Rabu, 15 Mac 2017

DINGIN SALJU LOUGHBOROUGH - NORAINI ESLAH.



Karya terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Novel ini ditunjangi tiga watak istimewa, iaitu Latifah seorang suri rumah yang aktif memainkan peranannya sebagai Pengurus Butik Anggun Bestari, seorang yang jujur dan lurus bendul.

Melissa Johan, seorang Pengusaha butik yang terkenal;

Zali penuntut ijazah kedoktoran yang menjadi Presiden Persatuan Penuntut-penuntut Malaysia
( PPML) di Universiti Loughborough.  Perkenalan mereka bermula apabila PPML, memulakan perniagaan Butik Anggun Bestari yang memerlukan kerjsama yang erat antara mereka bertiga.

Walau bagaimanapun, persahabatan yang terjalin sering dihujani prasangka.  Melissa Johan sentiasa menyimpan prasangka terhadap Latifah dan memandang rendah akan kemampuannya sebagai pengurus butik, manakala Zali pula tidak menyenangi kehadiran Latifah dalam urusan perniagaan butik dan persatuan kerana dia mempunyai agenda yang tersendiri.

Kepercayaan Latifah dan Melissa Johan terhadap Zali akhirnya musnah apabila Zali bersikap tidak jujur dengan menyalahgunakan wang persatuan untuk kepentingan diri sendiri.

Apa yang berlaku seterusnya?  Dapatkan karya ini di pasaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan