Anak sulong pernah menyambung pelajaran dalam bidang
agama di Pesantren Ma'had Az Zein Al Makki Bogor, Jawa Barat Indonesia.
Ketika itu usianya 16 tahun.
Dia sering bercerita bagaimana para pelajar di sana yang sangat mujahadah dengan ilmu yang mereka pelajari.
Pelajar-pelajar pula ada yang datang luar dari Jawa Barat seperti dari
Kalimantan dan Sumatera, sudah tentu perjalanan pergi dan balik ke
kampung halaman teramatlah jauh dan memakan belanja yang agak tinggi.
Kebanyakan pelajar yang tinggal jauh hanya pulang ke kampung halaman
mereka setahun sekali atau pulang setelah tamat pengajian.
Makanan di pesantren pula ala kadar sahaja. Tidak semewah sekolah-sekolah pondok kita di sini. Menurut anak saya, kawan-kawannya biasa makan nasi berlaukkan maggi dan keropok. Mereka makan penuh berselera. Pelajar tahfiz pula, makan hanya sehari dua kali sahaja.
Pelajar-pelajar Indonesia ini biarpun tidaklah terlalu berdisiplin tetapi mereka amat menghormati guru-guru mereka serta tekun menuntut ilmu. Tidak sempat nak balik mengadu kepada kedua orang tua.
Begitu juga pelajar-pelajar Kemboja yang datang belajar di negara kita. Mereka hanya pulang ke kampung setelah habis belajar.
Kesusahan dan kesempitan hidup di negara asal membuatkan pelajar di kedua-dua negara ini tekun menuntut ilmu. Tidak banyak kerenah dan tahu menghormati orang lain. Mereka lebih menghargai apa yang dimiliki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan