Bukan semua orang mampu menjadi penulis
yang mempunyai idea seperti penulis-penulis lama yang idea atau
penulisan mereka menjangkau zaman. Orang seni berkarya, bukan sahaja
kerana ingin mencari duit, tetapi kerana bakat anugerah Ilahi yang ada
dalam diri.
Adakalanya, sentuhan mereka menjadi. Ada masa, tiada
apa-apa kesan kepada pembaca. Karya yang baik mampu mengubah minda
pembaca lebih terbuka, terarah dan bijaksana jauh lebih baik daripada
penulis itu sendiri. membijakan mereka yang sudah sedia bijak.
Seperti seorang guru, mendidik, mengajar dan membimbing anak-anak
muridnya sehingga menjadi jauh lebih baik daripada dirinya sendiri.
Begitu juga seorang penulis. Dunia imaginasi yang dianugerahkan, bukan
suatu yang sia-sia, pasti ada sebabnya. Namun, ramai yang
menggunakannya hanya ingin mencari keuntungan dunia semata-mata.
Tidak salah menulis karya ringan. Buya Hamka juga menulis karya ringan, cinta , seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah. Cerita yang tidak lapuk ditelan zaman dan bukunya masih dibaca sehingga ke hari ini. Tulislah kisah cinta apapun, tetapi, biarlah cinta yang mampu memberi kekuatan fizikal dan rohani sebaik sahaja habis membaca.
Kita mahu menjadi penulis yang bagaimana? Yang kekal 'hidup' karya-karyanya sehingga kiamat atau hanya ujud setahun dua, kemudian dilupakan?
Wahai adik-adik semua, penulis itu melakar masa depan sebuah kehidupan. Penulis itu melukis kisah yang bakal terjadi di masa depan. Penulis itu menjadi mata-mata kepada pembaca. Penulis itu orang yang memberi peringatan kepada manusia di luar sana agar berhati-hati menjalani kehidupan. Ya penulis adalah mereka yang sentiasa memberi amaran demi amaran agar kehidupan manusia tidak menjadi sia-sia.
Tepuk dada, tanya selera, penulis bagaimanakah kita hari ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan