Khamis, 15 November 2018

ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ









Bagaikan berada di taman-taman syurga, Setiap hari berkumandang suara mereka. Bermula seawal 4.30 pagi sehingga jam 7.00 bergema suara selawat, zikir, tahmid dan takbir. Bergema suara mereka memuji dan membaca kalimah-kalimah suci, 5 kali sehari.
Suasana yang mendamaikan hati Halwa telinga hanya mendengar suara mereka berzikir dan membaca al-Quran. Terharu melihat mereka mampu membaca doa-doa tahlil dan doa selamat. Mampu berpuasa Isnin dan Khamis tanpa culas. Bertahun-tahun. Hebat mereka! Kuat semangat mereka. Biarpun payah dan tertekan kerana tidak boleh main-main ketika belajar.
Bukan mudah mendidik anak-anak yatim ini menjadi seorang anak yang mampu membaca al-Quran dan solat dengan tertib dan baik.
Menyaksikan mereka membesar di hadapan mata, setiap hari setiap masa. Biarpun anak orang, bagaikan anak sendiri. Bangga melihat pencapaian mereka dalam hidup seharian.
Tidak bergelumang dengan gajet, tv atau berpelesaran di luar sana tidak mengenal siang atau malam. Masa terisi dengan sebaiknya. Mereka lalui dengan tabah dan sabar. Hanya yang kuat semangat sahaja akan berjaya mengharungi dan mempelajari adab dan akhlak dengan jayanya.
Nikmat apakah yang ingin dipersoalkan lagi?

#maahadazzeinalmakkisgbuluh
#sekolahpondok
#hafalalquran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan