Selasa, 7 November 2017

19) KOMODITI - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

KOMODITI

Komoditi ialah barang yang mempunyai permintaan dan yang dibekalkan tanpa pembezaan kualitatif merentasi pasaran. Ia merupakan produk yang sama tanpa mengira siapakah yang menghasilkannya, misalnya petroleum, kertas buku nota, atau susu. Dalam kata yang lain, tembaga ialah tembaga.

Harga tembaga adalah sejagat dan naik turun setiap hari, berdasarkan penawaran dan permintaan global. Sebaliknya, televisyen mempunyai banyak tahap mutunya. Televisyen yang lebih baik (berdasarkan tanggapan) akan berharga lebih tinggi.
Salah satu ciri barang komoditi ialah harganya yang ditentukan sebagai fungsi pasaran seluruhnya. Komoditi-komoditi fizikal yang bertapak mempunyai pasaran semerta dan pasaran terbitan yang didagangkan dengan giat. Umumnya, ini merupakan sumber asas dan produk pertanian seperti bijih timah, minyak mentah, batu arang, etanol, garam, gula, biji kopi, kacang soya, aluminum, beras, gandum, emas, dan perak.

Pengkomoditian berlaku apabila pasaran barangan atau perkhidmatan hilang pembezaannya merentasi asas bekalan, seringnya diakibatkan oleh penyebaran modal intelektual yang diperlukan untuk memperoleh dan menghasilkan produk dengan cekap. Oleh itu, barang-barang yang dahulu memberikan harga premium kepada peserta pasaran telah menjadi komoditi, misalnya bahan farmaseutik generik dan cip silikon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan