Dia
memandang kiri dan kanan. Matanya liar memerhati. Seperti orang bersalah yang baharu sahaja
melakukan jenayah. Dia menarik keluar beg plastik yang telah diisi dengan mayat seorang
perempuan muda yang sudah dikerat-kerat tubuhnya. Biarpun hatinya diamuk rasa bersalah, kecewa
dan hampa, namun dia terpaksa menyelesaikan masalah yang telah dilakukannya
sendiri. Lain yang diharapkan, lain pula yang berlaku. Ini semua kerana
bidan tidak berguna itu. Hatinya membara
mengingati apa yang berlaku. Hanya
terlambat beberapa jam, segalanya berantakan.
Dia mengeluarkan kotak itu dan
meletakkannya dianjung sebuah rumah kayu.
Langkahnya diatur mendekati pintu rumah dan mengetuknya perlahan.
Biarpun rumah itu jauh dari rumah-rumah lain, dia perlu juga berhati-hati.
Tidak mahu orang tahu kehadirannya di situ.
Bau haruman bunga kemboja mengamit hidungnya. Ada orang menggelarkan
bunga kubur. Dia memang berada di
kawasan perkuburan. Rumah penggali kubur
tempat dituju.
Daun pintu terbuka luas setelah
beberapa kali dia mengetuk. Muncul seorang lelaki yang bertubuh sasa memandang
tepat ke arahnya.
“Kau nak apa?” tanya lelaki itu
sambil menutup pintu rumah. Mereka
berdua berdiri di anjung rumah saling
berhadapan.
“Aku nak kau kuburkan benda ini
sehingga selesai. Ini duitnya. Jangan
sampai ada orang tahu, biarlah rahsia antara kita berdua,” kata lelaki yang
mendatang tadi.
“Apa bendanya ini?” penggali kubur menjengah ke dalam kotak, dia
mengundur ke belakang beberapa langkah. Terkejut melihat keadaan mayat yang ada
di dalam kotak itu.
“Kau yang buat?” soal penggali kubur
dengan wajah cuak.
“Bukan aku! Ada kesilapan sikit! Aku
mohon pertolongan kau!” kata lelaki itu lagi.
Penggali kubur terdiam seketika.
Liang lahat memang sudah siap digali.
Takkan mayat itu tidak dimandi dan dikafankan? Siapa yang
hendak melakukannya? Melihat keadaan mayat itu sudah cukup mengerikan.
Belum pernah lagi dia berjumpa dengan mayat seperti itu sepanjang dia menjadi
penggali kubur. Ini sudah menjadi kes jenayah.
“Janganlah teragak-agak. Kalau kau
buat cepat, semua masalah selesai. Orang takkan tahu,” pujuk lelaki itu.
Matanya liar memandang kiri dan kanan. Bimbang tetap terbit di hati.
“Kau memang dah gila! Siapa
perempuan ini?” Penggali kubur menarik
sedikit ruang di dalam kotak itu dan melihat wajah mayat itu.
“Kau tidak perlu tahu!” kata lelaki
itu tegas.
“Macam aku kenal aje wajah
ini,” ujar penggali kubur itu. Kepalanya
didongakkan memandang lelaki yang masih berdiri di hadapannya.
“Buat aje kerja kau! Aku bayar!”
kata lelaki itu tegas. Dia mengeluarkan
sejumlah duit dari poketnya. Diserahkan
kepada penggali kubur. Duit itu bertukar tangan.
“Banyak duit kau? Sejak bila jadi kaya?” soal penggali kubur
yang sudah berdiri semula.
“Itu bukan urusan kau!” marah lelaki itu, tidak senang dengan
penilaian penggali kubur itu terhadap dirinya.
Penggali kubur itu menggira jumlah
duit yang ada. Dia tersenyum sinis. Mungkin habis sebulan gaji lelaki itu. Dia menggeleng laju. Kotak yang berisi mayat itu dipandang
seketika. Kemudian memandang semula wajah lelaki yang berdiri di
hadapannya. Lelaki itu kelihatan
resah. Penggali kubur tersenyum
sinis. Belum pernah lagi perkara ini
berlaku, dia sudah lama menggenali lelaki itu.
Apakah dendam kesumat masih tebal di hati lekaki itu? Penggali kubur itu mengeluh berat.
“Kau buat kerja yang salah! Kalau
rahsia ini terbongkar, kau akan terima padahnya!” nasihat penggali kubur. Dia mengeluh lagi. Kesal dengan apa yang
berlaku.
“Kau tak perlu ajar aku! Kau buat
aje apa yang aku suruh!” tempelak lelaki itu.
“Kalau orang kampung tahu, aku juga
terpalit sama!” kata penggali kubur itu
dengan tegas.
“Kau buat kerja kau sekarang juga,
takkan ada sesiapa yang tahu. Letak ajelah nama siapapun kat kubur itu nanti!”
“Kau gila tau tak! Sudahlah! Lupakan
apa yang berlaku, kau dah cukup matang untuk memikirkan baik dan buruk,”
nasihat penggali kubur itu lagi.
“Kau takkan faham!” herdik lelaki
itu.
“Dendam tidak akan menyelesaikan
masalah,” ujar penggali kubur. Mayat itu sudah berbau. Dia sudah mula kurang
selesa. Jika tidak ditanam sekarang, pasti berbau satu kawasan itu.
“Tolong aku angkat bungkusan ini ke kawasan perkuburan. Letak kat lubang yang sudah siap digali itu. Kau memang tahu menyusahkan aku aje,” kata penggali kubur.
“Tolong aku angkat bungkusan ini ke kawasan perkuburan. Letak kat lubang yang sudah siap digali itu. Kau memang tahu menyusahkan aku aje,” kata penggali kubur.
“Jangan berleter, boleh tak?” marah lelaki itu. Dia membantu penggali kubur
itu mengangkat kotak yang berisi mayat ke tanah perkuburan yang terletak
beberapa meter dari rumah kawannya itu.
“Aku kawan kau, aku tak nak berlaku
perkara yang tak baik pada kau,” ucap penggali kubur.
“Bukan aku yang bunuh dialah!” kata lelaki itu kasar. Itulah hakikatnya. Bukan dia yang membunuh, bidan kampung itu
yang membunuh perempuan itu. Kalau
dibiarkan mayat itu di kawasan tersebut, pasti gempar keluarganya nanti. Dia
berharap tiada siapa yang tahu.
Tanpa dimandi dan dikafankan, mayat
tersebut terus dicampakkan ke dalam liang lahad yang sudah siap bergali. Tanah terus ditimbus. Penggali kubur mengambil seketul batu sungai dan menanda kubur tersebut.
“Aku
balik dulu.” Lelaki itu ingin melangkah
pergi.
“Hentikan
semua dendam yang ada di hati kau, mereka tak bersalah,” pujuk penggali kubur.
Lelaki
itu hanya memandang kosong wajah penggali kubur itu. Dia melangkah laju menuju
ke keretanya. Dia memeriksa kenderannya, takut ada kesan darah yang
ditinggalkan. Dengan tangan terketar,
dia memandu laju pulang ke rumah.
Menarik nafas sedalam-dalamnya, melepaskannya perlahan-lahan. Menahan rasa debar di
hati. Menuang rasa kesal di jiwa. Dia
menyaling pakaian. Bajunya ada kesan darah.
Baju yang dipakai tadi, dibuang ke dalam sungai berhampiran, begitu juga
dengan pedang samurai yang digunakan untuk membunuh bidan bodoh itu. Setelah memastikan tiada sebarang kesan yang
ditinggalkan, dia terus memandu pulang ke rumah. Cuba menenangkan hatinya yang sedang
berkecamuk itu. Masih terbayang wajah
perempuan yang telah dikerat-kerat itu.
Dia meraup muka dengan kedua belah tangannya. Kereta dipandu bergerak dengan kelajuan yang
dibenarkan. Dia ingin segera sampai
rumah dan merehatkan diri. Kepalanya juga sudah mula berdenyut. Dalam hati dia berdoa, agar tiada siapa yang
tahu. Dia menarik nafas lega kerana
seegalanya sudah selesai. Dia tersenyum
sinis. Senyuman tanda kemenangan yang
menyebelahi dirinya. Telefon bimbit yang disimpan dalam plastik dicampak buang
keluar dari keretanya, Milik gadis yang terbunuh tadi. Deringan masuk tidak dipedulikan. Terpapar
nama seseorang. Semakin lebar
senyumannya. Terasa ketawanya juga akan meledak keluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan