Isnin, 13 November 2017

37) MENERUSKAN OPERASI- NORLIZAH MOHD YASSIN


Meneruskan Operasi

Dalam jangka pendek, jumlah kos firma terdiri daripada TVC dan TFC. TFC perlu ditanggung walaupun output firma 0.
Ini bermakna jika sesebuah firma hendak beroperasi dalam jangka pendek, jumlah hasil hendaklah sekurang-kurangnya menyamai TVC, jika tidak, firma seharusnya memberhentikan operasinya.

Meneruskan Operasi

Dari rajah, keseimbangan firma tercapai di E, dengan harga P1 dan kuantiti keluaran Q1.
Pada tingkat Q, kos purata adalah AQ yang terbahagi kepada AVC sebanyak EQ dan AFC sebanyak AE.

Oleh sebab hasil purata juga sebesar EQ, maka jumlah hasil sebanyak OPEQ sama dengan jumlah kos berubah iaitu OPEQ. Ini bermakna semua kos berubah dapat ditanggung melalui jumlah hasil firma. Dengan itu, jumlah kerugian firma adalah sebesar jumlah kos tetap iaitu bahagian PBAE.

Kesimpulanya, jika tingkat harga keseimbangan kurang daripada P, firma harus menutup operasi. Jika tidak, jumlah kerugian bukan setakat TFC malah juga melibatkan sebahagian daripada TVC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan