Pengalaman
naik pentas bukanlah pertama kali, waktu zaman sekolah dan aktif berteater,
setiap bulan saya akan naik pentas, setiap kali itulah rasa gugup, berdebar dan
risau pasti ada. Kalau berlakon takut
terlupa dialog, kalau menari takut ada rakan-rakan yang terlupa gerakan yang
perlu ditarikan.
Dalam
dunia penulisan, kali pertama naik pentas adalah ketika karya novel remaja saya
dinobatkan sebagai pemenang beberapa tahun yang lalu, rasanya masih saya,
gugup, berdebar dan risau bercampur baur dalam diri. Bagi orang yang biasa memenangi pelbagai
anugerah, naik pentas menerima hadiah adalah satu perkara biasa. Tetapi bagi penulis baharu seperti saya, ia
adalah satu kebanggaan dan kejayaan diri namun tidaklah sampai lupa diri.
7hb
April 2017, berlangsung satu majlis di rumah Pena, kesempatan itu diambil untuk
merasmikan buku saya dan dua buah buku lagi terbitan DBP dan ITBM. Bagi orang dan penulis yang sudah ada nama
dan terkenal, tentulah tidak berasa hairan dengan majlis seperti ini, tetapi
bagi diri saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan novel sastera,
sudah tentulah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Keterujaan itu pasti ada.
Terima kasih kepada Puan Azmah Nordin yang sabar dan tabah mendidik dan menunjuk ajar saya cara dan teknik menulis karya sastera sehingga berjaya diterbitkan. Tanpa sifu saya ini, sudah pasti saya tidak akan mampu melangkah sejauh ini. Terima kasih juga kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang memberi ruang dan peluang untuk saya berkarya. Impian saya sebagai seorang penulis dan ingin melihat karya saya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka akhirnya tercapai.

Kelahiran
Kutemui Sinar Itu, amatlah saya nanti-nantikan. Dua tahun menunggu akhirnya
menjadi kenyataan. Hati yang gundah
gulana menanti kelahirannya akhirnya terubat.
Semoga naskah ini bermanfaat dan dapat menyumbang membuahkan fikiran
pembacanya berfikir untuk agama, bangsa dan negara. Hidup bukan berpayung wang
semata-mata. Perjuangan seorang manusia
tidak akan habis selagi nyawa dikandung badan.
Dapatkan naskah ini di pasaran dan di kedai buku berhampiran. Terima kasih kerana sering dan sentiasa menyokong perjalanan karier saya.
Dapatkan naskah ini di pasaran dan di kedai buku berhampiran. Terima kasih kerana sering dan sentiasa menyokong perjalanan karier saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan