adham rasa
bersalah.
“Tak apa. Dia berhak benci saya. Saya tak
pernah bela dia.”
“Abang, kita perlukan masa untuk pujuk hati
dia. Tina harap abang bersabar dengan kerena dia.” Kartina pula memujuk. Memang
dia ikut kurang senang dengan sikap yang baru ditunjukkan Muhayat itu.
“Tak apalah Tina. Jangan susah hati pasal
abang.”
“Man, saya yakin satu hari Hayat akan faham keadaan awak. Satu hari
dia akan sayang pada awak seperti anak-anak lain menyayangi bapanya,” celah Ahmad
Adham pula.
Kamaruzaman tersenyum nipis. Dia tahu selepas itu, dia akan
berdepan dengan sebuah kehidupan yang perlukan kesabaran. Tidak mudah untuk
membuat sekeping hati menyayanginya.
Dari hari ke hari, minggu berganti minggu, sikap Muhayat tetap
sama. Langsung tidak ada senyuman dan tegur sapa antara Muhayat dan Kamaruzaman.
Untuk berbual-bual mesra dan bergurau senda, memang tidak pernah dan jauh sekali.
“Kalau abah tak selesa di sana, baliklah.
Jangan paksa diri abah,” kata Firdaus ketika Kamaruzaman menyampaikan hal itu
kepadanya.
“Tak apa. Abah masih boleh bertahan. Abah akan
bersabar. Abah yang salah. Abah kena hadapi semua ni.”
Nasib baik pula ada Mursyid dan
Marsyila yang selalu menemaninya dikala dia rasa sunyi. Kedua-duanya langsung
tidak canggung bermesra dengannya. Dia dihormati sama seperti mereka
menghormati Ahmad Adham dan Kartina.
JAM sudah menunjukkan
ke angka sebelas. Kartina baru selesai menunaikan solat isyak. Dia terlambat
solat kerana selepas selesai solat maghrib tadi, dia sibuk membantu Marsyila
mengemas beg pakaiannya.
Marsyila akan kembali bertugas. Dia akan
kembali semula ke Sabah. Kartina tidak sampai hati membiarkan Marsyila mengemas
sendirian.
“Ibu, Syila bukan anak kecil lagi. Ibu
pergilah berehat. Syila boleh kemas sendiri,” kata Marsyila menolak bantuan
yang cuba diberikan oleh Kartina.
“Selagi Syila tak kahwin, ibu anggap Syila
masih anak kecil,” balas Kartina dengan senyum. Dia menarik sehelai baju dan
melipatnya.
“Syila tak ada teman lelaki. Macam mana Syila
nak kahwin, ibu.”
“Mungkin Syila ni memilih sangat. Ibu tengok
Dr. Fahmi tu sesuai untuk Syila. Ibu sukakan dia. Abah pun suka,” kata Kartina
cuba menduga. Ketika itu dia meneliti wajah Marsyila yang merah dan matanya
yang bersinar ketika nama doktor muda itu disebut.
“Ibu tahu Dr. Fahmi tu juga sukakan Syila,”
sambung Kartina.
“Aik? Ibu nak jadi tok nujum ke ni?”
“Tok nujum cinta,” jawab Kartina dengan ketawa
kecil. Namun dia berkata jujur. Selepas beberapa kali dia bertemu muka dengan
Dr. Fahmi, dia dapat melihat cahaya cinta di mata anak muda itu.
“Ibu tahu dia bukan dari keluarga berada.
Malah katanya dia anak seorang petani. Tapi itu bukan ukuran untuk sebuah
kebahagiaan. Ibu bangga dengan semangat dan kegigihannya mengubah hidup
keluarga,” kata Kartina lagi.
“Ibu, masa masih awal lagi.”
“Awal apanya? Syila dah dua puluh lapan tahun.
Masa yang cukup
matang untuk seorang gadis. Kalau zaman ibu dulu, dah dianggap anak dara tua.”
Tangan Kartina masih ligat melipat dan menyusun pakaian Marsyila ke dalam beg
pakaian yang ada.
Marsyila diam. Dia ligat berfikir. Cintakah
Fahmi kepadanya? Anak muda itu tidak pernah menyatakan rasa hatinya. Dia hanya
membaca dari gerak tubuh dan layanannya.
“Syila kena mulakan dulu. Kadang-kadang lelaki
menjadi lebih malu dari wanita ketika bercakap soal hati dan perasaan.”
Marsyila segera menoleh ke arah Kartina. Dia
hairan bagaimana Kartina tahu apa yang ada dalam hatinya. Kartina mengerdipkan
mata dengan senyum yang penuh keibuan.
“Ibu, Syila lagi malu. Biarlah. Kita tunggu
takdir sahaja yang menentukannya,” jawab Marsyila sambil meneruskan kerjanya.
“Kata orang tua-tua, dari mana nak dapat sagu
kalau tidak dipecahkan ruyungnya. Dari mana nak dapatkan harum kemenyan jika
tidak dibakar,” kata Kartina pula.
“Kata orang tua-tua juga, jangan perigi
mencari timba,” balas Marsyila sambil ketawa senang. Gembira hatinya dapat
membalas peribahasa ibunya.
“Zaman ini mana ada perigi lagi. Timba? Lagi
tak ada. Orang semua mandi guna air paip.” Kartina membetulkan cakap Marsyila.
Mereka mengekek ketawa.
“Ibu, kenapa ibu tak suruh Abang Muhayat yang
kahwin dulu. Dia tu lagilah, dah tiga puluh. Nanti jadi bujang tua pula!”
Dia tahu Ahmad Adham sedang menunggunya di
bilik. Rutinnya sebagai isteri belum selesai lagi. Setiap malam, segelas susu
panas adalah penutup tirai hari. Itu rutin yang sudah dilakukan sejak dia
berkahwin dengan Ahmad Adham.
“Abang, ini susu panas abang,” Kartina menghulurkan
gelas susu itu kepada Ahmad Adham yang sedang membaca sebuah kitab.
“Kenapa lambat? Tina kat mana? Puas abang panggil, Tina tak
muncul,” kata Ahmad Adham meletakkan kitab di tangannya dan menyambut gelas
dari tangan Kartina.
“Ya ke bang? Tina minta ampun kerana Tina tak
dengar pun abang panggil. Tadi Tina di bilik Syila. Tolong dia mengemas.
Kemudian solat isyak. Maafkan Tina ya bang.” Kartina menarik tangan Ahmad Adham
dan menciumnya berulang kali.
Ahmad Adham menarik Kartina dan mencium kedua
pipinya sebagai tanda maaf. Dengan
bismillah dia meneguk susu panas, perlahan.
“Buah hati awak dah tidur?” tanya Ahmad Adham.
“Siapa?” Kartina segera menoleh. Mata mereka
bertembung.
“Kamaruzaman.”
“Abang, Tina tak suka abang bergurau macam
tu.” Kartina menarik muka masam.
“Alah, abang bergurau pun tak boleh.” Ahmad
Adham sekali lagi menarik Kartina ke dalam pelukannya. Kemudian dia
mengelus-ngelus rambut Kartina. Seluruh rasa tertumpah penuh kepada Kartina.
“Dia lelaki.”
“Lelaki bukan manusia? Lagipun dia dah ada
calon. Dah lama sangat hubungan dia dengan Kak Asyikin tu. Kesian orang tu
tunggu lama-lama,” kata Marsyila.
Tangan Kartina terhenti mengemas. Dia seperti
sedang berfikir. Memang benar kata Marsyila. Hubungan Muhayat dan Asyikin sudah
lama terjalin. Sejak di universiti hingga kini. Asyikin sudah bekerja sementara
Muhayat menyambung pelajaran ke luar negara. Namun, belum ada riak atau usul
untuk mereka mengikat perhubungan itu dengan tali akad yang suci.
“Apa yang ibu fikirkan ni?” tanya Marsyila ketika melihat Kartina
termenung.
“Pasal perigi dan timba. Sekarang kita timba
kan? Kita yang kena mencari perigi,” jawab Kartina.
“Ibu kata zaman ni dah tak ada perigi dan
timba,” kata Marsyila dengan ketawa. Kartina ikut ketawa. Namun sebenarnya,
kata-kata Marsyila itu tidak lucu. Yang membuat dia ketawa ialah sikap lupanya
terhadap hubungan Muhayat dan Asyikin. Gadis itu pun amat
disenanginya. Dia cantik dan berbudi bahasa. Selain dia dari
kalangan keluarga orang baik-baik.
Selepas mengemas sejadah, Kartina segera ke
dapur.
Dia tahu Ahmad Adham sedang menunggunya di
bilik. Rutinnya sebagai isteri belum selesai lagi. Setiap malam, segelas susu
panas adalah penutup tirai hari. Itu rutin yang sudah dilakukan sejak dia
berkahwin dengan Ahmad Adham.
“Abang, ini susu panas abang,” Kartina menghulurkan
gelas susu itu kepada Ahmad Adham yang sedang membaca sebuah kitab.
“Kenapa lambat? Tina kat mana? Puas abang panggil, Tina tak
muncul,” kata Ahmad Adham meletakkan kitab di tangannya dan menyambut gelas
dari tangan Kartina.
“Ya ke bang? Tina minta ampun kerana Tina tak
dengar pun abang panggil. Tadi Tina di bilik Syila. Tolong dia mengemas.
Kemudian solat isyak. Maafkan Tina ya bang.” Kartina menarik tangan Ahmad Adham
dan menciumnya berulang kali.
Ahmad Adham menarik Kartina dan mencium kedua
pipinya sebagai tanda maaf. Dengan
bismillah dia meneguk susu panas, perlahan.
“Buah hati awak dah tidur?” tanya Ahmad Adham.
“Siapa?” Kartina segera menoleh. Mata mereka
bertembung.
“Kamaruzaman.”
“Abang, Tina tak suka abang bergurau macam
tu.” Kartina menarik muka masam.
“Alah, abang bergurau pun tak boleh.” Ahmad
Adham sekali lagi menarik Kartina ke dalam pelukannya. Kemudian dia
mengelus-ngelus rambut Kartina. Seluruh rasa tertumpah penuh kepada Kartina.
“Bukan tak boleh, tapi Tina tak suka. Kalau
orang dengar, ia akan jadi fitnah. Tina tak suka ada silap faham antara kita.
Abang tahu Tina sayangkan abang. Tina cintakan abang dari muda sampai sekarang.
Tidak ada buah hati yang lain selain abang,” kata Kartina lagi.
“Itu abang tahu. Abang bergurau je. Abang janji
tak buat lagi. Maafkan abang.” Giliran Ahmad Adham pula menarik tangan Kartina
dan mengucupnya.
Pergilah hantarkan dia
segelas susu,” suruh Ahmad Adham.
“Dia tak suka susu. Sejak dulu dia memang tak
minum susu,” jawab Kartina, jujur.
“Kalau macam tu, pergi jengok dia. Mana tahu
kalau dia perlukan apa-apa. Abang tengok petang tadi, dia lemah saja. Mungkin
dia tak makan ubat,” kata Ahmad Adham. Sejak balik dari Sydney, dia sudah
menghafal jadual makan ubat Kamaruzaman. Lelaki itu memang nampak sihat, tetapi
dia lebih bergantung kepada ubat-ubatan.
“Abang, besok sajalah. Mungkin dia dah tidur.
Malas Tina nak ganggu dia.”
“Pergilah tengok. Mana tahu dia belum tidur,”
suruh Ahmad Adham, semakin bersungguh-sungguh. Dengan langkah berat, Kartina
melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik tetamu di tingkat bawah. Dengan
perlahan dia menolak pintu yang tidak berkunci.
Kamaruzaman duduk menyandar pada kepala katil.
Wajahnya pucat. Tubuhnya menggigil. Ternyata Kamaruzaman dalam keadaan sakit.
“Abang, kenapa ni?” tanya Kartina dengan
cemas. Dia segera masuk dan meletakkan telapak tangannya di dahi Kamaruzaman.
“Entahlah Tina. Abang rasa seram sejuk. Mungkin nak demam,” kata
Kamaruzaman dengan lemah.
Kartina segera keluar. Dia tahu apa yang perlu
dibuatnya. Kamaruzaman perlukan bantuan. Dia mencapai gelas dan menuangkan air.
Dengan pantas juga dia membawa air itu kepada Kamaruzaman.
“Bang, makan ubat ni bang. Tina bimbang demam
abang ni akan melarat,” kata Kartina sambil menghulurkan dua biji panadol yang
ada di atas meja. Kamaruzaman akur. Dengan patuh dia menelan panadol yang
dihulurkan oleh Kartina.
“Terima kasih Tina,” kata Kamaruzaman dengan
mata yang kuyu dan hampir terpejam.
“Abang tidurlah. Esok, kalau demam abang ni
tak kebah kita ke klinik,” kata Kartina pula sambil menarik selimut dan menutup
kaki Kamaruzaman. Kamaruzaman terlelap. Nafasnya turun naik dengan teratur.
Selepas puas hati dengan keadaan Kamaruzaman,
Kartina berjalan keluar dari bilik itu. Sampai di muka pintu, dia berdiri dan
meneliti wajah Kamaruzaman dengan belas. Kemudian dengan perlahan dia menutup
pintu bilik itu agar tidak mengganggu tidur Kamaruzaman.
Ketika Kartina keluar dari bilik Kamaruzaman
tadi, dia sebenarnya tidak perasan ada sepasang mata sedang mengintai gerak
lakunya. Ada hati yang sedang menaruh syak yang keji!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan